Friday, February 24, 2012

Satu nisbah tiga

Penat bila asyik kena berebut. Berebut nak ambik berkat. Sebelum ni takde saingan yang nak duduk depan. Sejak kebelakangan ni kena berebut dengan sepasukan lelaki badan umpama pemain ragbi. Ok tak, tipu je.

Kena berebut dengan classmate lelaki yang berbadan besar daripada saya, itu susah. Sangat susah. Sungguh. Diorang taknak mengalah langsung. Ini memaksa saya untuk bertindak lebih tegas.


Melihat para lelaki telah melekatkan diri seperti cicak pada pintu makmal fizik blok A...B..C...D..E hah blok E tingkat dua, saya pun taknak kalah, lalu mendesak mereka untuk ke tepi.


Disebabkan keengganan mereka, saya pun menarik baju mereka seorang demi seorang menjauhkan diri daripada pintu tersebut. Apa sangatlah daya saya sebagai gadis :(


Berbekalkan semangat dan azam nak duduk depan, saya tarik lagi. Ah who cares! Memang masa tu dah betul betul berhimpit macam orang kebulur nak makanan. *lap peluh* Nak rebut pintu je. Ok, rebut PINTU je pun kan.


Tak cukup tu, saya menjerit jugak. Sampai mereka doubt saya ni seorang perempuan atau pun lelaki. Itu sadis sikit.



Apa yang sadis banyaknya?


Waktu balik, para lelaki bermain bola sepak dalam kelas. Ulang, dalam KELAS. Masa tu saya tak sedar lagi diorang tengah main. Bila pusing belakang, sedar-sedar bola tu hampir kena kat muka saya. Dengan muka baru nak ada perasaannya saya sambut bola tu macam orang main bola baling. Confuse dah ni bola apa. Yang pasti bukan bola pingpong atau bola bowling.


Dibuatnya bola tu kena kat muka saya? Rasanya orang lain kena rawat saya sebab muka dah lebam.


"Eh bagi la bola tu balik."
"Kalau aku taknak?"

*salah sorang tutup pintu.
yang lain block pintu, tak bagi saya lalu*


"Bukak ah pintu ni."
"Bagi bola tu dulu."
"TAKNAK. Baik kau bukak pintu. Aku jerit kang!!"
K, saya dah memang jerit pun masa tu kan -________-


Tak elok la kalau saya sorang je perempuan dalam kelas tu.
Disebabkan keengganan mereka lagi, saya mengambil keputusan untuk..........


"Ganasnya pompuan ni!"
Saya tendang pintu tu dan terus keluar. Bola tu saya campak belakang kelas.


Harapkan kawan lelaki yang menunggu saya kat luar tu? Hmphh. Dia buat bodoh, buta, tuli, pekak je. Orang mintak tolong taknak tolong pulak. Nak mengamuk rasa. Tak layak jadi calon suami atau bodyguard. REJECT!

❤ someone who ❤ you, not whom you ❤

This week's essay "SHOULD BOYS AND GIRLS BEGIN DATING A T 16"Of course teacher nak jawapannya NO. Walaupun hati sesetengah pelajar memberontak nak jugak kata YES, teacher suruh NO jugak!!


Teacher says, "Provide positive answers."
So students menjawab, "Tapi teacher, NO kan negative."
"Ah, depends pada situation jugak."


Conclusion?
A NO sometimes is a positive statement.

"Kalau boyfriend awak tu jenis suka control, angkat kaki, tinggalkan dia." Angkat kaki, bukan angkat kain.

Thursday, February 16, 2012

Jadilah manusia bertamadun

Okay reda dah pasal ikan comel? HAHA entah kenapa macam tiba tiba statistik blogminggu ni naik mendadak. Wonder why. . .

Assalammualaikum, salam sejahtera kepada para pembaca. Mana saya menghilang? Hilang dalam kesibukan timbunan kerja sekolah. Finishing the unfinished homeworks and finally,tetap jugak unfinished. Awal bulan Februari ni jugak saya banyak menangis meraung melalak macam orang mati hamster. Itu juga menyumbang kepada mata bengkak di samping tidur lewat sehingga tiga empat pagi.


*BLANK KEJAP*


Nak complain pasal cara mak bapak didik anak. Segelintir sahaja. Melihatkan golongan segelintir ini, buat saya kadang rasa bersyukur Alhamdulillah dibesarkan dalam keluarga yang ada adab moral dan sivik. At least keluarga saya tak ajar maki hamun orang tak tentu pasal. Saya je yang ajar diri sendiri macamtu. InsyaAllah saya dalam proses meng-adabkan diri sendiri sepenuhnya.

Haaa siapa tahu lori yang macam jual makanan tu? Taktau nak panggil apa la. Kalau dalam drama Korea mesti ada scene yang memaparkan kononnya orang kaya singgah beli makanan tepi jalan dari lori tu. Ada tak ada tak?


Bukan nak cerita pasal orang kaya lahh. Cerita pasal.... taktau nak describe macam mana. Baca terus.



Bukan niat nak aibkan tapi saya rasa macam terkilan. Sebagai manusia, saya rasa terkilan dan malu. Sebab melihatkan perangai anak-anak zaman sekarang yang serupa beruk takde adab, moral dan sivik. Dahlah mak bapak biarkan je anak macamtu.


Okay penjual makanan lori ni, seorang pakcik, pakai kopiah rasanya. And ada tiga orang anak kalau tak silap. Dua lelaki, sorang perempuan. Anak sulung, umur 20-an. Anak kedua, umur sebaya adik saya kot, dalam lingkungan 10-12 tahun. Yang bongsu, perempuan, comel jugak kot, umur baya adik kecik saya; around 3-4 tahun.


Yang anak sulung ni, okay je saya tengok. Ni haa pasal anak kedua. Dia punya ah dengan bangganya merokok depan kitorang (saya and kawan). Pastu buat muka berlagaknya hembus asap. Eh hello awak, kalau saya nak, saya mampu jugaklah nak beli. Berapa kotak? Mention je. Beli jelah saya mampu. Nak try tu tak mampu.


Dahlah buat muka amboiii macam dia tu dah dewasa sangat. Lepastu tahu dia buat apa? Dia sedut asap rokok, lepastu hembus kat adik dia.Apa ni? Adik awak tu kecik lagi. Risau k bila tengok budak-budak ni kecik kecik lagi dah hancur. *mash the potatoes!*


Yang menghairankan, si bapaknya buat taktahu. Bayangkan kalau adik saya yang buat gitu, mahu kena gantung kat pokok mangga tepi rumah ni. Yelahh, rokok tu pun sumber nya dari ayah jugak. Of course lah ayah tak bagi~~

Next, si adik bongsu ni. Kawan suruh panggil lah budak ni ke mari. Saya pun buat isyarat tangan jela suruh dia datang kat saya. Masa tu dia dalam lori. Lepastu dia nampak saya panggil, dia bukak pintu dan turun. Ala tomeynyeeeew.



Tahu dia buat apa?



Dia maju selangkah dua dari pintu lori lepastu bagi segala maki kat kitorang sebab panggil dia. Memang saya tak faham lah sebab budak kecik pelat. Rasa macam nak bagi kaki sungguh. Nampak tak? Kecik kecik dah biadab macamtu. Besar nanti?
Besar nanti kalau perangai dia camtu jugak, orang akan cakap "Harap muka je lawa tapi biadab" atau "Muka dah la hodoh, perangai lagi lahh. Bodoh". Haaaaa.
Jadi kepada mak bapak, kalau tak ready tu, pandai pandailah buat something to prevent the err apa eh dalam english? To prevent the pregnancy kot.


Sebab anak-anak juga belajar dari rumah. Teladannya ialah mak bapak.

Saturday, February 04, 2012

Ada tapi tiada

Macam biskut. Kejap ada kejap tak ada.
Kenapa pulak nak kaitkan dengan biskut?
Bukan ke kalau kita makan, terus habis?
Pernah tak baca ayat yang berupa begini...
Eh takde rupa. Tapi berbunyi eh takde bunyi.
AH BACA JELAH AYAT NI:

"Have you ever been alone in a crowded room?"

Itu sebenarnya hanya petikan lirik lagu.


Pernah pergi ke satu event ni—mungkin ke majlis perjumpaan keluarga atau meet up atau gathering? Kita kenal semua orang, kita gelarkan most of them kawan kita tapi kita tetap cakap "Tak ada kawan."


Lepastu respon daripada pihak lain,
"Tak ada kawan amendenya? Tu, bukan dorang kawan kau ke?"

Kalau macamtu, dekat satu dewan atau perpustakaan, semuanya kawan kita.
Siapa yang jenis open, boleh je tarik kerusi, duduk sebelah KAWAN-KAWAN dan cakap HAI!


Tapi maksud sebenar bila dia cakap dia tak ada kawan adalah
"Aku tak ada kawan yang rapat. Yang betul betul faham aku"

Macam tu maksud sebenarnya.


Ada tapi tiada.
Mempunyai ramai manusia yang bergelar kawan dalam
satu ruang yang padat tapi
tiada seorang pun yang betul betul faham kita.


Dan rasa keseorangan.
Orang bercakap sebelah kita pun rasa macam sunyi lagi.


“Loneliness and the feeling of being unwanted is the most terrible poverty.” — Mother Teresa