Friday, February 24, 2012

Satu nisbah tiga

Penat bila asyik kena berebut. Berebut nak ambik berkat. Sebelum ni takde saingan yang nak duduk depan. Sejak kebelakangan ni kena berebut dengan sepasukan lelaki badan umpama pemain ragbi. Ok tak, tipu je.

Kena berebut dengan classmate lelaki yang berbadan besar daripada saya, itu susah. Sangat susah. Sungguh. Diorang taknak mengalah langsung. Ini memaksa saya untuk bertindak lebih tegas.


Melihat para lelaki telah melekatkan diri seperti cicak pada pintu makmal fizik blok A...B..C...D..E hah blok E tingkat dua, saya pun taknak kalah, lalu mendesak mereka untuk ke tepi.


Disebabkan keengganan mereka, saya pun menarik baju mereka seorang demi seorang menjauhkan diri daripada pintu tersebut. Apa sangatlah daya saya sebagai gadis :(


Berbekalkan semangat dan azam nak duduk depan, saya tarik lagi. Ah who cares! Memang masa tu dah betul betul berhimpit macam orang kebulur nak makanan. *lap peluh* Nak rebut pintu je. Ok, rebut PINTU je pun kan.


Tak cukup tu, saya menjerit jugak. Sampai mereka doubt saya ni seorang perempuan atau pun lelaki. Itu sadis sikit.



Apa yang sadis banyaknya?


Waktu balik, para lelaki bermain bola sepak dalam kelas. Ulang, dalam KELAS. Masa tu saya tak sedar lagi diorang tengah main. Bila pusing belakang, sedar-sedar bola tu hampir kena kat muka saya. Dengan muka baru nak ada perasaannya saya sambut bola tu macam orang main bola baling. Confuse dah ni bola apa. Yang pasti bukan bola pingpong atau bola bowling.


Dibuatnya bola tu kena kat muka saya? Rasanya orang lain kena rawat saya sebab muka dah lebam.


"Eh bagi la bola tu balik."
"Kalau aku taknak?"

*salah sorang tutup pintu.
yang lain block pintu, tak bagi saya lalu*


"Bukak ah pintu ni."
"Bagi bola tu dulu."
"TAKNAK. Baik kau bukak pintu. Aku jerit kang!!"
K, saya dah memang jerit pun masa tu kan -________-


Tak elok la kalau saya sorang je perempuan dalam kelas tu.
Disebabkan keengganan mereka lagi, saya mengambil keputusan untuk..........


"Ganasnya pompuan ni!"
Saya tendang pintu tu dan terus keluar. Bola tu saya campak belakang kelas.


Harapkan kawan lelaki yang menunggu saya kat luar tu? Hmphh. Dia buat bodoh, buta, tuli, pekak je. Orang mintak tolong taknak tolong pulak. Nak mengamuk rasa. Tak layak jadi calon suami atau bodyguard. REJECT!