Sunday, July 22, 2012

Selebritikah anda jika anda kidal?

Dulu dah pernah 'up' satu entry pasal kidal ni. Sekarang ni olah penulisan baru. Pada petang hari kedua Ramadhan. Belum sampai seru lagi nak ada mood raya. Sabar.


Tak perlu cerita lah pasal otak kiri kanan tangan kiri kanan. Semua boleh google sendiri lah kan korang lebih cenderung guna otak bahagian mana. Yang penting kita sama-sama guna otak. Jangan guna otak kosong dekat kepala lutut. Useless. Manfaatkan otak anda sebaik mungkin.


Kenapa bila seseorang guna tangan kiri, semua macam, "Wah, awak kidal ya?" Kenapa macam teruja? Kenapa seolah-olah melihat haiwan di zoo? Kenapa seolah-olah dia orang pertama yang awak tengok menggunakan tangan kiri? Kenapa? Katakan kenapaaaaa.



(view lebih jelas di sini)
(sumber sini)

Berdasarkan apa yang saya peroleh daripada google, meski pun tak dapat maklumat secara tepat, saya rasa dapat saya simpulkan bahawa orang-orang kidal ni minoriti jumlahnya. Sila betulkan kalau salah. Yelah, kalau dah betul buat apa nak dibetulkan lagi. Pak Pandir namanya tu.


Jadi, persoalannya, kenapa bila kidal, semua jadi EH EH, EHHHH? Bila orang guna tangan kanan, tak ada pulak cakap, "Awak guna tangan kanan ya?" Tak ada pulak kan?


Dulu, masa main bola baling, usahkan kawan, coach pun macam "Dia kidal lah!" I mean... salah ke saya kidal :( Dan saya rasa macam lain daripada orang lain bila saya satu satunya yang kidal kat situ. Maka coach pun ajar saya secara personal sebab kekuatan kaki & tangan saya tak sama dengan mereka yang tak kidal. Herh.

Sayangku jangan kau persoalkan benarkah aku kidal~


Menjadi golongan kidal itu bukan satu jenayah. Tak apa, anggaplah diri awak tu selebriti sekejap bila orang tanya awak ni kidal. Tanyalah dia kalau dia nakkan autograf awak atau tidak.

Oh, @gadis saya dan @Mimo memanggil saya Kidel, pada satu masa dahulu. Atas sebab-sebab tertentu.

Fikirlah. Kalau jumpa mualaf, golongan kita mesti tanya "Awak baru masuk Islam ya?" Soalan tu seolah-olah nak membezakan orang yang secara lahirnya sudah beragama Islam dengan orang yang baru memeluk agama Islam. Sedangkan tak ada pulak yang bertanya "Saudari ni dah lama yang masuk Islam?" Tak ada kan?

Wednesday, July 18, 2012

Cerita seminggu pun tak habis

Berlalulah sudah Sukan Malaysia kali ke-15 2012 di Pahang. Merindui kenangan di trek. Menumpang kasih kakak kakak. Ahh macam cerita Bersamamu pulak.


Bila berkerja ni, kena tahan caci maki. Kena tebal telinga, jiwa pun jangan nak rapuh sangat.  Jangan terlalu ikutkan emosi. Jadilah profesional. Yang penting, enjoy =)

Sunday, July 08, 2012

Saya berjiwa rumusan.

Karangan Rumusan adalah sejenis karangan lurus. Maksud saya, ia terus membincangkan isi-isi utama, tanpa bermadah kata dan berkias-kias. Contohnya, kalau ayat petikan 'Dia merupakan seorang yang tidak bijak' bila dijadikan karangan rumusan yang membenarkan perkataan ditukar tanpa mengubah maksudnya, ia akan menjadi 'Dia sebenarnya bodoh. Enough said'. 

(Contoh ayat hanyalah contoh semata-mata. Jangan dicontohi dalam contoh rumusan anda)

Dan disebabkan maksudnya yang 'lurus ke titik', kawan menggelarkan saya seorang berjiwa Rumusan. Kenapa? Sebab saya selalu berterus terang. Terlalu berterus terang seperti kanak-kanak kecil sehingga kata-kata saya mampu menyakitkan hati seseorang. Orang yang lemah semangat memang akan rasa nak terjun kerusi bila dengar sindiran saya yang sebenarnya berunsurkan nasihat.

Pernah satu hari tu, saya belek kuku kawan saya. Dengan ekspresi muka bersahaja, saya cakap dia bela babi. Mungkin terlalu straight, dia marah. Mungkin sebab selama ni dia dah selalu sangat sabar dan senyum, sabar dan senyum, sabar dan.... dah takboleh sabar. Maka marahnya dihambur kepada saya.


"Kau tak boleh ke nasihat tu elok elok sikit bahasa?"
"Benda dah betul kan. Selama ni aku cakap habis molek dah, ada ke kau dengar? Beribu alasan kau bagi. Okay, fine. Dear kau, tolonglah potong kuku tu. Sebab panjang sangat. Tak rasa jijik ke bela kandang babi? Aku..."
"Baik kau blah je sekarang. Serabut aku tengok kau"


Bukan masalah saya dengan kawan yang saya nak bincangkan. Tapi masalah orang kita yang segelintirnya suka bercakap lepas. Sebenarnya bila dinilai, orang macamni ialah orang yang jujur dan berterus terang. Tapi caranya sangat.... mencederakan hati.



"Dia ni sebenarnya baik, tapi cakap tak pandang kiri kanan"


Apa profitnya bila dapat kawan macamni?
Saat anda mencuba try dan test baju di pusat beli belah, anda meminta pendapatnya, dia tanpa segan silu menyuarakan pendapat. Anda terlalu padat untuk seluar ini, anda terlalu rendah untuk baju ini, dan segala macam anda terlalu untuk itu dan ini. Kawan semacam ini yang patut dijadikan destinasi harapan bila patah hati rasa nak mati.


Tapi loss nya....
Lepak ramai ramai. Cakap sikit je tapi dia balas dengan ayat yang menjatuhkan air muka. Ada masa, dia akan terus terang pada orang lain bagaimana dia rasa bila bersama anda. Dan dia mampu membunuh semangat anda secara kekal.



Bila saya bercakap, ada dua kemungkinan yang selalu terjadi.
Menimbulkan kemarahan orang.
Dan menerbitkan air mata orang.


Nasihat berfaedah tapi kalau bahasa tak disusun indah.....
Orang mengata belakang, awak kata kalau tak puas hati cakap muka ke muka.
Tapi bila berterus terang, macam macam awak kritik. 
Semuanya takkan pernah kena pada gaya awak.
Awak tak ada gaya, rasanya.