Thursday, April 19, 2012

'Panggilan Rindu'

Sekembalinya saya dari sekolah yang habis kadang kadang tak tepat pun pukul 2.30 petang, terus telefon bimbit di'switch on'. Mendapat mesej dari Maxis memberitahu bahawa saya menerima satu panggilan rindu eh satu misscall daripada satu nombor tidak dikenali pada jam dua petang.


Saya pun menghantar panggilan rindu semula. Ish bakpe gedik sangat ni. Misscall lah. Lepastu dia misscall saya semula. Lepastu saya misscall lah balik. Lepastu dia call terus.

Dia: Hello, ni siapa?
Saya: Hah? Awak misscall saya pastu saya misscall awak pastu awak misscall saya balik pastu saya misscall balik pastu awak terus call dan tanya SIAPA SAYA?

Dia: Apa awak merepek ni?
Saya: Takde pape. Awak salah nombor kot.
Dia: Yela kot.
Saya: Ok bye.
Dia: Bye.

2 comments:

Alwani Raihan said...

Tudiaaa mai dahh yang nak usha :P

Izz Hazwani said...

Ahh,dia tak cakap pun nak usha.