Monday, November 19, 2012

Tuhan Sedang Menguji Kita

Assalammualaikum.

Abang tanya, "Ada apa-apa untuk dibuat petang ni? Atau ada apa-apa movie untuk ditonton?" Itu kerana beliau sedang bosan, tiada apa untuk dilakukan. Pembetulan, sebenarnya kita sentiasa ada sesuatu yang dilakukan. Tapi kita menganggap perkara yang kita tak suka adalah lutsinar; tiada.Kita lebih memandang kepada apa yang kita suka.


"Hm kita pergi beli buku jom. Rasa nak beli novel pulak" Abang pun terus setuju dan pufff, kami pun menuju ke kedai buku Popular di Berjaya Megamall, Kuantan Pahang. Ya, BERJAYA MEGAMALL. Ada pekerja Hotel Tettt menyatakan kepada penginap hotelnya di Kuantan ni ada BERJAYA TIMES SQUARE.


Jejak je kaki kat Popular, mata kalau boleh nak bercahaya lagi tahu tak. Kalau orang lain makan dengan tekun sampai mak mertua lalu pun tak sedar; saya ralit pilih bahan bacaan sampai rasanya kalau Tomok lalu pun tak herannn. Tomok lalu je, bukan nak singgah diri kat sebelah saya ke apa kan.


Entah macam mana dengan tak sedarnya, terpacak depan rak buku Motivasi sampai abang tegur, "Kata nak beli novel? Ni dah terlajak ke sini kenapa. Novel kat belakang tu kan" "Eh yeke? Tak perasan. Jap ah, nak tengok tengok dulu kat sini" Ni bukan taktik cover malu ke apa yaaaaa.


Tiba - tiba dua orang mak cik yang saya anggarkan umur sebaya ibunda saya sedang mengelilingi rak buku motivasi tersebut.

"Buku Ustaz Kazim ni saya dah beli. Berguna jugalah informasi dalam buku ni."
"Itulah. Saya terfikir nak beli buku ni."
"Awak belilah buku ni. Boleh motivate diri. Ada juga beberapa buku islamik saya beli. Sanggup saya beli dan berikan pada orang lain. Yelah, nak berdakwah ni kadang kadang mana cukup dengan kata-kata ya tak? Harapnya dia sendiri merelakan hati baca pemberian saya."


Ya mak cik, berdakwah itu banyak caranya. Saya tahu.... lain kali mohon belikan untuk saya pulak. Terima kasih.




(Mula mula dah capai buku Malam Pertama di Syurga. Bila ternampak Minggu Pertama di Alam Kubur, terus buku tentang keindahan di Syurga diletakkan semula. Bimbang terlalu membayangkan yang indah indah sampai terlupa apa yang sebaliknya...)

6 comments:

Husna AOmar said...

Wani, go and search Contengan Jalanan yang ditulis Hlovate. Highly recommended. Cari tau. Pastu baca. Kalau takda, husna ada haa nak pinjam?!?

Husna tengah cari 100 ways to motivate yourself. Wuuu.

So intihanya buku apa yang dibelanja oleh abang?

Izz Hazwani said...

*tengah tak boleh nak buat apa apa reaksi sebab muka rasa tegang pakai bedak sejuk kononnyaaaa*

Contengan Jalanan eh? Eh eh, nama blog dialah. Haaa kat sini payah sangat nak jumpa buku Hlovate. Harini tengok ada, lusa dah takde! :'(

Maybe beli online.


100 Ways To Motivate Yourself soft cover warna emas tu ya? Kalau yang tu, Wani ada.


Intihanya, abang hanya membelanjakan wang beliau untuk buku mewarna adik-adik.

Husna AOmar said...

Takpe, tak expect apa2 reaksi pun daripada Wani lalala. Bagusnyaa pakai bedak sejuk reti jugak menjaga kecantikan banding dengan kita.... *insecure kononnya*

Haa opss tu terinspirasi daripada novel tu la. Please la, wajibun baca! Setakat ni wani dah baca mana novel dia?

Wani ada?!! (muka bercahaya) Translate bhs kebangsaan kan? Jom trade in. Husna bagi contengan jalanan, wani bagi 100 ways tu. Beli online dengan pos mana save? :p

Laaa, nape tak grab satu. Orang nak belanja kan.

Izz Hazwani said...

Ala ni pun pakai sesaja. Konon nak merasa ke-femin-an hahh.

Setakat ni, sifar buku Hlovate wani baca. Macam wani cakaplah, sini payah nak jumpa. Kalau harini nampak, next time dah lesap. Ada duit, takde buku. Ada buku takde duit T-T;

Bahasa kebangsaan? Bahasa Melayu? Wani punya English sayangggg. Haha amboi dia niiii. Buku tu taktau ke mana tah perginya :/

Takpe la. Malas guna duit abang. Gentlegirl kononnya wani ni.

Alya said...

kak waniii :D

haritu ada kawan alya baca buku 'malam pertama di alam kubur' (kalau tak salah la). tapi semua dok nampak macam dia baca buku 'malam pertama'. haha x)

Izz Hazwani said...

Alyaaaaaaaaaa.

Ha akak cari buku tu haritu tapi jumpa Minggu Pertama je.


Biasalah tu, benda benda macam 'tu' memang diorang cepat tertarik :p
Lain pulak difikirnya *geleng geleng*