Thursday, November 29, 2012

Apa-apa hal nanti SMS

Assalammualaikum. 


"Nak abang turun sekali ke?"

"Tak payahlah kot. Bazir tiket parking pulak nanti. Lagi pun kejap je ni." Laju je menjawab soalan.
Malas nak soal jawab banyak kali macam ditemubual secara bertubi-tubi oleh wartawan.


Abang pun mengangguk. Kereta diberhentikan di hadapan kedai kasut entah apa namanya. Satu kedai warna hijau. Pekerjanya pun berbaju hampir warna hijau. Suka hati dialah.


Langkah dihayun menuju ke tangga bangunan Centre Point. Anak - anak muda sekarang tak ramai tahu Centre Point tu apa. Apatah lagi di mana lokasinya. 'Centre Point? Kat mana tu?' Nasib baik masih tahu akan kewujudan kompleks beli belah Kuantan Parade yang ibarat 'dead mall' itu di mana. Senang nak terangkan. Kalau tak, parah jugaklah cerita dia.



Matlamat utama, menghantar borang pendaftaran sebagai sukarelawan untuk sukan Paralimpik akan datang. Nasib baik masih ada yang ingat akan diri ini. Dapat juga mengisi kelapangan cuti yang berlalu dengan kosong tanpa aktiviti berfaedah.



Ada tiga pilihan yang saya punya pada ketika ini. Sama ada menaiki lif. Atau menggunakan tangga bergerak. Atau tangga tak bergerak. Kena gerakkan kaki sendirilah.



Pilihan lif awal awal dipangkah. Sebab musababnya tidak perlu diberitahu di sini.
Tangga bergerak? Mungkin bukan kali ini.
Dan yang terakhir..... tangga biasa.
Walaupun gelap.... walaupun terpaksa mendaki tangga agak tinggi dan curam.... walaupun sunyi.....

Disebabkan kawasan tangga yang sunyi dan tiada sesiapa, saya apa lagi... buka langkah besarlah. Sekali langkah terus langkau dua-tiga anak tangga. Nak cepat.


Sampai di aras dua, terus berpeluh.



Jabatan Perpaduan Negara yang sudah saya ketahui di mana, terus saya tuju. Belum sempat loceng ditekan, nampaknya sudah ada yang unlock pintu tersebut. Seakan sudah mengetahui kedatangan saya.


Pandang kanan - ada seorang lelaki. Lelaki itu. Encik Balu Yang memanggil saya untuk bertugas semula sebagai sukarelawan kali ini. Dalam hati, ikutkan hati, rasa hati, ingin saja borang diserahkan kepada beliau. Tapi melihatkan beliau sedang berborak dengan seorang wanita. Mungkin itulah Puan Susan yang diperkatan oleh beliau sewaktu kami bercakap melalui telefon semalam.


Flashback.....


"Nanti awak pergi Jabatan Perpaduan, cari Puan Susan. Mintak borang dari dia okay?"
"Ok Mr. Balu. Terima kasih."



Disebabkan keengganan untuk menganggu perbulan Encik Balu dan Puan Susan, saya memutuskan untuk terus ke kaunter. Kaunter pada masa itu dikerumuni dua gadis yang berpakaian serba berfesyen. Kalau nak bandingkan diri saya ni, memang saya tak setanding mereka. Tak lama saya berdiri di situ, dua gadis tersebut beredar.


"Ya, cik?"


"Em, saya nak hantar borang sukarelawan ni."


Kertas A4 putih yang terkandung profil saya dan kawan bertukar tangan.
Oh, saya tolong hantarkan borang kawan sekali.



Dia - jejaka yang berkemeja hitam lengan panjang namun dilipat hingga ke paras siku, berkulit sawo matang, mempunyai mata yang seakan-akan melemparkan senyuman.... itulah dia yang saya gelarkan Abang Kaunter. Tak ada nama lain? Tak ada. Sebab dia tak pakai tanda nama.


"Ok, semua butiran diri dah lengkap. Nanti akan kami SMS"


Saya masih. Sedang. Tekun meneliti dia. Iras wajahnya yang menyerupai seseorang.....



"Ada apa - apa lagi, cik?"


"Err tak. Cakap apa tadi?"


"Butiran semua dah lengkap. Nanti akan dapat SMS" ulangnya dengan suara lembut dan sopan, riak wajah yang tenang dan mata yang memukau.



"Oh, ok la macam tu. Er.. terima kasih..."


Terus saya pergi. Dengan seribu rasa malu. Sebab terlalu memikirkan dia yang persis seseorang sehingga memerhati dia sampai tak sedar apa yang dia cakap. Rasa nak tumbuk kaunter tu banyak kali. Mencik tawww!

No comments: