Sunday, July 22, 2012

Selebritikah anda jika anda kidal?

Dulu dah pernah 'up' satu entry pasal kidal ni. Sekarang ni olah penulisan baru. Pada petang hari kedua Ramadhan. Belum sampai seru lagi nak ada mood raya. Sabar.


Tak perlu cerita lah pasal otak kiri kanan tangan kiri kanan. Semua boleh google sendiri lah kan korang lebih cenderung guna otak bahagian mana. Yang penting kita sama-sama guna otak. Jangan guna otak kosong dekat kepala lutut. Useless. Manfaatkan otak anda sebaik mungkin.


Kenapa bila seseorang guna tangan kiri, semua macam, "Wah, awak kidal ya?" Kenapa macam teruja? Kenapa seolah-olah melihat haiwan di zoo? Kenapa seolah-olah dia orang pertama yang awak tengok menggunakan tangan kiri? Kenapa? Katakan kenapaaaaa.



(view lebih jelas di sini)
(sumber sini)

Berdasarkan apa yang saya peroleh daripada google, meski pun tak dapat maklumat secara tepat, saya rasa dapat saya simpulkan bahawa orang-orang kidal ni minoriti jumlahnya. Sila betulkan kalau salah. Yelah, kalau dah betul buat apa nak dibetulkan lagi. Pak Pandir namanya tu.


Jadi, persoalannya, kenapa bila kidal, semua jadi EH EH, EHHHH? Bila orang guna tangan kanan, tak ada pulak cakap, "Awak guna tangan kanan ya?" Tak ada pulak kan?


Dulu, masa main bola baling, usahkan kawan, coach pun macam "Dia kidal lah!" I mean... salah ke saya kidal :( Dan saya rasa macam lain daripada orang lain bila saya satu satunya yang kidal kat situ. Maka coach pun ajar saya secara personal sebab kekuatan kaki & tangan saya tak sama dengan mereka yang tak kidal. Herh.

Sayangku jangan kau persoalkan benarkah aku kidal~


Menjadi golongan kidal itu bukan satu jenayah. Tak apa, anggaplah diri awak tu selebriti sekejap bila orang tanya awak ni kidal. Tanyalah dia kalau dia nakkan autograf awak atau tidak.

Oh, @gadis saya dan @Mimo memanggil saya Kidel, pada satu masa dahulu. Atas sebab-sebab tertentu.

Fikirlah. Kalau jumpa mualaf, golongan kita mesti tanya "Awak baru masuk Islam ya?" Soalan tu seolah-olah nak membezakan orang yang secara lahirnya sudah beragama Islam dengan orang yang baru memeluk agama Islam. Sedangkan tak ada pulak yang bertanya "Saudari ni dah lama yang masuk Islam?" Tak ada kan?

7 comments:

Amer Fiqri said...

Haha , kau ni kn "tiger" pelik sikit la tiger boley tulis kidal ^^ , Jangan marah ye , saya hanya bergurau dengan gadis tiger yang comel ni ^v^

khalidrizuan91 said...

assalamualaikum. dengar kata orang kidal ni dilahirkan bijak2 blaka. Ah, mengarut, ni semua ketentuan Allah belaka. Kalau kidal tapi malas belajar, tak jadi jugak. Tiada manusia yang dilahirkan bijak.

Izz Hazwani said...

Amer:
Alaaaa kau ni, kalau masukbabambik hati, kau lah championnya~

Khalid:
Waalaikummusalam wbt. Aku tak pernah dengar pun pasal kidal tu orang bijak. Ke kau sorang je yang dengar? Tapi betullah, IQ level manusia tak bergantung pada penggunaan tangan kanan atau kiri pun.

Amer Fiqri said...

Eh , champion ke ?? , dpt tempat kedua akhir je .. , Haha ..

Izz Hazwani said...

Amer: Kau dah masuk competition ke? Hebat, haha

Amer Fiqri said...

Belom masuk sudah kena halau , haha ^^ , sebab tu dapat tempat kedua akhir je .. hehe

Ssan said...

i'm one of the 'selebrity' then... :) to kan bkn smua org kidal bt smua bnda kidal-ly...stereotype org saja...