Tuesday, May 29, 2012

Bukan nak menjaga tepi boxer. Nak menegur saja.


Pada era globalisasi ini, kemajuan dunia semakin tidak seiring dengan kemajuan manusia. Ramai yang kelihatannya kembali kepada zaman jahiliah. Budaya kita makin berubah. Allah SWT lupa disembah. Mula dahlah ayat ala-ala buat karangan bahasa Malaysia ni.


Nak salahkan siapa?



Kanak-kanak zaman sekarang pun, fizikalnya saja nampak seperti kanak-kanak. Bulu tak tumbuh lagi, perlakuan, lagaknya dan fikirannya macam orang dewasa. Mana mak bapak? Tak didik anak? Sibuk cari harta untuk bawak masuk dalam bumi macam firaun ke? 

Mak datin, pak datuk, tan sri datin sri sekalian, jangan risaulah. Kita tak perlukan wang untuk sewa rumah bawah tanah kita selepas mati, tidak seperti kita membayar sewa untuk parking kereta di restoran makan mewah.

1.Ada mak bapak yang bila kita pandang, "oh, patutlah anaknya begitu. bapak borek, anak beranak." 
2.Ada juga mak bapak yang kita tengok, kontra sungguh perangainya dengan anak.


1. Mak bapak yang perangai dua kali lima sama dengan dua puluh lima dengan anak-anaknya ni taktahu nak kata apa dah. Kita sebagai orang luar nak tegur, nanti ditengking semula. 

"Eh kau sibuk tepi kain aku apahal? Tu kaki kain kau hujungnya tertetas, betulkanlah.
Jangan menyibuk hal orang."


Rosak, rosak.


2. Mak bapak menjaga solat, aurat tutup belaka, tapi sayang dapat anak buat maksiat, lepastu selalu derhaka. Anak-anak buat sesuatu yang secara langsung dosanya terpalit sama pada mak bapak. Ingat ni main palit palit lumpur? Beruntunglah siapa dapat ibu ayah macamni. Bila kita tegur, mengapa tidak diubah perangai si anak, jawabnya "Dah puas cuba. Tapi degil. Hatinya keras, macam batu. Dahlah ada kutu."


Kenapa dari awal, tak dipraktikkan peribahasa 'meluntur buluh biarlah dari rebungya' ? Sebab kononnya anak anak masih kecil, biarlah mereka menikmati dan enjoy hidup mereka? Jangan terlalu menatang anak bagai minyak yang penuh. Tak mustahil satu hari nanti perangai mereka seperti binatang.


Bila menegur si anak,
"Kau siapa nak masuk campur hal aku? Dosa pahala aku tanggung. Kubur lain lain. Kau dengan kubur kau, aku dengan kubur aku. Kita tak guna konsep sharing sharing. Sekurangnya aku tak gadaikan maruah"

Maruah? MA-RU-WAH?
Maruah bukan saja pada kesucian harga diri si dara.
Maruah disabitkan dengan perilaku yang memalukan.



Saudara saudari sekalian, buat baik, bukan buat taik.
Kita sebagai anak, merupakan amanah dari ALLAH SWT kepada ibu bapa.


Kat padang bola, orang akan tanya, "Wahh Abu, anak kau ke tu main bola? hebat ya, sama macam kau!" Pujian bertubi-tubi. Masa tu boleh bapak mendabik dada berbangga diri.

Tapi kat Padang Mahsyar, cara pencorakan ibu bapa pada kehidupan anak anak akan dipersoalkan.
Anak anak ibarat kain putih. Biarlah ibu bapa yang memberi warna. Jangan kita rosakkannya. Jangan biarkan unsur lain mencampuri urusan pencorak kita.

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".

Nak menegur ni kita TAK sepatutnya "éh kaulah tegur" "apa aku pulak. kaulah pergi".
Patutnya benda ni kita kena berani tegur.
Tapi nak buat macam mana, orang kita ni terlalu menjaga hati.
Sampai tak sanggup nak menegur orang.


Menjaga tepi kain orang dan menjadi prihatin (menegur kesilapan) adalah perkara yang berbeza.
Dulu, kita istilahkan sebagai prihatin sesama kita.
Tapi sekarang, kita isytiharkan sebagai menjaga tepi kain dan tepi boxer orang.


No comments: