Monday, March 05, 2012

Quiet &Friendly.

Assalammualaikum wbt.
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragam.
Ada yang aktif. Ada yang tak.
Ada yang selalu happy. Ada yang nampak murung.
Ada yang perahsia. Ada yang suka buka semua.
Dan......

Ada yang peramah, ada yang pendiam.


Perangai orang ni selalu disalah-tafsir oleh mereka yang langsung tidak berniat untuk mengenali orang lain dengan lebih dekat. Bila saya cakap lebih dekat, tak semestinya mesti jalan ke hulu hilir berpelukan berpegangan, tidur serumah sebilik sekatil sebantal eh sebantal? Takde la sampai makan sepinggan minum secawan. Tidak. Jangan nak jadi pandir sangat.



Setiap bahagian dari diri kita ada negatif dan positif nya. Ada baik dan ada buruknya. Ada yang orang suka, ada orang tak suka. Bergantunglah kan.


Sifat peramah tu bagus. Takde membosankan. Boleh berinteraksi, berkomunikasi dengan orang lain dengan mudah la kan. Boleh dapat ramai kawan. Tapi kalau terlalu peramah pun boleh buat orang rasa awak ni menjengkelkan. Sebab peramah ni kadang kadang boleh disabitkan dengan GEDIK atau PENYIBUK.


Nak peramah tu boleh. Tapi janganlah sifat peramah tu terlebih tumpah kepada golongan jantina berlainan. Mungkinlah pada awak, niat tu dah baik nak berkawan dengan golongan berlawanan tapi orang lain suka berburuk sangka.


Dari kaca mata awak yang powernya 200, awak cuma nak mintak dia ajar sesuatu yang awak tak faham.
Dari bingkai kaca mata orang lain, awak saja nak duduk rapat rapat dengan dia.

Dari kaca mata awak yang powernya dah up 250, awak cuma nak mintak nombor telefon dia.
Dari contact lens orang lain yang dah maju..... eh memang awak ni gedik.

Kalau tak ada kepentingan, tak perlulah sampai mintak nombor.
Mintak twithandle/fb sudah.
Siap boleh view gambar, status lagi.
Kalau minat, kenallah stage by stage.
Tak perlu terburu-buru.


Bila dua orang ni tengah bercakap, awak semangat nak join conversation diorang.
Tahulah friendly.
Tapi ada batasnya jugak.
Jangan menyibuk tak tentu pasal.


Diam itu al-hikmah. Sekarang ni saya banyak diam. Tapi sekali saya bercakap, janganlah suruh saya berhenti. Sindir je saya "Awak ni memang banyak cakap eh" Maka serta merta saya akan berhenti bercakap. Tapi kalau saya tak berhenti jugak, bawak bersabarlah awak ya.


Orang yang pendiam lebih kurang sama dengan pemalu. Pemalu ni seboleh mungkin taknak bercampur dengan orang lain. Bercakap dengan orang ramai itu seperti satu perkara yang sangat berat untuk dilakukan. Nak cakap 'Hai' je pun rasa macam kena nyanyi Hai Siapa Nama Duduk Kat Mana Dengan Siapa~~


Eh lelaki pemalu ni comel. Ehem.
Haa dah jangan nak pakat datang jumpa ayah saya buat buat pemalu pulak.
Dan jangan cakap awak tak reti pakai kain pelikat.


Perangai terlalu pendiam dan malu ni mendorong seseorang untuk dikategorikan sebagai sombong. Kalau orang tegur, bukan nak balas balik. Fikir positif, mana tahu orang tu pekak sangat dah sumbat earphone. Kalau orang lambai dan dia tak angkat tangan semula, mungkin dia ada sehelai lagi bulu ketiak lupa di-shave. Positive thinking!



Orang pendiam pun boleh jadi disalahtafsir sebagai egois. Nampak macam dia ni taknak buat first move. Taknak mulakan perbualan. Taknak mulakan itu ini. Semuanya mesti pihak yang lain mulakan. Dan dia hanya lain. Percayalah, pendiam ni bila kenal betul-betul, lagi popcorn daripada si normal friendly.


Jadi diri sendiri. Tapi dalam masa yang sama, jangan terlalu melampau.
We don't live to please everyone TAPI, sekurang-kurangnya, kita harus
peka dengan perasaan seseorang terhadap perangai kita.
Kesimpulannya, buatlah kesimpulan sendiri.