Sunday, April 22, 2012

Cuma orang kampung yang tak pernah makan sambal belacan

Assalammualaikum.

Pada tengah hari yang terik dan panas, duduklah tiga gadis yang berborak tentang..... makanan. Ya, topik makanan yang menjadi perbualan utama. Maklumlah, kaum perempuan ni sebenarnya kuat makan. Lagi-lagi hok 'kuruh-kuruh' (kurus-kurus) tu. Yang badan maintain slim walau makan banyak tu, memang untunglah kan.


Gadis 1: Haritu makan Tutti Frutti perisa baru,sedap.
Gadis 2: Eh haah kan, memang sedap.
*dari TF, meleret sampai cerita pasal makanan yang lain*
*tiba tiba Gadis 3 konon buat muka kesian berkata...*

Gadis 3: Oh ya ke? Maafkan saya, saya belum pernah rasa semua makanan tu. Maklumlah, saya ni orang kampung je. Makan masakan kampung je.

Kedua-kedua gadis tadi memandang si Gadis 3
sambil membuat reaksi terkejut.

Gadis 1: Serius awak tak pernah makan semua tu?
Gadis 3: *angguk*
Gadis 2: Bagusnya awak ni. Hm, sambal belacan pernah makan?
Gadis 3: Tak.
Gadis 1 dan Gadis 2: -_______________-' Kampunglah sangat padahal sambal belacan pun tak pernah hadap.

Macam mana pulak dengan yang mengaku beragama Islam tapi langsung tak buat suruhan agama?