Thursday, August 16, 2012

Musim raya = Musim emosi


(sumber sini)



‘Ah, bosannya. Asal musim raya ja, drama-drama sedih kononnya nak buat para penonton insaf dijadikan tontonan. Plot ceritanya sama. Kalau tak mati pagi raya, mati malam raya. Balik balik cerita membabitkan emosi sedih.’ 



Mengeluh sesaat. Sesaat mengeluh, sesaat merungut~~ Kenapalah cerita Melayu ni mesti berupa begini. Dalam merungut tu, terpaksa layankan jugaklah. Ini terjadi apabila astro telah dipotong.



 Kenapa raya Aidilfitri, iklannya mesti sedih? Tak dapat balik raya sebab tiket kapal selam dah habislah, rumah terbakar lalu mengharapkan ihsan jiran tetanggalah…. Raya Cina, Raya Deepavali, Krismas…. Iklan dan filem mereka kebanyakannya tak ada yang terlalu emosi. Semua ibarat ‘live happily ever after’ gitu masa hari pertama raya.


Kalau saya pandai mengarah dan menulis skrip, ya, maka saya yang akan buat cerita saya sendiri. Tapi apakan daya, saya hanya seorang penulis.



Masih mengharapkan kiriman kad raya setiap kali menjenguk peti surat. Orang kata amalan ni dah lapuk? Siapa caraaaaa. Apa-apa pun, nantikan entry saya yang seterusnya tentang kad raya. InsyaAllah.

3 comments:

Noorizal Ramly said...

Assalammualaikum wbt.

Selamat Menyambuat Aidilfitri dengan ceria bersama keluarga yang tersayang.

Memang betullah, iklan hari raya, selalunya ada emosi yang sedih2 berbeza dengan iklan perayaan lain. Mungkin juga untuk memberi kesedaran kepada kita yang mendapat rahmat, bersyukur kerana ada insan yang diuji dengan dugaan.

Terima kasih juga sebab berkongsi kerja Incik RestNrilekS di sini. : )

Amer Fiqri said...

Director dah takde idea , sebab tu dia buat cerita sedih2 n plot pun sama , malas nak pikir panjang2 , nanti bajet terlebih pulak .. , haha ^^

Izz Hazwani said...

Noorizal Ramly:
Selamat Hari Raya :)

Amer:
Lepasni kita pulak jadi director.