Thursday, November 29, 2012

Apa-apa hal nanti SMS

Assalammualaikum. 


"Nak abang turun sekali ke?"

"Tak payahlah kot. Bazir tiket parking pulak nanti. Lagi pun kejap je ni." Laju je menjawab soalan.
Malas nak soal jawab banyak kali macam ditemubual secara bertubi-tubi oleh wartawan.


Abang pun mengangguk. Kereta diberhentikan di hadapan kedai kasut entah apa namanya. Satu kedai warna hijau. Pekerjanya pun berbaju hampir warna hijau. Suka hati dialah.


Langkah dihayun menuju ke tangga bangunan Centre Point. Anak - anak muda sekarang tak ramai tahu Centre Point tu apa. Apatah lagi di mana lokasinya. 'Centre Point? Kat mana tu?' Nasib baik masih tahu akan kewujudan kompleks beli belah Kuantan Parade yang ibarat 'dead mall' itu di mana. Senang nak terangkan. Kalau tak, parah jugaklah cerita dia.



Matlamat utama, menghantar borang pendaftaran sebagai sukarelawan untuk sukan Paralimpik akan datang. Nasib baik masih ada yang ingat akan diri ini. Dapat juga mengisi kelapangan cuti yang berlalu dengan kosong tanpa aktiviti berfaedah.



Ada tiga pilihan yang saya punya pada ketika ini. Sama ada menaiki lif. Atau menggunakan tangga bergerak. Atau tangga tak bergerak. Kena gerakkan kaki sendirilah.



Pilihan lif awal awal dipangkah. Sebab musababnya tidak perlu diberitahu di sini.
Tangga bergerak? Mungkin bukan kali ini.
Dan yang terakhir..... tangga biasa.
Walaupun gelap.... walaupun terpaksa mendaki tangga agak tinggi dan curam.... walaupun sunyi.....

Disebabkan kawasan tangga yang sunyi dan tiada sesiapa, saya apa lagi... buka langkah besarlah. Sekali langkah terus langkau dua-tiga anak tangga. Nak cepat.


Sampai di aras dua, terus berpeluh.



Jabatan Perpaduan Negara yang sudah saya ketahui di mana, terus saya tuju. Belum sempat loceng ditekan, nampaknya sudah ada yang unlock pintu tersebut. Seakan sudah mengetahui kedatangan saya.


Pandang kanan - ada seorang lelaki. Lelaki itu. Encik Balu Yang memanggil saya untuk bertugas semula sebagai sukarelawan kali ini. Dalam hati, ikutkan hati, rasa hati, ingin saja borang diserahkan kepada beliau. Tapi melihatkan beliau sedang berborak dengan seorang wanita. Mungkin itulah Puan Susan yang diperkatan oleh beliau sewaktu kami bercakap melalui telefon semalam.


Flashback.....


"Nanti awak pergi Jabatan Perpaduan, cari Puan Susan. Mintak borang dari dia okay?"
"Ok Mr. Balu. Terima kasih."



Disebabkan keengganan untuk menganggu perbulan Encik Balu dan Puan Susan, saya memutuskan untuk terus ke kaunter. Kaunter pada masa itu dikerumuni dua gadis yang berpakaian serba berfesyen. Kalau nak bandingkan diri saya ni, memang saya tak setanding mereka. Tak lama saya berdiri di situ, dua gadis tersebut beredar.


"Ya, cik?"


"Em, saya nak hantar borang sukarelawan ni."


Kertas A4 putih yang terkandung profil saya dan kawan bertukar tangan.
Oh, saya tolong hantarkan borang kawan sekali.



Dia - jejaka yang berkemeja hitam lengan panjang namun dilipat hingga ke paras siku, berkulit sawo matang, mempunyai mata yang seakan-akan melemparkan senyuman.... itulah dia yang saya gelarkan Abang Kaunter. Tak ada nama lain? Tak ada. Sebab dia tak pakai tanda nama.


"Ok, semua butiran diri dah lengkap. Nanti akan kami SMS"


Saya masih. Sedang. Tekun meneliti dia. Iras wajahnya yang menyerupai seseorang.....



"Ada apa - apa lagi, cik?"


"Err tak. Cakap apa tadi?"


"Butiran semua dah lengkap. Nanti akan dapat SMS" ulangnya dengan suara lembut dan sopan, riak wajah yang tenang dan mata yang memukau.



"Oh, ok la macam tu. Er.. terima kasih..."


Terus saya pergi. Dengan seribu rasa malu. Sebab terlalu memikirkan dia yang persis seseorang sehingga memerhati dia sampai tak sedar apa yang dia cakap. Rasa nak tumbuk kaunter tu banyak kali. Mencik tawww!

Wednesday, November 28, 2012

Oh Daddy Daddy

Em. Assalammualaikum. Dengan gigihnya saya menekan setiap aksara pada papan kekunci ini gara-gara ia sudah menjadi liat dan susah nak taip. *garu hidung*



TAHNIAH BUAT KAKANDA-KAKANDA HARIMAU 
YANG BERJAYA MENEWASKAN LAOS 4-1 dalam Kumpulan B Piala AFF Suzuki.


Mata sedari tadi sudah kecil sebelah. Mengantuk rasanya. Siap boleh terlelap lagi.


Usai sudah tugas membantu Daddy. Kerja senang je, tagging meja - tulis nombor siri pada meja baru. Maka tiga anak rajin pun bekerjasama menyiapkan tugasan. Saya, Najwa, Aishah.


"Cempaka, tolong ambilkan marker dalam kereta saya" arah Daddy.
"Tapi..."
"Now... Cempaka. Go." Bila arahan dah menjadi satu arahan seperti paksaan...

****************************

Marker putih diambil.
Nombor siri ditulis,satu demi satu.
"Cempaka left-handed ya? Orang left-handed ni biasanya tulisan cantik"

Pandang tulisan sendiri.
Bukan cakar ayam dah.
Cakar tak tahu cakaran apa.
Undefined terus.


****************************


Habis kerja kami bertiga, terus plan nak keluar makan. Perut dah berkeroncong buat opera konsert segala bagai dah. Lapar sebab tak sarapan. Jeling jam, dah pukul satu petang. Ini bukan sarapan ni. 'Lompat' makan tengah hari.


Tiba tiba Daddy ajak lunch kat luar. Pucuk dicita ulam mendatang! Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Mohhh le kite.


****************************


Biasalah makan tengah hari, buat servis layan diri. Ambil nasi, isi lauk sendiri. Malas rasanya nak beratur pergi isi lauk. Mengenangkan orang belanja, kita ikutkan sajalah. Malas ambil lauk banyak, ayam kurma saja dicedok ke dalam pinggan. Dan campur sambal tempe kentang. Takda ikan bilis.



Meja di bahagian luar menjadi pilihan. Meja yang menempatkan empat buah kerusi cukup - cukup untuk kami berempat. Macam main musical chair. Berebut nak duduk situ sini sana sinun. Sudahnya, saya sebelah Daddy, Aishah sebelah Najwa. Najwa mengadap saya. Aishah? Hm...... hahaha.


Sambil makan, boraklah sikit.Sikit sudahlah. Kang bersembur nasi dalam pinggan orang depan. Tengah borak, dijeling sekilas pinggan mereka.....

"Lajunya korang makan"

Saya pandang pinggan saya. Banyak lagi nasi.

"Cempaka makan lemah lembut" kata Daddy.

Aishah terhenti suapan. Memandang saya. 'Lemah lembut?!' Heh heh heh, tak percaya?


Tiba tiba Daddy pandang makanan saya.

"Cempaka tak ambil sayur ke? Nah" Soalan yang belum sempat dijawab dan beliau meletakkan gulai rebung ke dalam pinggan saya. AWWW SWEETNYA :')


****************************


"Daddy daddy, tak keluar tengok wayang ke? Tak bawak family?"

"Tak. Biasa bawak diorang pergi masjid je"




WE WERE ALL LIKE....



OKAY DADDY, OKAY.....


Tuesday, November 27, 2012

Tahu, faham kemudian lupa.

Lemah yang bertambah lemah.
Sakitnya pabila sakit
Air mata....


Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Sebutir mutiara jernih yang keluar dari mata? - Perasaan yang tak terluah secara lisan.

Ramai tahu sakit. Ramai pernah sakit.

- Sakit eh? Rehatlah. Saya faham awak. Saya pun pernah lalui yang sama. -


Saya tahu awak tahu.
Saya faham yang awak juga mungkin faham.


Tapi bila dah diberi nikmat untuk kembali sihat, tahu hanya tinggal tahu. Faham hanya tinggal faham. Lupa semula bagaimana sakitnya ketika sakit. Tak tergambar masa itu, rasa itu...

Bukan bahan pameran

Mata masih ralit memerhati skrin. Jam 12.58 pagi. Guruh kedengaran. Ayah datang, "Kak pergilah tidur. Esok kata ada hal kat sekolah?" Terlanjur separuh berjanji. Terlajak memberi harapan. Maka akan cuba dipenuhi janji dilunaskan harapan.


Potong!


Ada masa rajin, saya akan bertugas sebagai ala ala suri rumah tak bergaji wang tunai tetapi makan minum pakai tempat tinggal tanggunan seorang ayah dan disediakan oleh seorang ibu. Tapi sebenarnya sepanjang masa saya buat tak ada masa rajin. Selebihnya masa-lah. Hambar sangat tu. *menguap ayu*


Satu pagi yang ceria - sebenarnya cerah tapi saya nampak matahari ceria sungguh menyapa dengan menghulur salam cahaya. Maka pada satu pagi yang ceria, pada hari orang bekerja, saya dengan rasa tiada apa untuk dibuat di rumah terus menjemur pakaian di luar. Kadang-kadang bosan juga boleh menjadi punca saya rajin. Uwwww


Sedang menjemur kain, datanglah tettt tettt tett oh tu bunyi lori tengah reverse. Lori Alam Flora sedang bergerak secara mengundur ke belakang. Ah, tak peduli pun sebenarnya. Ralit sangat menjemur kainnya. Helaian pakaian terakhir diambil dan dilibas dikibas dikipas dihempas seterusnya disangkut pada ampaian.


Kepala mendongak. Pandangan spontan ke luar kawasan rumah dihalakan. Ya Allah! Abang ni dah lama hidup ke apa? Cuba kalau saya lemah jantung? Eh apa pulak nak cubanya. Salah ayat. Macam mana kalau saya lemah jantung sebab terkejut dengan kehadiran abang yang berdiri betul betul di luar kawasan rumah saya... er rumah ayah saya.... sambil memerhati tepat ke arah saya.



Ingat ini macam drama? Macam novel? Situasi di mana heroin galak ketawa bersama rakan-rakannya kemudian menoleh ke kiri dan terperasan si hero memerhati gerak geri heroin sambil berpeluk tubuh. Dah macam bodyguard!



Apa? Ingat saya ni macam bahan pameran dalam muzium?



Maaf ya. Tak semua orang suka diperhatikan. Lagi lagi dengan cara begitu. Begitu macam mana? Diperhatikan yang seolah-seolah diintai.




Dalam berhempas pulas bermandi peluh bersihkan semak dan sampah dengan beberapa kawan.... Mutiara terasa seperti ada mata yang memandang. Dan memang tepat! Aha! Bertuah punya kawan. Orang buat kerja, kau sibuk cari kerja nak tenung orang.

"Kenapa kau pandang - pandang?"
"Amboi, marah kita pandang dia"
"Hm. Boleh dipandang tapi tak boleh disentuh. Pandang berpada-pada."

Sambil dia memegang parang yang digunakan untuk memotong kayu, dia mengomel sendirian "Haihh RM22.50"
"Apa kau merepek?"
"Betullah. Nak kahwin dengan kau, mas kahwin Pahang RM22.50 kan?"
Ah gila lagi dia ni.

Thursday, November 22, 2012

Kekeliruan jantina

Niat nak update blog tapi............. tergelak baca komen ni.



Klik la klik la.

Baca yang komen bawah sekali. Ok yang ni sadis sikit. Sikit jela. Haha bye!

Monday, November 19, 2012

Tuhan Sedang Menguji Kita

Assalammualaikum.

Abang tanya, "Ada apa-apa untuk dibuat petang ni? Atau ada apa-apa movie untuk ditonton?" Itu kerana beliau sedang bosan, tiada apa untuk dilakukan. Pembetulan, sebenarnya kita sentiasa ada sesuatu yang dilakukan. Tapi kita menganggap perkara yang kita tak suka adalah lutsinar; tiada.Kita lebih memandang kepada apa yang kita suka.


"Hm kita pergi beli buku jom. Rasa nak beli novel pulak" Abang pun terus setuju dan pufff, kami pun menuju ke kedai buku Popular di Berjaya Megamall, Kuantan Pahang. Ya, BERJAYA MEGAMALL. Ada pekerja Hotel Tettt menyatakan kepada penginap hotelnya di Kuantan ni ada BERJAYA TIMES SQUARE.


Jejak je kaki kat Popular, mata kalau boleh nak bercahaya lagi tahu tak. Kalau orang lain makan dengan tekun sampai mak mertua lalu pun tak sedar; saya ralit pilih bahan bacaan sampai rasanya kalau Tomok lalu pun tak herannn. Tomok lalu je, bukan nak singgah diri kat sebelah saya ke apa kan.


Entah macam mana dengan tak sedarnya, terpacak depan rak buku Motivasi sampai abang tegur, "Kata nak beli novel? Ni dah terlajak ke sini kenapa. Novel kat belakang tu kan" "Eh yeke? Tak perasan. Jap ah, nak tengok tengok dulu kat sini" Ni bukan taktik cover malu ke apa yaaaaa.


Tiba - tiba dua orang mak cik yang saya anggarkan umur sebaya ibunda saya sedang mengelilingi rak buku motivasi tersebut.

"Buku Ustaz Kazim ni saya dah beli. Berguna jugalah informasi dalam buku ni."
"Itulah. Saya terfikir nak beli buku ni."
"Awak belilah buku ni. Boleh motivate diri. Ada juga beberapa buku islamik saya beli. Sanggup saya beli dan berikan pada orang lain. Yelah, nak berdakwah ni kadang kadang mana cukup dengan kata-kata ya tak? Harapnya dia sendiri merelakan hati baca pemberian saya."


Ya mak cik, berdakwah itu banyak caranya. Saya tahu.... lain kali mohon belikan untuk saya pulak. Terima kasih.




(Mula mula dah capai buku Malam Pertama di Syurga. Bila ternampak Minggu Pertama di Alam Kubur, terus buku tentang keindahan di Syurga diletakkan semula. Bimbang terlalu membayangkan yang indah indah sampai terlupa apa yang sebaliknya...)

Saturday, November 10, 2012

Ikut sangat apa kata orang

Assalammualaikum.



Baru perasan sejak kebelakangan ni saya macam kurang sangat berkomunikasi dengan sahabat (kawan). Bukan sombong. Tapi sejak habis exam ni ha (pulak dah nak salahkan exam) masing - masing macam buat hal masing - masing.



'Mesti ada yang tak cukup. Selalu tak akan cukup.'



Satu...dua..tiga...
Kalau nak kira sahabat tu, payah. Bukan macam kira anak kambing biri - biri.



Walaupun ramai sahabat, kita tetap akan rasa kehilangan bila salah seorang mengundur diri. Lagi - lagi yang sangat baik dengan kita. Sama ada kehilangan kontemporari atau kekal.


Saya pernah berkawan rapat - dengan seorang lelaki. Tapi jujur, membina hubungan atas nama KAWAN je. Tak pernah terfikir untuk lebih dari tu. Tak tahu la pulak kalau si dia yang sana macam mana kan. Saya bukan mind-reader. Kalau nak mintak memory card reader, boleh jugeee.


Bila dah nama pun kawan rapat, memang sah la kan mesti nak ke sana ke mari bersama. Tiba tiba...... ecewah macam tengah pertandingan bercerita pulak ye. Ha sambung. Tiba tiba... eh takde la tiba tiba pun sebenarnya. Lama kelamaan saya syak ada benda yang tak kena. Apa? Curang?! Taklah. Bendanya nak curang kalau dua dua kawan je. Saya syak dia ada kawan baru yang lain hrmmmm. Eh bukan. Saya syak dia macam nak jauhkan diri. Makin lama makin dia menenggelamkan diri.....


Dan memandangkan saya seorang yang tak suka hanya memendamkan apa yang saya rasa, saya terus luahkan. Ye la, kalau dah ada peluang untuk luahkan, kenapa kita lebih memilih berdiam diri? Untuk beberapa situasi tertentu, memang membisu adalah pilihan terbaik bagi menyelamatkan keadaan. Tapi TIDAK untuk situasi saya.


MAKSUD SAYA MACAM... (I MEAN LIKE...)
APEHAL KAU MACAM LAIN JE NI?? TAKKAN PMS KOT??


Er... saya malas nak sambung cerita pulak.  Takpe kan? Bye!

Friday, November 02, 2012

Jalan pintas ke atas

Assalammualaikum.

Dalam kebosanan setelah tamatnya peperiksaan, tiba-tiba kawan ajak main niiiiiiii,
Haaa comel betul. Lama dah tak main. Masuk sekolah menengah, asal sudah exam je mesti main dengan gadgets je. Takde dah nak melayan benda gini.



"Winnie, jomlah main benda ni. Jom la jom la"

*tutup novel*

"Jom!"


"Siapa gerak dulu?" / "Guna Lat ta li lat" / "Lat ta li lat ta li tammmmmmm plom!"


Dadu digoncang. Shake dice? Mungkinlah. Sambil lontar dadu sambil feeling ala ala main roda impian, 'saya nak nombor lima!' Amboi siap pilih nombor lagi tu.


Sampai petak 28, terus panjat tangga. Tak ada step by step. Tamak sangat ha nak naik, terus lompat ke petak 84. Muka bangga la konon sebab dah tinggalkan kekawan kat bawah terkapai-kapai melontar dadu.


Sekali sampai ke petak 87, menyusur turun ular yang licin kulitnya. Turun sikit tu tahan lagi. Ini merudum jatuh ke bawah. Terpinga-pinga tengok kawan dah bergerak setapak demi setapak. Kawan pun tak boleh nak tolong apa.


Belajar bukan semata-mata dalam kelas. Orang Melayu zaman dulu pun belajar secara tak formal berdasarkan pemerhatian. Kita boleh belajar dari semua benda, semua perkara. Asalkan apa kita dapat tu, ilmu yang bermanfaat. Dan hari ini, saya belajar dari permainan :) Bukan bermain semata-mata.


Kita ada shortcut naik atas, tak semestinya tak ada shortcut nak turun bawah.
Hidup kita tak semestinya memanjat dan sentiasa pegun di atas. Silap langkah, sekelip mata je kita dah turun. Kadang-kadang tak perlu tunggu silap langkah, kita boleh jatuh. Tiada keseimbangan.