Wednesday, October 31, 2012

Lain orang lain baunya

Assalammualaikum. Kembali lagi saya pada pagi Rabu yang hujan di bumi Kuantan ini. Semoga rahmat sentiasa melimpah-ruah buat kita semua.


*bau baju* *gerakkan hidung*

 Bau sambal. Maksud tersiratnya, saya sebagai anak dara baru je lepas memasak. Kita ni kena la pandai cari isi tersirat ya kawan kawan.


Sebenarnya bau bahan masakan (contohnya bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, etc) yang ditumis, sedap jugak. Rasanya bukan saya sorang je yang bau tumis tu sedap. Lagi-lagi yang buat sampai kita nak terbersin tu. Uihhh dah boleh bayang dah keenakan hasil masakan tu macam mana. Bau sambal yang ditumis pun sedap jugak.


Biasanya kalau lapar, mesti nak masak. Kalau tak masak, beli luar. Kalau malas sangat, lantak pi lah kebulur. Tapi kalau masak untuk ramai-ramai, si tukang masak selalu tak makan masakan sendiri.


Sama la macam situasi saya sekarang. Tadi lapar sangat. Dah siap bersilat senduk kuali kat dapur, terus jadi kenyang. Suruh abang & adik makan je. Bau saja pun macam dah cukup. (Tipu! Kejap lagi mesti saya makan) Selalunya saya jadi orang yang terakhir la makan. Sebab baru ada selera. Kadang-kadang tak sempat jadi yang terakhir, meja dah licinnnnn.


 "Hmmm, bau macam sedap. Rasanya macam mana?" - Abang.
Rasa macam masuk reality show pulak. Debaran yang ku rasakan.......



Patutlah setiap kali ibu dah masak, bila tanya ibu dah makan belum; ibu cakap makanlah dulu. Kenyang lagi katanya. Lagi kenyang tengok orang lain makan air tangan ibu.



baju busuk bau sambal takpe; jangan hati busuk.

Tuesday, October 30, 2012

Apa salahku wuwuwuwuuu

Assalammualaikum.


Teringat petikan ayat daripada post lama blog saya, "We don't live to please everyone TAPI, sekurang-kurangnya, kita harus peka dengan perasaan seseorang terhadap perangai kita."


Terfikir jugak, dalam sehari, ada tak orang menyampah dengan perangai saya. Menyampah tu rasanya tahan lagi. Kalau benci? Lepastu orang tu geram, menahan rasa terus post tweet menggelarkan kita sebagai perempuan tergedik-gedik la, tak sedar diri la, apa la.



Sebenarnya apa masalah yang sebenar sampai orang benci kat kita ni? Sampai hati sob sob T_______T Kita tak tahu apa apa, tiba tiba menjadi mangsa benci. Jangan benci sangatlah kan.






Perangai tergedik-gedik mengalahkan anak kucing yang kena acah dengan bola.
Kucing tu ya la sebab dia tu haiwan. Kita yang manusia ni pun beragak sikitlah nak perangai macamtu. Terkinja-kinja macam budak tadika pun ada jugak. Lepastu bila orang cop dia gedik mula la nak melatah. Sudahnya nanti awak pasrah dan mengeluarkan statement 'saya gedik, so what?' sebagai caption untuk gambar yang dimuatnaik. Jangan kata semua orang suka awaklah. Yang like gambar awak tu bukan SEMUA pun. Yang tak like tu besar kemungkinan lebih ramai dari yang like. & mereka tak sukakan awak pun. Pasal tak ada butang DISLIKE la diorang senyap.



Selalu take, take, take apa yang kita give, give, give lepastu....
...bila kita dah taknak give, dia kata kita kedekut. Lepastu tiba tiba nak ungkit pengorbanan dia untuk kita. Berkorban kebendanya? Berkorban rasa tak malu sebab selalu meminta? Siap buat prinsip 'hak awak hak saya, hak saya hak saya je'. Haktuihhh kat awak. Menyampah pulak rasa.



Cakap tak serupa dengan apa yang dia bikin
Kononnya buat itu ini tak boleh, tapi tup tup dia buat jugak. Memanglah tak salah nak menasihat satu sama lain. Tapi bukan ke lebih elok kalau kita jalankan cakap kita?




Orang tu memang dah volunteer siap hands up in the air nak benci kita tak memasal
Biasalah manusia, selalu tak puas hati tengok orang lain. Kita dok termenung pun dia nak mencebik tengok kita. Dah tak suka takyah tengok. Tak suka, takyah follow kita~ Setiap kali tengok setiap kali rasa sakit hati, menda faedahnya kan. Tak perlulah nak membenci orang yang takde kaitan dengan hidup kita. Dahlah kita tak buat apa, lepastu dia nak cari salah kita. Macam mencari  sesuatu yang tak wujud. Logik ke tak tu?



Jadi setakat tu sahaja ulasan saya. Walaupun finals dah berakhir, penderitaan dengan projek reka cipta masih tiada kesudahan.. 

Sunday, October 28, 2012

Seperti hilang nur

Assalammualaikum. Ehem. Pada ketika ini, adik-adik saya sudah ketiduran. Jeling jam, baru 9.14PM. Tak apa, budak kecil patut tidur awal. Biasanya jam begini adik adik saya masih bergiat aktif melompat sana sini. Diorang ingat rumah ni taman permainan / hutan - boleh bergayut sana sini agaknya.






Apa puncanya mereka tidur awal?
Mungkin sebab sunyi.


Kenapa sunyi?
Sebab ibunda kami keluar daerah, menghadiri kursus..



Ketiadaan ibu di rumah umpama ketiadaan nur dalam rumah.
Rumah sunyi.



Sehari ibu tak ada kat rumah pun rasanya macam seminggu.
Lama sungguh hari berlalu~~


Hargailah ibu anda selagi beliau masih ada.
Bukan ibu je. Ayah, abang, kakak, adik & ahli keluarga yang lain.
Dan insan insan penting dalam hidup anda.

Monday, October 22, 2012

Gred 'lebah'

Assalammualaikum.


Finals dah berakhir. Ah, akhirnya! Siap demam terkejut lagi sebab stress. Itu dia akibat kalau tak reti meletakkan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran. Dah terhantuk baru terngadah. Tak hantuk teruk sangat ni.


Jadi..... saya baru tahu markah kertas Bahasa Ibunda Malaysia, Bahasa Melayu. Grednya hanya B. Sebaik tambah bahagi darab angka, grednya hanya BEE !


Buat seketika terasa macam, 'brb, malaysia'.
Buat duaketika terasa macam, 'ah malunya kenapa hanya dapat B?'


Bila jawab kertas Bahasa Ibunda, berapa muka surat je guna.
Tapi bila jawab kertas Bahasa inggeris, sikit sikit 'excuse me. paper please'


Bila jawab kertas Bahasa Ibunda, siap ada masa lagi nak ikat tali kasut gaya ketupat.
Tapi kalau kertas Bahasa Inggeris, nak backspace (liquid) walau SATU HURUF pun rasa macam sangat berharganya masa itu!


Pernah terdengar orang cakap, apa guna jadi melayu kalau markah lagi rendah dari bukan melayu?
Buat malu.

Adakah tahap kemelayuan seseorang diukur pada gred peperiksaan semata-mata?

Sunday, October 21, 2012

Lontaran suara yang disalah-ertikan.

Assalammualaikum.


Ever heard of this saying, "Customer is always right" ?
Tapi ia tak patut diaplikasikan kepada "Old old people always right so you young young ones just obey to us!"



Kadang kadang bila orang tua @ orang senior cakap, mesti kita kena benarkan saja. Jangan ada pangkah. Memanglah orang tua makan nasi lebih awal dari kita. Kata-kata mereka pun boleh makan dalam jugak. Tapi takkan setiapa butir kata tu kita tak boleh nak persoalkan atau bawa berbincang?



Nanti kita, anak muda ini dikata biadab.
Sebab tu disimpan je dalam hati.
Makan hati.



Bukan nak katakan kepada semua. Segelintir.



Malah, ada orang tua yang berasakan bahawa umur besar mereka membolehkan mereka menyakiti perasaan orang. Tak minta maaf pun tak apa. Sensitiviti mereka kita jaga, tapi sensitiviti kita? 


Ungkapan maaf tak perlu datang daripada pihak yang salah sahaja. 
Atau daripada yang kerdil.



Yang kecil belajar tentang adab,
Yang dewasa, jagalah adab.