Tuesday, December 25, 2012

Selamat datang ke Kuantan Highlands.

Assalammualaikum.


Purrrrr. Sejuk betul Kuantan ni. Ibarat Kuantan Highlands. Suhu Kuantan sekarang adalah 23°C.  Sejuk sangat agaknya sampai pak cik tadi pakai jaket dan mafla dan snowcap macam dah turun salji. Nasib baik tak pakai earscarf fuhh.

Kepala berita bertajuk Kuantan Hampir Tenggelam hari ini buat saya berimaginasi seolah-olah akan wujud bandar baru selepas Kuantan. Kalau tengok dari bangunan tinggi, nampak bumbung-bumbung je. Dah macam Pulau Kuantan. Betul, tak tipu. Tak buat lawak.



Rapid Kuantan tersekat. Sudah tiba masanya kita menyediakan Rakit Kuantan. Macam mana nak sebut Rakit ni? Macam RACQUET. Ha kan ada iras-iras bunyi Rapid tu.


Tapi jujur, rasanya musim hujan kali ni sangat teruk. Hujan turun dengan lebat. Rahmat Allah. Jangan dirungut. Sentiasa bersyukur. Takkan tak ingat beberapa bulan lepas kita merungut bumi Kuantan ni panas terik rasa nak mandi dalam kolam taknak keluar keluar dah... sekarang hujan sejuk sungguh macam bukan Malaysia.... takkan nak merungut lagi?


Semoga kes kecemasan untuk ke hospital khusunya dipermudahkan perjalanan. Semoga tiada nyawa yang terkorban, tiada insan yang dijangkiti penyakit. Jaga kesihatan. Jangan selok sangat nak main air macamlah kat rumah awak tak ada air. Ingat ni Kuantan Waterpark?!!




Teringat masa kecil dulu dihantar duduk di Kampung X. Bila ibu ayah pergi kerja, memang kena duduk situ la. Bukan saudara-mara pun tapi dah ibarat saudara jugaklah. Nenek dia, nenek saya. Mak saudara dia, mak saudara saya. Yang sebaya saya pulak semua dah macam saudara. Panjat pokok sama, tangkap berudu sama, redah semak belukar sama, main dengan kawan sekampung lain sama-sama. Oh haa diorang panggil nenek diorang ni ATOK tau. Saya panggil nenek je. So, rumah nenek ni kat tepi parit. Parit besar. Musim hujan je mesti air naik. Satu hari tu, hujan lebat sangat. Air naik sampai masuk ke rumah. Masa tu dah boleh main bot lagi tau ha best tak best?? Pastu kena bawak semua barang naik tingkat atas. Bila dah duduk tingkat atas, takde benda la boleh buat. Golek golek tengok tv atau tidur. Dah macam rumah terapung atas sungai. Itu je memori saya dengan banjir. 



Hujan-hujan macam ni, rasa nak berbungkus dalam selimut setiap masa. Maka akan terhasil IZZ BUNGKUS!!

(Dah lama tak main puzzle semua tau. Alang alang main puzzle, biar menang hadiah sekali! Tengok sini lah, malas cakap banyak.)

Taknak mengulas panjang tentang sistem pemparitan. Yang penting, jangan saling menunding jari. Doakan semoga semuanya kembali sedia kala.


Ihik ihik, yang suka beli barang sekolah pada saat akhir tu..... jangan sedih sedih sebab bandar banjir. Itu boleh jadi alasan untuk anda extend cuti anda.

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Assalammualaikum. Ha haaaa haaaa ok ini bukan gelak.

Wak Gelas buat gibewei weiiii. Moh le kita join sesama.

Jangan risau, Wak Gelas bukan nak bagi iPod Touch 32gb 'tangan kedua' beliau sebab dah termasuk dalam gelas ke apa tau.


Klik gambar di atas.

Monday, December 24, 2012

Ini dia sudah sampai


Jeng jeng jengg!!!



Terima kasih Kak Dhiya!

Thursday, December 20, 2012

Siapa yang rindu?

Assalammualaikum.

Sumber gambar dari sini.
Saya ditanya. Lagi? Ya, lagi. Ketika dalam satu bulatan perbincangan. Gelak tawa mati apabila tak semena-mena disoal, "Pakwe nama siapa?" Dengan pandangan matanya seolah-olah penyiasat.


Malas jawab. Katanya, "Tu. Bulu mata jatuh. Ada orang rindu la tu."


Pantas zapppp! Saya meraba muka. HAH MANA MANA??! MANA ADUHH DAH LAMA KE BULU MATA NI BERTENGGEK KAT MUKA NI!! APESAL TAK BAGITAU AWAL AWAL.


Beg diselongkar. Mencari cermin.


"Ha cari cermin cari cermin"


Shhhhizzz!
Tertinggal pula kat rumah. Ini rasa nak nak jadikan mata orang lain sebagai cermin ni.
Berpandukan kata-kata si penanya tersebut, dia menjadi cermin untuk saya buang bulu mata pada muka.


Situasi menjadi sunyi.
Tiba-tiba saya digelakkan.
Ok cepat sangat gelabah.


Telefon dibawa keluar. Laju menaip.
"Awak, awak rindu saya ke?"
SEND.

Wednesday, December 19, 2012

Si ganjil semacam

Assalammualaikum.


Saya ditanya tentang posisi saya dalam adik beradik.
"Oh, saya anak keempat."

Kawan saya menyampuk.
"Haah, dia ni je perempuan. Yang lain lelaki."


Si penanya dan kawannya memandang saya atas bawah. 
"Patutlah awak ni semacam je."


"Apa maksud abang dengan 'semacam' je."


Tapi soalan saya dijawab dengan senyuman bermakna sambil mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

___________________________


Sumber asal dari sini.


Hai, susahnya bila diri lain dari yang lain.
Dianggap ganjil.
Yang ganjil tu diberi perhatian.


Terpulang kepada si ganjil untuk memanfaatkan perhatian yang diberikan.

Tuesday, December 18, 2012

Terikut-ikut

Assalammualaikum.


Kalau orang Indonesia cakap bahasa dia dengan kita, anda balas dengan bahasa apa? Bahasa dia juga, kan?
Kalau orang Cina cakap Melayu dengan kita, anda balas pelat pelat Cina juga?
Kalau orang India cakap Melayu dengan kita, anda balas cara mereka juga?


Mungkin itu anda.
Tapi bukan saya.


Tapi sejak berkawan dengan seorang Sabahan ni, saya jadi terikut-ikut pula loghat Sabah dia. Bunyi macam kelakar bila saya guna loghat tu sebab selama ni saya cuma cakap seperti biasa. Kalau ada pun, loghat Pahang dan utara. Tapi saya tak berapa fasih loghat Pahang. Balik kampung je secara automatik lidah akan bertukar loghat.


Balik kepada topik.



Haa apa yang kelakar bila saya cuba berloghat Sabah? Bunyinya jadi seperti Made in Indonesia! Bila kawan tu cakap Sabah laju laju, saya terpaksa tegur "awak boleh cakap slow sikit tak? tak pun kurangkan sikit ke loghat tu. saya kalut nak balas apa nanti" Dia pun balas "apa dia?" Ok, kita cakap panjang panjang dia tak dengar. Sebab dia jalan di depan, saya di belakang.

Perbualan saya dan dia.
Awak di mana?
Saya di sini lah.
Ya, di sini tu di mana?
Di sini tu di sini la.
Saya di sini, awak juga di sini tapi saya tak nampak awak!
Geram pulak rasa.


'Sa' bermaksud saya. 'Sia' pun boleh. Contoh ayat.. er entahlah tak reti buat ayat. Boleh google.
Disebabkan dia dari Sabah, disebabkan saya jenis pelupa, saya simpan nama dia dalam telefon.... Niall Sa.


Ok. Niall tu bukan nama sebenar dia.
Saja taknak tulis nama sebenar kat sini.


Lama-lama baru perasan.
Bunyi macam Niall Saya.
Amboiiii.
Padahal nak tulis Niall Sabah.
Kasi singkat punya nama, tulis Sa jela.
Nasib baik dia tak nampak nama tu.

Saturday, December 15, 2012

Komunikasi tanpa suara

Assalammualaikum.


Alhamdulillah tugas sebagai sukarelawan untuk sukan Paralimpik Malaysia Pahang 2012 dah tamat. Hari taklimat feeling ala-ala Superman masa nak gantung tag negeri pada khemah penyokong. "Pendek buat gaya pendek" Sindiran yang tidak ku endahkan sebab bagi saya, pendek itu bukan satu halangan :(


Azam nak gantung tag negeri punya pasal, kakak-kakak kesayangan dukung saya. Manis sungguh mereka ini. Nasib baik saya ringan. Kalau tidak... fuhhh.


Hari pertama bertugas - seorang demi seorang saya perhati. Air mata tak tertahan sebenarnya masa tu. Saya salah seorang manusia yang kadang kadang lupa untuk bersyukur dengan siapa diri saya sekarang. Menangis juga masa tu tapi tak lama. 

"Bukan simpati yang diorang nak." 

Tak ada siapa mengemis simpati. Cuma saya yang terlalu emosi. Berat mata memandang, tak terbayang insan itu yang menanggung sendiri.


"Orang yang bahagia ialah orang yang bersyukur dengan diri sendiri"


Ok, berhenti emosi kalau tak nak menangis lagi.


Tugas saya walaupun hanya duduk atas kerusi dan tick nama peserta namun agak kepenatan bila saya ni memang jenis cepat gelabah. Gelabah gelabah pun, senyum tak mahu lekang dari bibir. Bibir je senyum, mata tak tahu senyum ke tak. Yang pasti, mata siapa saja yang jadi tatapan saya akan diberi senyuman. Sedar dah senyum tak comel tapi peduli apa kan. Kalau tak senyum rasa macam tak lengkap pula hidup. Gituuuu. Rasa macam... entahlah. Mesti nak juga SENYUM.


Anda dah senyum ke belum harini? Saya dah.


Kadang bila situasi lengang, saya tinggalkan kaunter sekejap. Pergi tengok atlet dan menjerit menyokong. Bukan sayalah kalau tak menjerit tu. Tapi kalau yang menjerit tak semestinya saya. Ada masa lapang saya berjalan naik turun tangga. Tiba tiba kawan saya, Nik, panggil.

"Winnie, kau cakaplah dengan dia"
"Apa benda kau ni? Kau la cakap. Aku penat"
"Alaa kau pergi la"
"Ish kau ni. Yela."

Lelaki yang mulanya bercakap dengan Nik, memandang saya pula. Lebih tepat, bukan bercakap tapi menggunakan bahasa isyarat. Tangan kirinya dibuat isyarat telefon dan diletakkan di telinga. Minta nombor telefon? Saya yang terpinga-pinga balas dengan maksud "tak boleh tak boleh" Dan saya pun pergi. Tiba-tiba...


"WEIII DIA TAK NAK BAGI NOMBOR LA"


Boleh pulak bercakap?!! Tadi bukan main guna bahasa isyarat. Nak main-mainkan orang ke? Dah lama hidup? xasdfghjklx




Lunch break sepatutnya habis 2.30 petang. Solat Zohor dan makan tengah hari di East Coast Mall dan berlenggang kembali ke stadium. Kelihatan dari jauh tiga lelaki ke arah kami. Menggunakan bahasa isyarat lagi. Salah seorang buat gaya main bowling. Saya dah gelabah lagi sekali. Apa benda nak cakap ni. Takut dia tak boleh mendengar. Ahaa! Bawa keluar telefon bimbit dari poket.


Nak main bowling?

Telefon ditunjuk kepada mereka.
Mereka mengangguk.


Kat Megamall.

Salah seorang point kepada ECM.
Saya geleng dan saya tunjukkan Megamall yang sebenarnya tak kelihatan sebab agak jauh kalau berjalan kaki dari stadium.

Agak jauh nak pergi sana.


Mereka mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Eh mana saya tahu? Hm saya agak je sebenarnya.
Secara serius, kalau saya mampu, dah lama saya sendiri jadi ala ala tour guide bawa mereka ke Megamall.





Dalam melayan rasa mengantuk di kaunter, saya sebenarnya tengah khusyuk perhati sekumpulan atlet di depan mata yang berbicara dengan bahasa isyarat. Dilihat dari pandangan saya, nampak bersungguh bercakap. Tak faham dan tak tahu makna tapi tengok jela yang mampu. Sedar sedar ada lagi beberapa atlet di sebelah kiri saya. Betul betul kat sebelah. Bahasa isyarat lagi. Berkomunikasi sambil salah seorang memandang saya dan diikuti kawannya. Sambil senyum. APA NI? Mentang mentang saya tak tahu :(


Sama macam uncle, aunty dan kawan kawan India saya. Dah ah cakap pasal saya, guna bahasa Tamil pulak tu. Sambil gelak. Ce cakap bahasa melayu, fahamlah jugak saya nak menggelak sama kan :(


Sampai betul hati diorang buat saya camni :( Sedih tau sedih. Saya sedar siapa saya. Ibarat melukut di tepi gantang....




Akhirnya... saya bertemu dengan salah seorang atlet ni. Tak bisu pun tapi bolehlah sign language. Diajar cara mengucapkan 'saya suka awak'.


"Awak buatlah sekali" katanya yang sedang mengajar saya. Saya yang terpinga-pinga lagi ni ikutlah dia buat. Tiba tiba dia YESSS, AWAK SUKA SAYA! Adoi, terkena macam tu je.

Sabar je ok sabar..... *geleng geleng kepala* Taknak belajar dari dia dah rasa hahaha





Dan yang lain-lain, biarlah saya simpan buat kenangan saya. Ada seorang atlet yang katanya tak suka melihat senyuman yang dilemparkan untuk dia. Sebab terasa senyuman sindiran. Lain orang lain perasaannya, kan? Kalau tak mampu senyum, apa lagi yang boleh dibuat?



Haaa, cikgu dari Johor antara cikgu yang peramah dan baik dan mampu menghidupkan suasana seperti conversation seorang anak dan ayah. Kami boleh cakap apa saja tanpa ada rasa janggal walaupun baru jumpa. Oh memang semua yang saya baru jumpa saya layan macam dah lama kenal.


Siap tahu nama.


Semoga rasa syukur ni tak menyinggah sekejap cuma. Biarlah menetap sampai hembusan nafas terakhir.
Rindu kenangan. Bila saya cakap kenangan, semua perkara dan semua insan yang terlibat dengan saya tergolong dalam kenangan yang saya nyatakan.