Tuesday, November 27, 2012

Bukan bahan pameran

Mata masih ralit memerhati skrin. Jam 12.58 pagi. Guruh kedengaran. Ayah datang, "Kak pergilah tidur. Esok kata ada hal kat sekolah?" Terlanjur separuh berjanji. Terlajak memberi harapan. Maka akan cuba dipenuhi janji dilunaskan harapan.


Potong!


Ada masa rajin, saya akan bertugas sebagai ala ala suri rumah tak bergaji wang tunai tetapi makan minum pakai tempat tinggal tanggunan seorang ayah dan disediakan oleh seorang ibu. Tapi sebenarnya sepanjang masa saya buat tak ada masa rajin. Selebihnya masa-lah. Hambar sangat tu. *menguap ayu*


Satu pagi yang ceria - sebenarnya cerah tapi saya nampak matahari ceria sungguh menyapa dengan menghulur salam cahaya. Maka pada satu pagi yang ceria, pada hari orang bekerja, saya dengan rasa tiada apa untuk dibuat di rumah terus menjemur pakaian di luar. Kadang-kadang bosan juga boleh menjadi punca saya rajin. Uwwww


Sedang menjemur kain, datanglah tettt tettt tett oh tu bunyi lori tengah reverse. Lori Alam Flora sedang bergerak secara mengundur ke belakang. Ah, tak peduli pun sebenarnya. Ralit sangat menjemur kainnya. Helaian pakaian terakhir diambil dan dilibas dikibas dikipas dihempas seterusnya disangkut pada ampaian.


Kepala mendongak. Pandangan spontan ke luar kawasan rumah dihalakan. Ya Allah! Abang ni dah lama hidup ke apa? Cuba kalau saya lemah jantung? Eh apa pulak nak cubanya. Salah ayat. Macam mana kalau saya lemah jantung sebab terkejut dengan kehadiran abang yang berdiri betul betul di luar kawasan rumah saya... er rumah ayah saya.... sambil memerhati tepat ke arah saya.



Ingat ini macam drama? Macam novel? Situasi di mana heroin galak ketawa bersama rakan-rakannya kemudian menoleh ke kiri dan terperasan si hero memerhati gerak geri heroin sambil berpeluk tubuh. Dah macam bodyguard!



Apa? Ingat saya ni macam bahan pameran dalam muzium?



Maaf ya. Tak semua orang suka diperhatikan. Lagi lagi dengan cara begitu. Begitu macam mana? Diperhatikan yang seolah-seolah diintai.




Dalam berhempas pulas bermandi peluh bersihkan semak dan sampah dengan beberapa kawan.... Mutiara terasa seperti ada mata yang memandang. Dan memang tepat! Aha! Bertuah punya kawan. Orang buat kerja, kau sibuk cari kerja nak tenung orang.

"Kenapa kau pandang - pandang?"
"Amboi, marah kita pandang dia"
"Hm. Boleh dipandang tapi tak boleh disentuh. Pandang berpada-pada."

Sambil dia memegang parang yang digunakan untuk memotong kayu, dia mengomel sendirian "Haihh RM22.50"
"Apa kau merepek?"
"Betullah. Nak kahwin dengan kau, mas kahwin Pahang RM22.50 kan?"
Ah gila lagi dia ni.

2 comments:

Aulia said...

Phewwit.. That guy is so sweet... Haha..

Izz Hazwani said...

Which guy, dik? Yang cakap pasal mas kahwin? ANNOYING SEBENARNYA. *emosi tiba*