Thursday, February 16, 2012

Jadilah manusia bertamadun

Okay reda dah pasal ikan comel? HAHA entah kenapa macam tiba tiba statistik blogminggu ni naik mendadak. Wonder why. . .

Assalammualaikum, salam sejahtera kepada para pembaca. Mana saya menghilang? Hilang dalam kesibukan timbunan kerja sekolah. Finishing the unfinished homeworks and finally,tetap jugak unfinished. Awal bulan Februari ni jugak saya banyak menangis meraung melalak macam orang mati hamster. Itu juga menyumbang kepada mata bengkak di samping tidur lewat sehingga tiga empat pagi.


*BLANK KEJAP*


Nak complain pasal cara mak bapak didik anak. Segelintir sahaja. Melihatkan golongan segelintir ini, buat saya kadang rasa bersyukur Alhamdulillah dibesarkan dalam keluarga yang ada adab moral dan sivik. At least keluarga saya tak ajar maki hamun orang tak tentu pasal. Saya je yang ajar diri sendiri macamtu. InsyaAllah saya dalam proses meng-adabkan diri sendiri sepenuhnya.

Haaa siapa tahu lori yang macam jual makanan tu? Taktau nak panggil apa la. Kalau dalam drama Korea mesti ada scene yang memaparkan kononnya orang kaya singgah beli makanan tepi jalan dari lori tu. Ada tak ada tak?


Bukan nak cerita pasal orang kaya lahh. Cerita pasal.... taktau nak describe macam mana. Baca terus.



Bukan niat nak aibkan tapi saya rasa macam terkilan. Sebagai manusia, saya rasa terkilan dan malu. Sebab melihatkan perangai anak-anak zaman sekarang yang serupa beruk takde adab, moral dan sivik. Dahlah mak bapak biarkan je anak macamtu.


Okay penjual makanan lori ni, seorang pakcik, pakai kopiah rasanya. And ada tiga orang anak kalau tak silap. Dua lelaki, sorang perempuan. Anak sulung, umur 20-an. Anak kedua, umur sebaya adik saya kot, dalam lingkungan 10-12 tahun. Yang bongsu, perempuan, comel jugak kot, umur baya adik kecik saya; around 3-4 tahun.


Yang anak sulung ni, okay je saya tengok. Ni haa pasal anak kedua. Dia punya ah dengan bangganya merokok depan kitorang (saya and kawan). Pastu buat muka berlagaknya hembus asap. Eh hello awak, kalau saya nak, saya mampu jugaklah nak beli. Berapa kotak? Mention je. Beli jelah saya mampu. Nak try tu tak mampu.


Dahlah buat muka amboiii macam dia tu dah dewasa sangat. Lepastu tahu dia buat apa? Dia sedut asap rokok, lepastu hembus kat adik dia.Apa ni? Adik awak tu kecik lagi. Risau k bila tengok budak-budak ni kecik kecik lagi dah hancur. *mash the potatoes!*


Yang menghairankan, si bapaknya buat taktahu. Bayangkan kalau adik saya yang buat gitu, mahu kena gantung kat pokok mangga tepi rumah ni. Yelahh, rokok tu pun sumber nya dari ayah jugak. Of course lah ayah tak bagi~~

Next, si adik bongsu ni. Kawan suruh panggil lah budak ni ke mari. Saya pun buat isyarat tangan jela suruh dia datang kat saya. Masa tu dia dalam lori. Lepastu dia nampak saya panggil, dia bukak pintu dan turun. Ala tomeynyeeeew.



Tahu dia buat apa?



Dia maju selangkah dua dari pintu lori lepastu bagi segala maki kat kitorang sebab panggil dia. Memang saya tak faham lah sebab budak kecik pelat. Rasa macam nak bagi kaki sungguh. Nampak tak? Kecik kecik dah biadab macamtu. Besar nanti?
Besar nanti kalau perangai dia camtu jugak, orang akan cakap "Harap muka je lawa tapi biadab" atau "Muka dah la hodoh, perangai lagi lahh. Bodoh". Haaaaa.
Jadi kepada mak bapak, kalau tak ready tu, pandai pandailah buat something to prevent the err apa eh dalam english? To prevent the pregnancy kot.


Sebab anak-anak juga belajar dari rumah. Teladannya ialah mak bapak.

2 comments:

PinQib said...

hehe.. kalau camtu, awak spit je coleslaw dekat muke dia.. (ludah)

Izz Hazwani said...

Alaaa kesian pulak kat dia nanti