Wednesday, October 31, 2012

Lain orang lain baunya

Assalammualaikum. Kembali lagi saya pada pagi Rabu yang hujan di bumi Kuantan ini. Semoga rahmat sentiasa melimpah-ruah buat kita semua.


*bau baju* *gerakkan hidung*

 Bau sambal. Maksud tersiratnya, saya sebagai anak dara baru je lepas memasak. Kita ni kena la pandai cari isi tersirat ya kawan kawan.


Sebenarnya bau bahan masakan (contohnya bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, etc) yang ditumis, sedap jugak. Rasanya bukan saya sorang je yang bau tumis tu sedap. Lagi-lagi yang buat sampai kita nak terbersin tu. Uihhh dah boleh bayang dah keenakan hasil masakan tu macam mana. Bau sambal yang ditumis pun sedap jugak.


Biasanya kalau lapar, mesti nak masak. Kalau tak masak, beli luar. Kalau malas sangat, lantak pi lah kebulur. Tapi kalau masak untuk ramai-ramai, si tukang masak selalu tak makan masakan sendiri.


Sama la macam situasi saya sekarang. Tadi lapar sangat. Dah siap bersilat senduk kuali kat dapur, terus jadi kenyang. Suruh abang & adik makan je. Bau saja pun macam dah cukup. (Tipu! Kejap lagi mesti saya makan) Selalunya saya jadi orang yang terakhir la makan. Sebab baru ada selera. Kadang-kadang tak sempat jadi yang terakhir, meja dah licinnnnn.


 "Hmmm, bau macam sedap. Rasanya macam mana?" - Abang.
Rasa macam masuk reality show pulak. Debaran yang ku rasakan.......



Patutlah setiap kali ibu dah masak, bila tanya ibu dah makan belum; ibu cakap makanlah dulu. Kenyang lagi katanya. Lagi kenyang tengok orang lain makan air tangan ibu.



baju busuk bau sambal takpe; jangan hati busuk.

2 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

mak kite bau bawang -_-

Izz Hazwani said...

mak bau bawang tetap wangi <3