Monday, October 22, 2012

Gred 'lebah'

Assalammualaikum.


Finals dah berakhir. Ah, akhirnya! Siap demam terkejut lagi sebab stress. Itu dia akibat kalau tak reti meletakkan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran. Dah terhantuk baru terngadah. Tak hantuk teruk sangat ni.


Jadi..... saya baru tahu markah kertas Bahasa Ibunda Malaysia, Bahasa Melayu. Grednya hanya B. Sebaik tambah bahagi darab angka, grednya hanya BEE !


Buat seketika terasa macam, 'brb, malaysia'.
Buat duaketika terasa macam, 'ah malunya kenapa hanya dapat B?'


Bila jawab kertas Bahasa Ibunda, berapa muka surat je guna.
Tapi bila jawab kertas Bahasa inggeris, sikit sikit 'excuse me. paper please'


Bila jawab kertas Bahasa Ibunda, siap ada masa lagi nak ikat tali kasut gaya ketupat.
Tapi kalau kertas Bahasa Inggeris, nak backspace (liquid) walau SATU HURUF pun rasa macam sangat berharganya masa itu!


Pernah terdengar orang cakap, apa guna jadi melayu kalau markah lagi rendah dari bukan melayu?
Buat malu.

Adakah tahap kemelayuan seseorang diukur pada gred peperiksaan semata-mata?

2 comments:

khalidrizuan91 said...

Ya. Tahap kecekapan dan kemahiran seseorang dalam Bahasa Melayu dapat diukur melalui pelbagai kaedah, salah satunya ialah gred peperiksaan. Ya, memang malu sekiranya orang Malaysia mendapat gred rendah dalam bahasa ibunda daripada bahasa penjajah lebih2 lagi orang Melayu. Ikutilah sikap orang Jerman, Perancis dan Korea yang mempertahankan bahasa ibunda masing2.

Izz Hazwani said...

khalid:
tapi nampaknya,majoriti rakyat kita lebih mengagungkan dan mengutamakan bahasa penjajah.