Tuesday, December 25, 2012

Selamat datang ke Kuantan Highlands.

Assalammualaikum.


Purrrrr. Sejuk betul Kuantan ni. Ibarat Kuantan Highlands. Suhu Kuantan sekarang adalah 23°C.  Sejuk sangat agaknya sampai pak cik tadi pakai jaket dan mafla dan snowcap macam dah turun salji. Nasib baik tak pakai earscarf fuhh.

Kepala berita bertajuk Kuantan Hampir Tenggelam hari ini buat saya berimaginasi seolah-olah akan wujud bandar baru selepas Kuantan. Kalau tengok dari bangunan tinggi, nampak bumbung-bumbung je. Dah macam Pulau Kuantan. Betul, tak tipu. Tak buat lawak.



Rapid Kuantan tersekat. Sudah tiba masanya kita menyediakan Rakit Kuantan. Macam mana nak sebut Rakit ni? Macam RACQUET. Ha kan ada iras-iras bunyi Rapid tu.


Tapi jujur, rasanya musim hujan kali ni sangat teruk. Hujan turun dengan lebat. Rahmat Allah. Jangan dirungut. Sentiasa bersyukur. Takkan tak ingat beberapa bulan lepas kita merungut bumi Kuantan ni panas terik rasa nak mandi dalam kolam taknak keluar keluar dah... sekarang hujan sejuk sungguh macam bukan Malaysia.... takkan nak merungut lagi?


Semoga kes kecemasan untuk ke hospital khusunya dipermudahkan perjalanan. Semoga tiada nyawa yang terkorban, tiada insan yang dijangkiti penyakit. Jaga kesihatan. Jangan selok sangat nak main air macamlah kat rumah awak tak ada air. Ingat ni Kuantan Waterpark?!!




Teringat masa kecil dulu dihantar duduk di Kampung X. Bila ibu ayah pergi kerja, memang kena duduk situ la. Bukan saudara-mara pun tapi dah ibarat saudara jugaklah. Nenek dia, nenek saya. Mak saudara dia, mak saudara saya. Yang sebaya saya pulak semua dah macam saudara. Panjat pokok sama, tangkap berudu sama, redah semak belukar sama, main dengan kawan sekampung lain sama-sama. Oh haa diorang panggil nenek diorang ni ATOK tau. Saya panggil nenek je. So, rumah nenek ni kat tepi parit. Parit besar. Musim hujan je mesti air naik. Satu hari tu, hujan lebat sangat. Air naik sampai masuk ke rumah. Masa tu dah boleh main bot lagi tau ha best tak best?? Pastu kena bawak semua barang naik tingkat atas. Bila dah duduk tingkat atas, takde benda la boleh buat. Golek golek tengok tv atau tidur. Dah macam rumah terapung atas sungai. Itu je memori saya dengan banjir. 



Hujan-hujan macam ni, rasa nak berbungkus dalam selimut setiap masa. Maka akan terhasil IZZ BUNGKUS!!

(Dah lama tak main puzzle semua tau. Alang alang main puzzle, biar menang hadiah sekali! Tengok sini lah, malas cakap banyak.)

Taknak mengulas panjang tentang sistem pemparitan. Yang penting, jangan saling menunding jari. Doakan semoga semuanya kembali sedia kala.


Ihik ihik, yang suka beli barang sekolah pada saat akhir tu..... jangan sedih sedih sebab bandar banjir. Itu boleh jadi alasan untuk anda extend cuti anda.

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Assalammualaikum. Ha haaaa haaaa ok ini bukan gelak.

Wak Gelas buat gibewei weiiii. Moh le kita join sesama.

Jangan risau, Wak Gelas bukan nak bagi iPod Touch 32gb 'tangan kedua' beliau sebab dah termasuk dalam gelas ke apa tau.


Klik gambar di atas.

Monday, December 24, 2012

Ini dia sudah sampai


Jeng jeng jengg!!!



Terima kasih Kak Dhiya!

Thursday, December 20, 2012

Siapa yang rindu?

Assalammualaikum.

Sumber gambar dari sini.
Saya ditanya. Lagi? Ya, lagi. Ketika dalam satu bulatan perbincangan. Gelak tawa mati apabila tak semena-mena disoal, "Pakwe nama siapa?" Dengan pandangan matanya seolah-olah penyiasat.


Malas jawab. Katanya, "Tu. Bulu mata jatuh. Ada orang rindu la tu."


Pantas zapppp! Saya meraba muka. HAH MANA MANA??! MANA ADUHH DAH LAMA KE BULU MATA NI BERTENGGEK KAT MUKA NI!! APESAL TAK BAGITAU AWAL AWAL.


Beg diselongkar. Mencari cermin.


"Ha cari cermin cari cermin"


Shhhhizzz!
Tertinggal pula kat rumah. Ini rasa nak nak jadikan mata orang lain sebagai cermin ni.
Berpandukan kata-kata si penanya tersebut, dia menjadi cermin untuk saya buang bulu mata pada muka.


Situasi menjadi sunyi.
Tiba-tiba saya digelakkan.
Ok cepat sangat gelabah.


Telefon dibawa keluar. Laju menaip.
"Awak, awak rindu saya ke?"
SEND.

Wednesday, December 19, 2012

Si ganjil semacam

Assalammualaikum.


Saya ditanya tentang posisi saya dalam adik beradik.
"Oh, saya anak keempat."

Kawan saya menyampuk.
"Haah, dia ni je perempuan. Yang lain lelaki."


Si penanya dan kawannya memandang saya atas bawah. 
"Patutlah awak ni semacam je."


"Apa maksud abang dengan 'semacam' je."


Tapi soalan saya dijawab dengan senyuman bermakna sambil mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

___________________________


Sumber asal dari sini.


Hai, susahnya bila diri lain dari yang lain.
Dianggap ganjil.
Yang ganjil tu diberi perhatian.


Terpulang kepada si ganjil untuk memanfaatkan perhatian yang diberikan.

Tuesday, December 18, 2012

Terikut-ikut

Assalammualaikum.


Kalau orang Indonesia cakap bahasa dia dengan kita, anda balas dengan bahasa apa? Bahasa dia juga, kan?
Kalau orang Cina cakap Melayu dengan kita, anda balas pelat pelat Cina juga?
Kalau orang India cakap Melayu dengan kita, anda balas cara mereka juga?


Mungkin itu anda.
Tapi bukan saya.


Tapi sejak berkawan dengan seorang Sabahan ni, saya jadi terikut-ikut pula loghat Sabah dia. Bunyi macam kelakar bila saya guna loghat tu sebab selama ni saya cuma cakap seperti biasa. Kalau ada pun, loghat Pahang dan utara. Tapi saya tak berapa fasih loghat Pahang. Balik kampung je secara automatik lidah akan bertukar loghat.


Balik kepada topik.



Haa apa yang kelakar bila saya cuba berloghat Sabah? Bunyinya jadi seperti Made in Indonesia! Bila kawan tu cakap Sabah laju laju, saya terpaksa tegur "awak boleh cakap slow sikit tak? tak pun kurangkan sikit ke loghat tu. saya kalut nak balas apa nanti" Dia pun balas "apa dia?" Ok, kita cakap panjang panjang dia tak dengar. Sebab dia jalan di depan, saya di belakang.

Perbualan saya dan dia.
Awak di mana?
Saya di sini lah.
Ya, di sini tu di mana?
Di sini tu di sini la.
Saya di sini, awak juga di sini tapi saya tak nampak awak!
Geram pulak rasa.


'Sa' bermaksud saya. 'Sia' pun boleh. Contoh ayat.. er entahlah tak reti buat ayat. Boleh google.
Disebabkan dia dari Sabah, disebabkan saya jenis pelupa, saya simpan nama dia dalam telefon.... Niall Sa.


Ok. Niall tu bukan nama sebenar dia.
Saja taknak tulis nama sebenar kat sini.


Lama-lama baru perasan.
Bunyi macam Niall Saya.
Amboiiii.
Padahal nak tulis Niall Sabah.
Kasi singkat punya nama, tulis Sa jela.
Nasib baik dia tak nampak nama tu.

Saturday, December 15, 2012

Komunikasi tanpa suara

Assalammualaikum.


Alhamdulillah tugas sebagai sukarelawan untuk sukan Paralimpik Malaysia Pahang 2012 dah tamat. Hari taklimat feeling ala-ala Superman masa nak gantung tag negeri pada khemah penyokong. "Pendek buat gaya pendek" Sindiran yang tidak ku endahkan sebab bagi saya, pendek itu bukan satu halangan :(


Azam nak gantung tag negeri punya pasal, kakak-kakak kesayangan dukung saya. Manis sungguh mereka ini. Nasib baik saya ringan. Kalau tidak... fuhhh.


Hari pertama bertugas - seorang demi seorang saya perhati. Air mata tak tertahan sebenarnya masa tu. Saya salah seorang manusia yang kadang kadang lupa untuk bersyukur dengan siapa diri saya sekarang. Menangis juga masa tu tapi tak lama. 

"Bukan simpati yang diorang nak." 

Tak ada siapa mengemis simpati. Cuma saya yang terlalu emosi. Berat mata memandang, tak terbayang insan itu yang menanggung sendiri.


"Orang yang bahagia ialah orang yang bersyukur dengan diri sendiri"


Ok, berhenti emosi kalau tak nak menangis lagi.


Tugas saya walaupun hanya duduk atas kerusi dan tick nama peserta namun agak kepenatan bila saya ni memang jenis cepat gelabah. Gelabah gelabah pun, senyum tak mahu lekang dari bibir. Bibir je senyum, mata tak tahu senyum ke tak. Yang pasti, mata siapa saja yang jadi tatapan saya akan diberi senyuman. Sedar dah senyum tak comel tapi peduli apa kan. Kalau tak senyum rasa macam tak lengkap pula hidup. Gituuuu. Rasa macam... entahlah. Mesti nak juga SENYUM.


Anda dah senyum ke belum harini? Saya dah.


Kadang bila situasi lengang, saya tinggalkan kaunter sekejap. Pergi tengok atlet dan menjerit menyokong. Bukan sayalah kalau tak menjerit tu. Tapi kalau yang menjerit tak semestinya saya. Ada masa lapang saya berjalan naik turun tangga. Tiba tiba kawan saya, Nik, panggil.

"Winnie, kau cakaplah dengan dia"
"Apa benda kau ni? Kau la cakap. Aku penat"
"Alaa kau pergi la"
"Ish kau ni. Yela."

Lelaki yang mulanya bercakap dengan Nik, memandang saya pula. Lebih tepat, bukan bercakap tapi menggunakan bahasa isyarat. Tangan kirinya dibuat isyarat telefon dan diletakkan di telinga. Minta nombor telefon? Saya yang terpinga-pinga balas dengan maksud "tak boleh tak boleh" Dan saya pun pergi. Tiba-tiba...


"WEIII DIA TAK NAK BAGI NOMBOR LA"


Boleh pulak bercakap?!! Tadi bukan main guna bahasa isyarat. Nak main-mainkan orang ke? Dah lama hidup? xasdfghjklx




Lunch break sepatutnya habis 2.30 petang. Solat Zohor dan makan tengah hari di East Coast Mall dan berlenggang kembali ke stadium. Kelihatan dari jauh tiga lelaki ke arah kami. Menggunakan bahasa isyarat lagi. Salah seorang buat gaya main bowling. Saya dah gelabah lagi sekali. Apa benda nak cakap ni. Takut dia tak boleh mendengar. Ahaa! Bawa keluar telefon bimbit dari poket.


Nak main bowling?

Telefon ditunjuk kepada mereka.
Mereka mengangguk.


Kat Megamall.

Salah seorang point kepada ECM.
Saya geleng dan saya tunjukkan Megamall yang sebenarnya tak kelihatan sebab agak jauh kalau berjalan kaki dari stadium.

Agak jauh nak pergi sana.


Mereka mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Eh mana saya tahu? Hm saya agak je sebenarnya.
Secara serius, kalau saya mampu, dah lama saya sendiri jadi ala ala tour guide bawa mereka ke Megamall.





Dalam melayan rasa mengantuk di kaunter, saya sebenarnya tengah khusyuk perhati sekumpulan atlet di depan mata yang berbicara dengan bahasa isyarat. Dilihat dari pandangan saya, nampak bersungguh bercakap. Tak faham dan tak tahu makna tapi tengok jela yang mampu. Sedar sedar ada lagi beberapa atlet di sebelah kiri saya. Betul betul kat sebelah. Bahasa isyarat lagi. Berkomunikasi sambil salah seorang memandang saya dan diikuti kawannya. Sambil senyum. APA NI? Mentang mentang saya tak tahu :(


Sama macam uncle, aunty dan kawan kawan India saya. Dah ah cakap pasal saya, guna bahasa Tamil pulak tu. Sambil gelak. Ce cakap bahasa melayu, fahamlah jugak saya nak menggelak sama kan :(


Sampai betul hati diorang buat saya camni :( Sedih tau sedih. Saya sedar siapa saya. Ibarat melukut di tepi gantang....




Akhirnya... saya bertemu dengan salah seorang atlet ni. Tak bisu pun tapi bolehlah sign language. Diajar cara mengucapkan 'saya suka awak'.


"Awak buatlah sekali" katanya yang sedang mengajar saya. Saya yang terpinga-pinga lagi ni ikutlah dia buat. Tiba tiba dia YESSS, AWAK SUKA SAYA! Adoi, terkena macam tu je.

Sabar je ok sabar..... *geleng geleng kepala* Taknak belajar dari dia dah rasa hahaha





Dan yang lain-lain, biarlah saya simpan buat kenangan saya. Ada seorang atlet yang katanya tak suka melihat senyuman yang dilemparkan untuk dia. Sebab terasa senyuman sindiran. Lain orang lain perasaannya, kan? Kalau tak mampu senyum, apa lagi yang boleh dibuat?



Haaa, cikgu dari Johor antara cikgu yang peramah dan baik dan mampu menghidupkan suasana seperti conversation seorang anak dan ayah. Kami boleh cakap apa saja tanpa ada rasa janggal walaupun baru jumpa. Oh memang semua yang saya baru jumpa saya layan macam dah lama kenal.


Siap tahu nama.


Semoga rasa syukur ni tak menyinggah sekejap cuma. Biarlah menetap sampai hembusan nafas terakhir.
Rindu kenangan. Bila saya cakap kenangan, semua perkara dan semua insan yang terlibat dengan saya tergolong dalam kenangan yang saya nyatakan.

Thursday, November 29, 2012

Apa-apa hal nanti SMS

Assalammualaikum. 


"Nak abang turun sekali ke?"

"Tak payahlah kot. Bazir tiket parking pulak nanti. Lagi pun kejap je ni." Laju je menjawab soalan.
Malas nak soal jawab banyak kali macam ditemubual secara bertubi-tubi oleh wartawan.


Abang pun mengangguk. Kereta diberhentikan di hadapan kedai kasut entah apa namanya. Satu kedai warna hijau. Pekerjanya pun berbaju hampir warna hijau. Suka hati dialah.


Langkah dihayun menuju ke tangga bangunan Centre Point. Anak - anak muda sekarang tak ramai tahu Centre Point tu apa. Apatah lagi di mana lokasinya. 'Centre Point? Kat mana tu?' Nasib baik masih tahu akan kewujudan kompleks beli belah Kuantan Parade yang ibarat 'dead mall' itu di mana. Senang nak terangkan. Kalau tak, parah jugaklah cerita dia.



Matlamat utama, menghantar borang pendaftaran sebagai sukarelawan untuk sukan Paralimpik akan datang. Nasib baik masih ada yang ingat akan diri ini. Dapat juga mengisi kelapangan cuti yang berlalu dengan kosong tanpa aktiviti berfaedah.



Ada tiga pilihan yang saya punya pada ketika ini. Sama ada menaiki lif. Atau menggunakan tangga bergerak. Atau tangga tak bergerak. Kena gerakkan kaki sendirilah.



Pilihan lif awal awal dipangkah. Sebab musababnya tidak perlu diberitahu di sini.
Tangga bergerak? Mungkin bukan kali ini.
Dan yang terakhir..... tangga biasa.
Walaupun gelap.... walaupun terpaksa mendaki tangga agak tinggi dan curam.... walaupun sunyi.....

Disebabkan kawasan tangga yang sunyi dan tiada sesiapa, saya apa lagi... buka langkah besarlah. Sekali langkah terus langkau dua-tiga anak tangga. Nak cepat.


Sampai di aras dua, terus berpeluh.



Jabatan Perpaduan Negara yang sudah saya ketahui di mana, terus saya tuju. Belum sempat loceng ditekan, nampaknya sudah ada yang unlock pintu tersebut. Seakan sudah mengetahui kedatangan saya.


Pandang kanan - ada seorang lelaki. Lelaki itu. Encik Balu Yang memanggil saya untuk bertugas semula sebagai sukarelawan kali ini. Dalam hati, ikutkan hati, rasa hati, ingin saja borang diserahkan kepada beliau. Tapi melihatkan beliau sedang berborak dengan seorang wanita. Mungkin itulah Puan Susan yang diperkatan oleh beliau sewaktu kami bercakap melalui telefon semalam.


Flashback.....


"Nanti awak pergi Jabatan Perpaduan, cari Puan Susan. Mintak borang dari dia okay?"
"Ok Mr. Balu. Terima kasih."



Disebabkan keengganan untuk menganggu perbulan Encik Balu dan Puan Susan, saya memutuskan untuk terus ke kaunter. Kaunter pada masa itu dikerumuni dua gadis yang berpakaian serba berfesyen. Kalau nak bandingkan diri saya ni, memang saya tak setanding mereka. Tak lama saya berdiri di situ, dua gadis tersebut beredar.


"Ya, cik?"


"Em, saya nak hantar borang sukarelawan ni."


Kertas A4 putih yang terkandung profil saya dan kawan bertukar tangan.
Oh, saya tolong hantarkan borang kawan sekali.



Dia - jejaka yang berkemeja hitam lengan panjang namun dilipat hingga ke paras siku, berkulit sawo matang, mempunyai mata yang seakan-akan melemparkan senyuman.... itulah dia yang saya gelarkan Abang Kaunter. Tak ada nama lain? Tak ada. Sebab dia tak pakai tanda nama.


"Ok, semua butiran diri dah lengkap. Nanti akan kami SMS"


Saya masih. Sedang. Tekun meneliti dia. Iras wajahnya yang menyerupai seseorang.....



"Ada apa - apa lagi, cik?"


"Err tak. Cakap apa tadi?"


"Butiran semua dah lengkap. Nanti akan dapat SMS" ulangnya dengan suara lembut dan sopan, riak wajah yang tenang dan mata yang memukau.



"Oh, ok la macam tu. Er.. terima kasih..."


Terus saya pergi. Dengan seribu rasa malu. Sebab terlalu memikirkan dia yang persis seseorang sehingga memerhati dia sampai tak sedar apa yang dia cakap. Rasa nak tumbuk kaunter tu banyak kali. Mencik tawww!

Wednesday, November 28, 2012

Oh Daddy Daddy

Em. Assalammualaikum. Dengan gigihnya saya menekan setiap aksara pada papan kekunci ini gara-gara ia sudah menjadi liat dan susah nak taip. *garu hidung*



TAHNIAH BUAT KAKANDA-KAKANDA HARIMAU 
YANG BERJAYA MENEWASKAN LAOS 4-1 dalam Kumpulan B Piala AFF Suzuki.


Mata sedari tadi sudah kecil sebelah. Mengantuk rasanya. Siap boleh terlelap lagi.


Usai sudah tugas membantu Daddy. Kerja senang je, tagging meja - tulis nombor siri pada meja baru. Maka tiga anak rajin pun bekerjasama menyiapkan tugasan. Saya, Najwa, Aishah.


"Cempaka, tolong ambilkan marker dalam kereta saya" arah Daddy.
"Tapi..."
"Now... Cempaka. Go." Bila arahan dah menjadi satu arahan seperti paksaan...

****************************

Marker putih diambil.
Nombor siri ditulis,satu demi satu.
"Cempaka left-handed ya? Orang left-handed ni biasanya tulisan cantik"

Pandang tulisan sendiri.
Bukan cakar ayam dah.
Cakar tak tahu cakaran apa.
Undefined terus.


****************************


Habis kerja kami bertiga, terus plan nak keluar makan. Perut dah berkeroncong buat opera konsert segala bagai dah. Lapar sebab tak sarapan. Jeling jam, dah pukul satu petang. Ini bukan sarapan ni. 'Lompat' makan tengah hari.


Tiba tiba Daddy ajak lunch kat luar. Pucuk dicita ulam mendatang! Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Mohhh le kite.


****************************


Biasalah makan tengah hari, buat servis layan diri. Ambil nasi, isi lauk sendiri. Malas rasanya nak beratur pergi isi lauk. Mengenangkan orang belanja, kita ikutkan sajalah. Malas ambil lauk banyak, ayam kurma saja dicedok ke dalam pinggan. Dan campur sambal tempe kentang. Takda ikan bilis.



Meja di bahagian luar menjadi pilihan. Meja yang menempatkan empat buah kerusi cukup - cukup untuk kami berempat. Macam main musical chair. Berebut nak duduk situ sini sana sinun. Sudahnya, saya sebelah Daddy, Aishah sebelah Najwa. Najwa mengadap saya. Aishah? Hm...... hahaha.


Sambil makan, boraklah sikit.Sikit sudahlah. Kang bersembur nasi dalam pinggan orang depan. Tengah borak, dijeling sekilas pinggan mereka.....

"Lajunya korang makan"

Saya pandang pinggan saya. Banyak lagi nasi.

"Cempaka makan lemah lembut" kata Daddy.

Aishah terhenti suapan. Memandang saya. 'Lemah lembut?!' Heh heh heh, tak percaya?


Tiba tiba Daddy pandang makanan saya.

"Cempaka tak ambil sayur ke? Nah" Soalan yang belum sempat dijawab dan beliau meletakkan gulai rebung ke dalam pinggan saya. AWWW SWEETNYA :')


****************************


"Daddy daddy, tak keluar tengok wayang ke? Tak bawak family?"

"Tak. Biasa bawak diorang pergi masjid je"




WE WERE ALL LIKE....



OKAY DADDY, OKAY.....


Tuesday, November 27, 2012

Tahu, faham kemudian lupa.

Lemah yang bertambah lemah.
Sakitnya pabila sakit
Air mata....


Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Sebutir mutiara jernih yang keluar dari mata? - Perasaan yang tak terluah secara lisan.

Ramai tahu sakit. Ramai pernah sakit.

- Sakit eh? Rehatlah. Saya faham awak. Saya pun pernah lalui yang sama. -


Saya tahu awak tahu.
Saya faham yang awak juga mungkin faham.


Tapi bila dah diberi nikmat untuk kembali sihat, tahu hanya tinggal tahu. Faham hanya tinggal faham. Lupa semula bagaimana sakitnya ketika sakit. Tak tergambar masa itu, rasa itu...

Bukan bahan pameran

Mata masih ralit memerhati skrin. Jam 12.58 pagi. Guruh kedengaran. Ayah datang, "Kak pergilah tidur. Esok kata ada hal kat sekolah?" Terlanjur separuh berjanji. Terlajak memberi harapan. Maka akan cuba dipenuhi janji dilunaskan harapan.


Potong!


Ada masa rajin, saya akan bertugas sebagai ala ala suri rumah tak bergaji wang tunai tetapi makan minum pakai tempat tinggal tanggunan seorang ayah dan disediakan oleh seorang ibu. Tapi sebenarnya sepanjang masa saya buat tak ada masa rajin. Selebihnya masa-lah. Hambar sangat tu. *menguap ayu*


Satu pagi yang ceria - sebenarnya cerah tapi saya nampak matahari ceria sungguh menyapa dengan menghulur salam cahaya. Maka pada satu pagi yang ceria, pada hari orang bekerja, saya dengan rasa tiada apa untuk dibuat di rumah terus menjemur pakaian di luar. Kadang-kadang bosan juga boleh menjadi punca saya rajin. Uwwww


Sedang menjemur kain, datanglah tettt tettt tett oh tu bunyi lori tengah reverse. Lori Alam Flora sedang bergerak secara mengundur ke belakang. Ah, tak peduli pun sebenarnya. Ralit sangat menjemur kainnya. Helaian pakaian terakhir diambil dan dilibas dikibas dikipas dihempas seterusnya disangkut pada ampaian.


Kepala mendongak. Pandangan spontan ke luar kawasan rumah dihalakan. Ya Allah! Abang ni dah lama hidup ke apa? Cuba kalau saya lemah jantung? Eh apa pulak nak cubanya. Salah ayat. Macam mana kalau saya lemah jantung sebab terkejut dengan kehadiran abang yang berdiri betul betul di luar kawasan rumah saya... er rumah ayah saya.... sambil memerhati tepat ke arah saya.



Ingat ini macam drama? Macam novel? Situasi di mana heroin galak ketawa bersama rakan-rakannya kemudian menoleh ke kiri dan terperasan si hero memerhati gerak geri heroin sambil berpeluk tubuh. Dah macam bodyguard!



Apa? Ingat saya ni macam bahan pameran dalam muzium?



Maaf ya. Tak semua orang suka diperhatikan. Lagi lagi dengan cara begitu. Begitu macam mana? Diperhatikan yang seolah-seolah diintai.




Dalam berhempas pulas bermandi peluh bersihkan semak dan sampah dengan beberapa kawan.... Mutiara terasa seperti ada mata yang memandang. Dan memang tepat! Aha! Bertuah punya kawan. Orang buat kerja, kau sibuk cari kerja nak tenung orang.

"Kenapa kau pandang - pandang?"
"Amboi, marah kita pandang dia"
"Hm. Boleh dipandang tapi tak boleh disentuh. Pandang berpada-pada."

Sambil dia memegang parang yang digunakan untuk memotong kayu, dia mengomel sendirian "Haihh RM22.50"
"Apa kau merepek?"
"Betullah. Nak kahwin dengan kau, mas kahwin Pahang RM22.50 kan?"
Ah gila lagi dia ni.

Thursday, November 22, 2012

Kekeliruan jantina

Niat nak update blog tapi............. tergelak baca komen ni.



Klik la klik la.

Baca yang komen bawah sekali. Ok yang ni sadis sikit. Sikit jela. Haha bye!

Monday, November 19, 2012

Tuhan Sedang Menguji Kita

Assalammualaikum.

Abang tanya, "Ada apa-apa untuk dibuat petang ni? Atau ada apa-apa movie untuk ditonton?" Itu kerana beliau sedang bosan, tiada apa untuk dilakukan. Pembetulan, sebenarnya kita sentiasa ada sesuatu yang dilakukan. Tapi kita menganggap perkara yang kita tak suka adalah lutsinar; tiada.Kita lebih memandang kepada apa yang kita suka.


"Hm kita pergi beli buku jom. Rasa nak beli novel pulak" Abang pun terus setuju dan pufff, kami pun menuju ke kedai buku Popular di Berjaya Megamall, Kuantan Pahang. Ya, BERJAYA MEGAMALL. Ada pekerja Hotel Tettt menyatakan kepada penginap hotelnya di Kuantan ni ada BERJAYA TIMES SQUARE.


Jejak je kaki kat Popular, mata kalau boleh nak bercahaya lagi tahu tak. Kalau orang lain makan dengan tekun sampai mak mertua lalu pun tak sedar; saya ralit pilih bahan bacaan sampai rasanya kalau Tomok lalu pun tak herannn. Tomok lalu je, bukan nak singgah diri kat sebelah saya ke apa kan.


Entah macam mana dengan tak sedarnya, terpacak depan rak buku Motivasi sampai abang tegur, "Kata nak beli novel? Ni dah terlajak ke sini kenapa. Novel kat belakang tu kan" "Eh yeke? Tak perasan. Jap ah, nak tengok tengok dulu kat sini" Ni bukan taktik cover malu ke apa yaaaaa.


Tiba - tiba dua orang mak cik yang saya anggarkan umur sebaya ibunda saya sedang mengelilingi rak buku motivasi tersebut.

"Buku Ustaz Kazim ni saya dah beli. Berguna jugalah informasi dalam buku ni."
"Itulah. Saya terfikir nak beli buku ni."
"Awak belilah buku ni. Boleh motivate diri. Ada juga beberapa buku islamik saya beli. Sanggup saya beli dan berikan pada orang lain. Yelah, nak berdakwah ni kadang kadang mana cukup dengan kata-kata ya tak? Harapnya dia sendiri merelakan hati baca pemberian saya."


Ya mak cik, berdakwah itu banyak caranya. Saya tahu.... lain kali mohon belikan untuk saya pulak. Terima kasih.




(Mula mula dah capai buku Malam Pertama di Syurga. Bila ternampak Minggu Pertama di Alam Kubur, terus buku tentang keindahan di Syurga diletakkan semula. Bimbang terlalu membayangkan yang indah indah sampai terlupa apa yang sebaliknya...)

Saturday, November 10, 2012

Ikut sangat apa kata orang

Assalammualaikum.



Baru perasan sejak kebelakangan ni saya macam kurang sangat berkomunikasi dengan sahabat (kawan). Bukan sombong. Tapi sejak habis exam ni ha (pulak dah nak salahkan exam) masing - masing macam buat hal masing - masing.



'Mesti ada yang tak cukup. Selalu tak akan cukup.'



Satu...dua..tiga...
Kalau nak kira sahabat tu, payah. Bukan macam kira anak kambing biri - biri.



Walaupun ramai sahabat, kita tetap akan rasa kehilangan bila salah seorang mengundur diri. Lagi - lagi yang sangat baik dengan kita. Sama ada kehilangan kontemporari atau kekal.


Saya pernah berkawan rapat - dengan seorang lelaki. Tapi jujur, membina hubungan atas nama KAWAN je. Tak pernah terfikir untuk lebih dari tu. Tak tahu la pulak kalau si dia yang sana macam mana kan. Saya bukan mind-reader. Kalau nak mintak memory card reader, boleh jugeee.


Bila dah nama pun kawan rapat, memang sah la kan mesti nak ke sana ke mari bersama. Tiba tiba...... ecewah macam tengah pertandingan bercerita pulak ye. Ha sambung. Tiba tiba... eh takde la tiba tiba pun sebenarnya. Lama kelamaan saya syak ada benda yang tak kena. Apa? Curang?! Taklah. Bendanya nak curang kalau dua dua kawan je. Saya syak dia ada kawan baru yang lain hrmmmm. Eh bukan. Saya syak dia macam nak jauhkan diri. Makin lama makin dia menenggelamkan diri.....


Dan memandangkan saya seorang yang tak suka hanya memendamkan apa yang saya rasa, saya terus luahkan. Ye la, kalau dah ada peluang untuk luahkan, kenapa kita lebih memilih berdiam diri? Untuk beberapa situasi tertentu, memang membisu adalah pilihan terbaik bagi menyelamatkan keadaan. Tapi TIDAK untuk situasi saya.


MAKSUD SAYA MACAM... (I MEAN LIKE...)
APEHAL KAU MACAM LAIN JE NI?? TAKKAN PMS KOT??


Er... saya malas nak sambung cerita pulak.  Takpe kan? Bye!

Friday, November 02, 2012

Jalan pintas ke atas

Assalammualaikum.

Dalam kebosanan setelah tamatnya peperiksaan, tiba-tiba kawan ajak main niiiiiiii,
Haaa comel betul. Lama dah tak main. Masuk sekolah menengah, asal sudah exam je mesti main dengan gadgets je. Takde dah nak melayan benda gini.



"Winnie, jomlah main benda ni. Jom la jom la"

*tutup novel*

"Jom!"


"Siapa gerak dulu?" / "Guna Lat ta li lat" / "Lat ta li lat ta li tammmmmmm plom!"


Dadu digoncang. Shake dice? Mungkinlah. Sambil lontar dadu sambil feeling ala ala main roda impian, 'saya nak nombor lima!' Amboi siap pilih nombor lagi tu.


Sampai petak 28, terus panjat tangga. Tak ada step by step. Tamak sangat ha nak naik, terus lompat ke petak 84. Muka bangga la konon sebab dah tinggalkan kekawan kat bawah terkapai-kapai melontar dadu.


Sekali sampai ke petak 87, menyusur turun ular yang licin kulitnya. Turun sikit tu tahan lagi. Ini merudum jatuh ke bawah. Terpinga-pinga tengok kawan dah bergerak setapak demi setapak. Kawan pun tak boleh nak tolong apa.


Belajar bukan semata-mata dalam kelas. Orang Melayu zaman dulu pun belajar secara tak formal berdasarkan pemerhatian. Kita boleh belajar dari semua benda, semua perkara. Asalkan apa kita dapat tu, ilmu yang bermanfaat. Dan hari ini, saya belajar dari permainan :) Bukan bermain semata-mata.


Kita ada shortcut naik atas, tak semestinya tak ada shortcut nak turun bawah.
Hidup kita tak semestinya memanjat dan sentiasa pegun di atas. Silap langkah, sekelip mata je kita dah turun. Kadang-kadang tak perlu tunggu silap langkah, kita boleh jatuh. Tiada keseimbangan.

Wednesday, October 31, 2012

Lain orang lain baunya

Assalammualaikum. Kembali lagi saya pada pagi Rabu yang hujan di bumi Kuantan ini. Semoga rahmat sentiasa melimpah-ruah buat kita semua.


*bau baju* *gerakkan hidung*

 Bau sambal. Maksud tersiratnya, saya sebagai anak dara baru je lepas memasak. Kita ni kena la pandai cari isi tersirat ya kawan kawan.


Sebenarnya bau bahan masakan (contohnya bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, etc) yang ditumis, sedap jugak. Rasanya bukan saya sorang je yang bau tumis tu sedap. Lagi-lagi yang buat sampai kita nak terbersin tu. Uihhh dah boleh bayang dah keenakan hasil masakan tu macam mana. Bau sambal yang ditumis pun sedap jugak.


Biasanya kalau lapar, mesti nak masak. Kalau tak masak, beli luar. Kalau malas sangat, lantak pi lah kebulur. Tapi kalau masak untuk ramai-ramai, si tukang masak selalu tak makan masakan sendiri.


Sama la macam situasi saya sekarang. Tadi lapar sangat. Dah siap bersilat senduk kuali kat dapur, terus jadi kenyang. Suruh abang & adik makan je. Bau saja pun macam dah cukup. (Tipu! Kejap lagi mesti saya makan) Selalunya saya jadi orang yang terakhir la makan. Sebab baru ada selera. Kadang-kadang tak sempat jadi yang terakhir, meja dah licinnnnn.


 "Hmmm, bau macam sedap. Rasanya macam mana?" - Abang.
Rasa macam masuk reality show pulak. Debaran yang ku rasakan.......



Patutlah setiap kali ibu dah masak, bila tanya ibu dah makan belum; ibu cakap makanlah dulu. Kenyang lagi katanya. Lagi kenyang tengok orang lain makan air tangan ibu.



baju busuk bau sambal takpe; jangan hati busuk.

Tuesday, October 30, 2012

Apa salahku wuwuwuwuuu

Assalammualaikum.


Teringat petikan ayat daripada post lama blog saya, "We don't live to please everyone TAPI, sekurang-kurangnya, kita harus peka dengan perasaan seseorang terhadap perangai kita."


Terfikir jugak, dalam sehari, ada tak orang menyampah dengan perangai saya. Menyampah tu rasanya tahan lagi. Kalau benci? Lepastu orang tu geram, menahan rasa terus post tweet menggelarkan kita sebagai perempuan tergedik-gedik la, tak sedar diri la, apa la.



Sebenarnya apa masalah yang sebenar sampai orang benci kat kita ni? Sampai hati sob sob T_______T Kita tak tahu apa apa, tiba tiba menjadi mangsa benci. Jangan benci sangatlah kan.






Perangai tergedik-gedik mengalahkan anak kucing yang kena acah dengan bola.
Kucing tu ya la sebab dia tu haiwan. Kita yang manusia ni pun beragak sikitlah nak perangai macamtu. Terkinja-kinja macam budak tadika pun ada jugak. Lepastu bila orang cop dia gedik mula la nak melatah. Sudahnya nanti awak pasrah dan mengeluarkan statement 'saya gedik, so what?' sebagai caption untuk gambar yang dimuatnaik. Jangan kata semua orang suka awaklah. Yang like gambar awak tu bukan SEMUA pun. Yang tak like tu besar kemungkinan lebih ramai dari yang like. & mereka tak sukakan awak pun. Pasal tak ada butang DISLIKE la diorang senyap.



Selalu take, take, take apa yang kita give, give, give lepastu....
...bila kita dah taknak give, dia kata kita kedekut. Lepastu tiba tiba nak ungkit pengorbanan dia untuk kita. Berkorban kebendanya? Berkorban rasa tak malu sebab selalu meminta? Siap buat prinsip 'hak awak hak saya, hak saya hak saya je'. Haktuihhh kat awak. Menyampah pulak rasa.



Cakap tak serupa dengan apa yang dia bikin
Kononnya buat itu ini tak boleh, tapi tup tup dia buat jugak. Memanglah tak salah nak menasihat satu sama lain. Tapi bukan ke lebih elok kalau kita jalankan cakap kita?




Orang tu memang dah volunteer siap hands up in the air nak benci kita tak memasal
Biasalah manusia, selalu tak puas hati tengok orang lain. Kita dok termenung pun dia nak mencebik tengok kita. Dah tak suka takyah tengok. Tak suka, takyah follow kita~ Setiap kali tengok setiap kali rasa sakit hati, menda faedahnya kan. Tak perlulah nak membenci orang yang takde kaitan dengan hidup kita. Dahlah kita tak buat apa, lepastu dia nak cari salah kita. Macam mencari  sesuatu yang tak wujud. Logik ke tak tu?



Jadi setakat tu sahaja ulasan saya. Walaupun finals dah berakhir, penderitaan dengan projek reka cipta masih tiada kesudahan.. 

Sunday, October 28, 2012

Seperti hilang nur

Assalammualaikum. Ehem. Pada ketika ini, adik-adik saya sudah ketiduran. Jeling jam, baru 9.14PM. Tak apa, budak kecil patut tidur awal. Biasanya jam begini adik adik saya masih bergiat aktif melompat sana sini. Diorang ingat rumah ni taman permainan / hutan - boleh bergayut sana sini agaknya.






Apa puncanya mereka tidur awal?
Mungkin sebab sunyi.


Kenapa sunyi?
Sebab ibunda kami keluar daerah, menghadiri kursus..



Ketiadaan ibu di rumah umpama ketiadaan nur dalam rumah.
Rumah sunyi.



Sehari ibu tak ada kat rumah pun rasanya macam seminggu.
Lama sungguh hari berlalu~~


Hargailah ibu anda selagi beliau masih ada.
Bukan ibu je. Ayah, abang, kakak, adik & ahli keluarga yang lain.
Dan insan insan penting dalam hidup anda.

Monday, October 22, 2012

Gred 'lebah'

Assalammualaikum.


Finals dah berakhir. Ah, akhirnya! Siap demam terkejut lagi sebab stress. Itu dia akibat kalau tak reti meletakkan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran. Dah terhantuk baru terngadah. Tak hantuk teruk sangat ni.


Jadi..... saya baru tahu markah kertas Bahasa Ibunda Malaysia, Bahasa Melayu. Grednya hanya B. Sebaik tambah bahagi darab angka, grednya hanya BEE !


Buat seketika terasa macam, 'brb, malaysia'.
Buat duaketika terasa macam, 'ah malunya kenapa hanya dapat B?'


Bila jawab kertas Bahasa Ibunda, berapa muka surat je guna.
Tapi bila jawab kertas Bahasa inggeris, sikit sikit 'excuse me. paper please'


Bila jawab kertas Bahasa Ibunda, siap ada masa lagi nak ikat tali kasut gaya ketupat.
Tapi kalau kertas Bahasa Inggeris, nak backspace (liquid) walau SATU HURUF pun rasa macam sangat berharganya masa itu!


Pernah terdengar orang cakap, apa guna jadi melayu kalau markah lagi rendah dari bukan melayu?
Buat malu.

Adakah tahap kemelayuan seseorang diukur pada gred peperiksaan semata-mata?

Sunday, October 21, 2012

Lontaran suara yang disalah-ertikan.

Assalammualaikum.


Ever heard of this saying, "Customer is always right" ?
Tapi ia tak patut diaplikasikan kepada "Old old people always right so you young young ones just obey to us!"



Kadang kadang bila orang tua @ orang senior cakap, mesti kita kena benarkan saja. Jangan ada pangkah. Memanglah orang tua makan nasi lebih awal dari kita. Kata-kata mereka pun boleh makan dalam jugak. Tapi takkan setiapa butir kata tu kita tak boleh nak persoalkan atau bawa berbincang?



Nanti kita, anak muda ini dikata biadab.
Sebab tu disimpan je dalam hati.
Makan hati.



Bukan nak katakan kepada semua. Segelintir.



Malah, ada orang tua yang berasakan bahawa umur besar mereka membolehkan mereka menyakiti perasaan orang. Tak minta maaf pun tak apa. Sensitiviti mereka kita jaga, tapi sensitiviti kita? 


Ungkapan maaf tak perlu datang daripada pihak yang salah sahaja. 
Atau daripada yang kerdil.



Yang kecil belajar tentang adab,
Yang dewasa, jagalah adab.

Friday, September 28, 2012

Hidup Sementara Kita Masih Muda

Beberapa hari lepas.....



"Kau dah dengar lagu baru One Direction, Live While We're Young? Best lagu tu. Aku baru dengar sebenarnya."



"Bukan kau tak suka One Direction ke?"


Pertama, tak suka One Direction tak semestinya kita tak suka lagu-lagu dia. Ada perbezaan antara meminati penyanyi dan lagu-lagunya. Sama macam orang benci Fasha Sandha sampai tak boleh tengok langsung lakonan dia. Hal peribadi dia tolak tepi sudahlah. Inilah orang sekarang, tak reti nak bezakan personal dan career. Semua nak campur aduk.

Dah tersasar pulak.


Sebelum ni, lagu One Direction semua saya tak suka. Tak suka dengar. Kalau adik pasang  lagu tu, mesti rasa nak lari masuk bilik laju-laju macam anak dara zaman dulu kala yang tersipu malu apabila rombongan meminang datang rumah.



Kedua, saya tak suka One Direction tak semestinya saya benci. Bukan. Kena tahu bezakan jugak. Tak suka iaitu tidak meminati One Direction. Jangan tanya kenapa la saya tak minat. Ahli diorang memang saya tak kenal. Dan saat semua menggilai Zayn Malik, saya masih belum mengenal paras rupanya. Baru ni la tengok. Orang cakap handsome pun saya tak tengok jugak sebab saya dah ada yang berkenan di hati :")


Melampau punya statement..



Kalau kita tak minat satu elemen dalam individu atau sesuatu, tak semestinya kita tak minat semua tentang dia. Mesti ada satu benda yang kita suka. Ataupun dulu langsung tak mengendahkan pasal dia. Tiba tiba sekarang eh suka la pulak ala bestnya.


Asal nak taip One Direction je mesti tertaip Onde Direction -_______________-

Sunday, September 23, 2012

Kalis ubat.

Plan asalnya, cuti dua hari ni nak cover semula semua subjek dari awal tahun. Biasalah tu, orang nasihat kat kita jangan nak bermanis-madu sangat, kita bukan nak dengar. Tahun-tahun depan nanti baru nak nasihatkan adik-adik. Tapi sebenarnya tak ramai pun yang dengar cakap. Kan?



Gambar yang diguna pakai semula dari post lama.





Tapi itulah dia.... kita hanya mampu merancang.
Anti-body selalu tak kuat.
Badan pulak selalu kalis ubat.
Ubat yang diambil selalu tak ada kesan.
Med-proof??


Saya tak bergantung pada ubat seratus %.
Sebab ubat hanya solusi untuk menyembuhkan.
Tak menjamin kesihatan secara total.



Tuesday, September 18, 2012

Unfixable mistake

"Kau boleh tak berhenti jadi macam mak aku? Aku dah ada seorang mak so i dont need another one, please.

Sampai sekarang sebenarnya masih tak tahu mana silap saya dalam bercakap. Bila awak expect saya menjadi seorang kawan, awak kena sanggup dengar saya yang terlalu ringkas dalam komunikasi.



Dari sudut mana awak anggap saya yang bersikap seperti ibunda awak?
Sebab saya membebel? Sejak dari awal perkenalan kita lagi saya ni suka membebel.
Cuma sekarang ditambah dengan nasihat.


"Aku tahu sekarang kau nak berubah. Jadi lebih baik. Sekarang kau dah jadi terlalu matang. Terlalu serius. Sikit pun dah tak ada masa nak duduk sebelah tanya cerita terbaru aku. Sob sob" 


(asal sedih je mesti bunyi sob sob konon menangis. huduh bunyinya)

Sebenarnya taknak awak fikir perubahan saya meng-limitkan masa saya untuk lepak dengan awak atau apa. Cuma sekarang saya terasa macam terlalu penat. Banyak benda untuk dibuat. Banyak benda yang tergendala.



A true friend cares like a mom, scolds like a dad, teases like a sister, irritates like a brother and loves more than a lover.



Monday, September 17, 2012

The least we can do.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Posisi laptop sekarang ini berada bertentangan dengan peti televisyen. Dan kebetulan baru lepas menonton siaran berita ringkas mengenai sebuah filem yang bertujuan menghina agama Islam.

IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) menyarankan agar semua umat Islam melakukan solat hajat, bacaan Yassin dan berzikir di seluruh masjid hari Khamis ni.

Kalau tak mampu nak pergi masjid, buatlah kat rumah. Bukan hari Khamis saja. Hari-hari. Demi kesejahteraan umat Islam. InsyaAllah.

Peringatan dan nasihat untuk diri sendiri jugak.

Doa itu senjata mukmin.

Sunday, September 16, 2012

Satu atau dua

Bila kena marah tapi tak rasa nak menangis....

Satu; sama ada sebab dah lali.
atau
Dua; sebab tak ada perasaan.

atau pilihan ketiga; buang masa je.

Saturday, September 15, 2012

Dulu vs Sekarang

Berdiri di tengah-tengah kelompok kanak-kanak berusia 5-6 tahun. Mendengar perbulan mereka.


"Woi bagi la air aku"
"Kan aku nak sikit. Kedekut la kau ni"


Rasa macam berbeza dengan cara saya dulu.


"Awak, saya nak sikit boleh?"
"Kejap eh, awak?"


Kalau bergaduh pun.....


"Kita bagitau mak kita!"
"Eleh bagitau la. Tak heran punnnn"


Bila kita tak suka kawan baik kita kawan dengan orang kita benci....

"Kenapa awak kawan dengan dia? Kita tak suka dia la"
"Ala saya kawan dia tipu tipu je"


Boleh pulak eh dulu kawan tipu tipu. Kecik kecik pandai jadi talam bermuka-muka~

Peredaran zaman, kesibukan ibu bapa, pergaulan masyarakat; mengubah hampir segalanya.

Friday, September 14, 2012

Si Telefon Buruk

Assalammualaikum. Uhm. *kikis kesan tampalan handiplast pada dagu* Ni la susahnya pakai handiplast jenis kain punya.


Pernah tak main telefon buruk? Bukan yang ambik dua tin disambung dengan tali tu. Kalau zaman sekolah rendah saya, cikgu saya menamakan permainan ini sebagai Telefon Buruk. Masuk sekolah menengah, baru-baru ni, cikgu menggelarnya Telepati. Apa yang pati pun tak tahulah.


Permainannya; cikgu akan sediakan satu atau beberapa potong ayat. Dan dibisikkan kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan akan bisik kat orang belakang, orang tu akan pass bisikan tu kepada orang belakang lagi. Syarat dia, boleh bisik sekali je. Tak boleh ulang bisik. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, haa nasib awak lah.




Orang yang terakhir dapat mesej tu kena bagitau semula kat cikgu. Contohnya.....


Orang pertama dengar....
Dia suka makan nasi. Hari hari dia makan nasi.

Orang kedua dengar....
Dia suka makan nasi. Hari hari dia makan nasi basi.

Orang ketiga dengar...
Dia suka hibernasi. Bangun pagi ada air liur basi.


Dah bertahun-tahun, baru sekarang saya dapat hidden meaning di sebalik game ni. Orang yang suka bergosip dan menyebarkan cerita, selalu dapat dari sumber sekunder. Bukan sumber primer. Bukan sumber asli. Hanya mendengar cohcehcohceh orang luar yang sebenarnya tak tahu apa apa.


Agaknya dulu apply nak jadi wartawan Melodi tapi Uncle Nas Ahmad terlebih dulu grab peluang tu. Sebab tu sekarang jadi tukang bawak mulut tak sahih.


Dari orang ni ke orang tu, ceritanya pasal si I gemar makan ABC. Tup tup, tengok Twitter orang dah kecoh cakap I tak pandang ABC. Makan Snow Ice jee kononnya.


Wondering jugak. Hari hari nak bergosip pasal orang itu ini, tak rasa muak ke? Asyik menjaja cerita orang. Menyibuk hal orang lain.



Busy menjaga body sendiri adalah lebih baik daripada menjadi busybody.

Kalau awak dengar orang gosip cakap saya comel, mohon sangat sangat supaya jangan disebarkan. Hikhik.

Monday, September 10, 2012

Sepah sampah

Assalammualaikum. Baru baru ni saya ditugaskan bertugas (?) di Stadium Pahang Darul Makmur untuk aktiviti hari sukan lebih 30 buah tabika seluruh daerah Kuantan. Bukan nak mengulas cerita pasal cikgu tabika lebih excited daripada pelajarnya. Lupa pulak. Bila berpijak kat stadium tu, seolah-olah kenangan SUKMA kembali ditayangkan di depan mata. Rindu sebenarnya.

Dua perkara yang sering dilihat masa kini.......

Saat lagu kebangsaan negara, Negaraku, segelintir ibu bapa langsung tak berdiri tegak. Ada yang berjalan, ada yang cakap telefon. Bila tengok anak anaknya, hm tak duduk diam. Melompat sana sini. Itu boleh diterima sikitlah sebab diorang kecik lagi.

Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak mendidik anak tu seeloknya dari usia kecil. Dan bagaimana acuan begitu jugalah kuihnya.

Next.

Setakat ni, tempat mana dalam Malaysia ni yang awak pergi tak pernah bersepah dengan sampah?


Thursday, September 06, 2012

Cari cara

Bolehlah sekejap je tersedih sendiri sebab rasanya draf lakaran idea untuk subjek Rekacipta seolah-olah di'reject'. Boleh bayangkan tak macam mana perasaan tu? Benda yang dibuat dengan sepenuh perasaan dan imaginasi, akhirnya dibalas, "Buat semula."



Balik ke meja. Letak kertas draf perlahan-lahan. Serabutkan tudung terus. Kalau kat rumah, serabutkan rambut macam Mak Cik Limah. Ulang banyak kali kat kawan, "Saya tension..."



Dia jawab, "Awak janganlah asyik menangis je. Jangan fikirkan masalah. Fikir cara nak selesaikan masalah." Haah kan. Masalah dah dicari. Sekarang cara untuk menyelasaikan pulak harus dicari.



 Kesimpulannya, setiap masalah yang kita sendiri search, harus ada jalan exitnya.

Friday, August 31, 2012

Macam pakai second hand punya barang

Majlis seterusnya yang paling terdekat adalah majlis makan malam anjuran Panglima. Bertemakan Feminin dan Maskulin, masing-masing jadi kelam-kabut memikirkan pakaian yang sesuai dipakai. Sebenarnya dah ada yang sesuai, tapi malu dipakai sebab sebelum ni dah pernah pakai. Perempuanlah biasanya. Bila saya cakap perempuan, termasuklah saya. Sebab saya perempuan.


"Aku tak ada baju la untuk dinner tu nanti."
"Takkan tak ada dress langsung?"
"Ada tu ada, tapi aku dah pernah pakai tahun lepaslah. Taknak pakai lagi."


Kalau sebelum ni pergi jamuan daripada penganjur yang sama dan bakal berjumpa kebanyakkan orang yang sama, logiklah kalau taknak pakai lagi tahun ni. 


Tapi bila fikir balik, awak bukan pakai pakaian tu dalam masa terdekat. Dah setahun. Mustahil sangat untuk orang lain ingat awak pakai apa. Melainkan kalau orang tu jenis terlalu memerhati. Atau pun awak tu seorang artis. 




Apa pun, itu hak masing-masingkan? Taknak pakai baju sama dan kalau boleh nak pakai baju tu sekali lepastu terus frame gantung kat muzium ke apa ke, suka hati lah. 


Sayangnya, baju beli beratus-ratus ringgit tapi pakai cuma sekali. Kalau ratus rupiah tu tak apa jugak.
Yang pasti, sesetengah perempuan terlalu mementingkan tanggapan orang. 


Tak mahu memakai pakaian yang sama namun kerap melakukan kesilapan yang sama.


Tapi biasanya saya mix & match je baju apa yang ada dalam almari. Dah banyak kali pakai pun sebenarnya. Cuma aksesori tambahan je mungkin beli baru. Ini cara nak berjimat taknak beli baru. Bukan kedekut.

Saturday, August 25, 2012

Berpacaran sama telefon bimbit

Baiklah, Assalammualaikum. Dah seminggu beraya, tak habis lagi ke mood raya korang? Saya ni tak ada mood raya pun, mood nak dapat duit raya masih ada. Ehem. Setiap kali saudara-mara tanya umur berapa, saya lupa nak cakap saya baru berusia tiga belas tahun. Namun, saya selalu terlupa. Lupa untuk menipu. Kerana saya memang bukan pakar menipu.

Bukan nak cerita pasal raya.


Harini tengok filem Saya Amat Mencintaimu. Tengok dua orang je. Apa? Eh taklah, saya tengok dengan kawan perempuan. Malu nak keluar dengan lelaki berdua je.Cerita tu sangat......

Kalau nak beli tiket tengok SAM, bila orang tu tanya nak tengok apa, jangan cakap SAM!
Cakap 'SAYA AMAT MENCINTAIMU' dengan pandangan menggoda.

Eh. Bukan nak cerita pasal filem arahan Syafiq Yusuf yang mempunyai abang yang kacaklah!


Dunia sekarang, ke mana saja pun mesti nak melekat dengan telefon bimbit. Kalau berjalan tu, ibarat ada empat mata. Dua mata tunduk pandang skrin, dua mata atas kepala pandang depan. Tapi mata kat kepala tu buta. Maka akan berlaku perlanggaran, seterusnya drama tak rasmi. Dari mata turun ke hati, lepastu blablabla......


Saya sedang menatap skrin telefon saya sambil berjalan. Pun begitu, saya masih peka dengan apa yang ada di depan. Sedang sibuk mencari nombor abang dalam senarai Contacts, saya perasan ada orang kat depan. Maka saya pun berjalan ke tepi dan pandang depan.


Lelaki si baju oren, berpegangan tangan dengan pacarnya menegur saya dengan agak sini, "Lain kali jalan tu pandang depan" 


(sumber sini)

Betullah tu, memang saya patut pandang depan. Tapi saya belum langgar dia lagi kan? Dia berteman dengan manusia, ada teman untuk berbicara empat mata, dua mulut, empat lubang hidung untuk bernafas. Saya? Hanya mempunyai sebuah telefon bimbit pada tangan.


Jika anda juga berada di tempat saya, yang berseorangan, sudah pasti anda akan menatap skrin telefon sahaja, bukan? Jika dia juga berada di tempat saya, dia juga akan melakukan perkara yang sama.

Thursday, August 16, 2012

Musim raya = Musim emosi


(sumber sini)



‘Ah, bosannya. Asal musim raya ja, drama-drama sedih kononnya nak buat para penonton insaf dijadikan tontonan. Plot ceritanya sama. Kalau tak mati pagi raya, mati malam raya. Balik balik cerita membabitkan emosi sedih.’ 



Mengeluh sesaat. Sesaat mengeluh, sesaat merungut~~ Kenapalah cerita Melayu ni mesti berupa begini. Dalam merungut tu, terpaksa layankan jugaklah. Ini terjadi apabila astro telah dipotong.



 Kenapa raya Aidilfitri, iklannya mesti sedih? Tak dapat balik raya sebab tiket kapal selam dah habislah, rumah terbakar lalu mengharapkan ihsan jiran tetanggalah…. Raya Cina, Raya Deepavali, Krismas…. Iklan dan filem mereka kebanyakannya tak ada yang terlalu emosi. Semua ibarat ‘live happily ever after’ gitu masa hari pertama raya.


Kalau saya pandai mengarah dan menulis skrip, ya, maka saya yang akan buat cerita saya sendiri. Tapi apakan daya, saya hanya seorang penulis.



Masih mengharapkan kiriman kad raya setiap kali menjenguk peti surat. Orang kata amalan ni dah lapuk? Siapa caraaaaa. Apa-apa pun, nantikan entry saya yang seterusnya tentang kad raya. InsyaAllah.

Sunday, August 12, 2012

Pemangsa membaham mangsa


Lelaki boleh diibaratkan seperti pemangsa dan wanita pula mangsa. Lihat, dengar dan baca saja berita sekarang. Wanita mangsa itu ini. Semua kerana lelaki.


Sikit sikit nak salahkan lelaki.
Padahal sepatutnya wanita dah lebih peka tentang lelaki sebagai pemangsa.


Kadang kadang bukan salah pemangsa.
Tapi salah mangsa.
Yang selalu memberi ruang dan peluang, yang selalu mendekat.


Bukan nak membela lelaki ke apa.
Sama-sama lah jaga diri.
:)

Saturday, August 11, 2012

Iklan pun macam drama bersiri



Status: mengharap bulan jatuh ke riba - Kumar.

Sunday, July 22, 2012

Selebritikah anda jika anda kidal?

Dulu dah pernah 'up' satu entry pasal kidal ni. Sekarang ni olah penulisan baru. Pada petang hari kedua Ramadhan. Belum sampai seru lagi nak ada mood raya. Sabar.


Tak perlu cerita lah pasal otak kiri kanan tangan kiri kanan. Semua boleh google sendiri lah kan korang lebih cenderung guna otak bahagian mana. Yang penting kita sama-sama guna otak. Jangan guna otak kosong dekat kepala lutut. Useless. Manfaatkan otak anda sebaik mungkin.


Kenapa bila seseorang guna tangan kiri, semua macam, "Wah, awak kidal ya?" Kenapa macam teruja? Kenapa seolah-olah melihat haiwan di zoo? Kenapa seolah-olah dia orang pertama yang awak tengok menggunakan tangan kiri? Kenapa? Katakan kenapaaaaa.



(view lebih jelas di sini)
(sumber sini)

Berdasarkan apa yang saya peroleh daripada google, meski pun tak dapat maklumat secara tepat, saya rasa dapat saya simpulkan bahawa orang-orang kidal ni minoriti jumlahnya. Sila betulkan kalau salah. Yelah, kalau dah betul buat apa nak dibetulkan lagi. Pak Pandir namanya tu.


Jadi, persoalannya, kenapa bila kidal, semua jadi EH EH, EHHHH? Bila orang guna tangan kanan, tak ada pulak cakap, "Awak guna tangan kanan ya?" Tak ada pulak kan?


Dulu, masa main bola baling, usahkan kawan, coach pun macam "Dia kidal lah!" I mean... salah ke saya kidal :( Dan saya rasa macam lain daripada orang lain bila saya satu satunya yang kidal kat situ. Maka coach pun ajar saya secara personal sebab kekuatan kaki & tangan saya tak sama dengan mereka yang tak kidal. Herh.

Sayangku jangan kau persoalkan benarkah aku kidal~


Menjadi golongan kidal itu bukan satu jenayah. Tak apa, anggaplah diri awak tu selebriti sekejap bila orang tanya awak ni kidal. Tanyalah dia kalau dia nakkan autograf awak atau tidak.

Oh, @gadis saya dan @Mimo memanggil saya Kidel, pada satu masa dahulu. Atas sebab-sebab tertentu.

Fikirlah. Kalau jumpa mualaf, golongan kita mesti tanya "Awak baru masuk Islam ya?" Soalan tu seolah-olah nak membezakan orang yang secara lahirnya sudah beragama Islam dengan orang yang baru memeluk agama Islam. Sedangkan tak ada pulak yang bertanya "Saudari ni dah lama yang masuk Islam?" Tak ada kan?

Wednesday, July 18, 2012

Cerita seminggu pun tak habis

Berlalulah sudah Sukan Malaysia kali ke-15 2012 di Pahang. Merindui kenangan di trek. Menumpang kasih kakak kakak. Ahh macam cerita Bersamamu pulak.


Bila berkerja ni, kena tahan caci maki. Kena tebal telinga, jiwa pun jangan nak rapuh sangat.  Jangan terlalu ikutkan emosi. Jadilah profesional. Yang penting, enjoy =)

Sunday, July 08, 2012

Saya berjiwa rumusan.

Karangan Rumusan adalah sejenis karangan lurus. Maksud saya, ia terus membincangkan isi-isi utama, tanpa bermadah kata dan berkias-kias. Contohnya, kalau ayat petikan 'Dia merupakan seorang yang tidak bijak' bila dijadikan karangan rumusan yang membenarkan perkataan ditukar tanpa mengubah maksudnya, ia akan menjadi 'Dia sebenarnya bodoh. Enough said'. 

(Contoh ayat hanyalah contoh semata-mata. Jangan dicontohi dalam contoh rumusan anda)

Dan disebabkan maksudnya yang 'lurus ke titik', kawan menggelarkan saya seorang berjiwa Rumusan. Kenapa? Sebab saya selalu berterus terang. Terlalu berterus terang seperti kanak-kanak kecil sehingga kata-kata saya mampu menyakitkan hati seseorang. Orang yang lemah semangat memang akan rasa nak terjun kerusi bila dengar sindiran saya yang sebenarnya berunsurkan nasihat.

Pernah satu hari tu, saya belek kuku kawan saya. Dengan ekspresi muka bersahaja, saya cakap dia bela babi. Mungkin terlalu straight, dia marah. Mungkin sebab selama ni dia dah selalu sangat sabar dan senyum, sabar dan senyum, sabar dan.... dah takboleh sabar. Maka marahnya dihambur kepada saya.


"Kau tak boleh ke nasihat tu elok elok sikit bahasa?"
"Benda dah betul kan. Selama ni aku cakap habis molek dah, ada ke kau dengar? Beribu alasan kau bagi. Okay, fine. Dear kau, tolonglah potong kuku tu. Sebab panjang sangat. Tak rasa jijik ke bela kandang babi? Aku..."
"Baik kau blah je sekarang. Serabut aku tengok kau"


Bukan masalah saya dengan kawan yang saya nak bincangkan. Tapi masalah orang kita yang segelintirnya suka bercakap lepas. Sebenarnya bila dinilai, orang macamni ialah orang yang jujur dan berterus terang. Tapi caranya sangat.... mencederakan hati.



"Dia ni sebenarnya baik, tapi cakap tak pandang kiri kanan"


Apa profitnya bila dapat kawan macamni?
Saat anda mencuba try dan test baju di pusat beli belah, anda meminta pendapatnya, dia tanpa segan silu menyuarakan pendapat. Anda terlalu padat untuk seluar ini, anda terlalu rendah untuk baju ini, dan segala macam anda terlalu untuk itu dan ini. Kawan semacam ini yang patut dijadikan destinasi harapan bila patah hati rasa nak mati.


Tapi loss nya....
Lepak ramai ramai. Cakap sikit je tapi dia balas dengan ayat yang menjatuhkan air muka. Ada masa, dia akan terus terang pada orang lain bagaimana dia rasa bila bersama anda. Dan dia mampu membunuh semangat anda secara kekal.



Bila saya bercakap, ada dua kemungkinan yang selalu terjadi.
Menimbulkan kemarahan orang.
Dan menerbitkan air mata orang.


Nasihat berfaedah tapi kalau bahasa tak disusun indah.....
Orang mengata belakang, awak kata kalau tak puas hati cakap muka ke muka.
Tapi bila berterus terang, macam macam awak kritik. 
Semuanya takkan pernah kena pada gaya awak.
Awak tak ada gaya, rasanya.

Friday, June 15, 2012

VIDEO CEMPAKA BERDARAH.

Assalammualaikum. Buat yang tak berkesempatan menonton secara live gitu, terima lah pementasan kami dari Team Drama Panglima.






Sekian. Sokonglah Industri Panglima.

Thursday, May 31, 2012

Abah cakap duduk rumah, duduk jelah. Kalau bosan, diri.

"Hm, cantik dah ni." Puji Jemah sendirian di hadapan cermin.
Diri dibelek lagi.
Menapak ke luar bilik, sambil berjalan seperti kucing.
Tapi dia tak sedar dia jalan macam Big Momma.


Abahnya yang sedang golek golek di sofa yang baru beli petang tadi, bau kedai lagi.
Sah lah bukan bayar ansur kat Courts Mammoth.


"Mana nak pergi Jemah?" Abah yang bergolek sakan macam ayam golek terus bangun, memandang Jemah.
Menanti jawapan.
"Jemah nak keluar, bah."
Jawab si Jemah, tidak memandang wajah si tua itu. Sebaliknya terus menyarungkan kasut tumit tinggi entah berapa inci. Kalau kasut tu boleh tercabut tumitnya, atau pecah, dah lama cabut / pecah dek menampung berat Jemah.


"Jangan keluar. Duduk rumah. Baca buku. Takmau baca buku, pergi tolong emak masak."
"Ala apa ni, bah. Jemah nak keluar kejap je lah. Jumpa si Bedah."
"Bedah ke Melah, pigi dahhh. Masuk bilik!"
Ikutkan hati si abah, nak je beliau ungkap ayat drama "Setapak kau keluar dari rumah, kau bukan lagi anak aku." Tapi tak mahu lah baku sangat dengan anaknya.


Anak zaman sekarang, lagi kita halau, lagi dia suka.
Boleh buat apa je kerja kat luar sana.
Freedom kononnya.


"Fine! Jemah nak keluar kejap pun tak boleh! Itu tak boleh ini tak boleh!" Kaki dihentak. Kalau rumah abahnya tu rumah kayu, tembus dah lantai kayu tu. Pintu dihempas, tanda protes. Telefon endroid Samseng dikeluarkan. Jari disentuh pada skrin. Twitter dibuka.


#KamiRemaja ingin kebebasan. Ibu bapa perlu faham.
TWEET!

JB's Girl, Zayn Malik's wife, Greyson's grandma, Abah Kau retweeted you.


--------------------------------------------------




Remaja zaman sekarang, hidup tahu nak bebas.
Bila mak bapak tak bagi lepas,
mula tunjuk protes.


Kononnya mak bapak kurung dalam rumah.
Asyik kena belajar, belajar, belajar.
Padahal duduk dalam bilik, sengih sorang whatsapp dengan pakwe.
Mention dengan scandal.
Bbm dengan crush.

Belajarlah konon, tensionlah konon.
Sembang lebih.


Kadang kadang kita remaja pernah fikir tak apa ibu ayah buat tu yang kononnya mengurung kita, adalah untuk kebaikkan kita.
Apa yang diorang buat tu sebab diorang sayangkan kita.

Tak tengok berita sekarang?
Ragut, culik, rompak. Even worst, bunuh,
Dahlah bunuh, mayat tu dia kerat kerat, dia siang mayat macam siang ikan.
Takpun dia buat BBQ terus mayat awak tu.


Bila tengok berita anak gadis kena culik atau rogol, mula lah salahkan si mak bapak.
Katanya tahu buat beranak, jaga anak taknak.
Tak fikir ke, sebenarnya mak bapak dah kawal, tapi anak yang berkeras ikut kemahuan.


Kita kutuk.
'Bodoh pompuan ni. Taktahu ke skrg ni bahaya keluar'
Nampak tak?


Awak nak tak bila awak sendiri ada dalam kasut mangsa tu,
kemudian masyarakat mengata awak, mengata parents awak?

 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 

Pernah tak, kita nak pergi satu tempat ni.Tiba tiba tak jadi sebab bangun lambat sebab mengadap Twitter sampai Subuh.
Tahu tahu je, tempat tu terbakar.
Kita dalam hati 'kalaulah aku pergi.....'

Jadi cuba bayangkan,
apa kemungkinan BURUK yang bakal berlaku kalau awak pergi sesuatu tempat,
atau buat sesuatu perkara,
tanpa keizinan mak bapak.


Tak dinafikan sebenarnya saya pun selalu jugak rasa macam remaja lain.
Itu tak boleh ini tak boleh.
Abang abang tu boleh pulak.
Diorang tu lelaki. Dan pandai jaga diri.
Saya? Fikir sendirilah.
Akhirnya duduk je kat rumah.

Tuesday, May 29, 2012

Bukan nak menjaga tepi boxer. Nak menegur saja.


Pada era globalisasi ini, kemajuan dunia semakin tidak seiring dengan kemajuan manusia. Ramai yang kelihatannya kembali kepada zaman jahiliah. Budaya kita makin berubah. Allah SWT lupa disembah. Mula dahlah ayat ala-ala buat karangan bahasa Malaysia ni.


Nak salahkan siapa?



Kanak-kanak zaman sekarang pun, fizikalnya saja nampak seperti kanak-kanak. Bulu tak tumbuh lagi, perlakuan, lagaknya dan fikirannya macam orang dewasa. Mana mak bapak? Tak didik anak? Sibuk cari harta untuk bawak masuk dalam bumi macam firaun ke? 

Mak datin, pak datuk, tan sri datin sri sekalian, jangan risaulah. Kita tak perlukan wang untuk sewa rumah bawah tanah kita selepas mati, tidak seperti kita membayar sewa untuk parking kereta di restoran makan mewah.

1.Ada mak bapak yang bila kita pandang, "oh, patutlah anaknya begitu. bapak borek, anak beranak." 
2.Ada juga mak bapak yang kita tengok, kontra sungguh perangainya dengan anak.


1. Mak bapak yang perangai dua kali lima sama dengan dua puluh lima dengan anak-anaknya ni taktahu nak kata apa dah. Kita sebagai orang luar nak tegur, nanti ditengking semula. 

"Eh kau sibuk tepi kain aku apahal? Tu kaki kain kau hujungnya tertetas, betulkanlah.
Jangan menyibuk hal orang."


Rosak, rosak.


2. Mak bapak menjaga solat, aurat tutup belaka, tapi sayang dapat anak buat maksiat, lepastu selalu derhaka. Anak-anak buat sesuatu yang secara langsung dosanya terpalit sama pada mak bapak. Ingat ni main palit palit lumpur? Beruntunglah siapa dapat ibu ayah macamni. Bila kita tegur, mengapa tidak diubah perangai si anak, jawabnya "Dah puas cuba. Tapi degil. Hatinya keras, macam batu. Dahlah ada kutu."


Kenapa dari awal, tak dipraktikkan peribahasa 'meluntur buluh biarlah dari rebungya' ? Sebab kononnya anak anak masih kecil, biarlah mereka menikmati dan enjoy hidup mereka? Jangan terlalu menatang anak bagai minyak yang penuh. Tak mustahil satu hari nanti perangai mereka seperti binatang.


Bila menegur si anak,
"Kau siapa nak masuk campur hal aku? Dosa pahala aku tanggung. Kubur lain lain. Kau dengan kubur kau, aku dengan kubur aku. Kita tak guna konsep sharing sharing. Sekurangnya aku tak gadaikan maruah"

Maruah? MA-RU-WAH?
Maruah bukan saja pada kesucian harga diri si dara.
Maruah disabitkan dengan perilaku yang memalukan.



Saudara saudari sekalian, buat baik, bukan buat taik.
Kita sebagai anak, merupakan amanah dari ALLAH SWT kepada ibu bapa.


Kat padang bola, orang akan tanya, "Wahh Abu, anak kau ke tu main bola? hebat ya, sama macam kau!" Pujian bertubi-tubi. Masa tu boleh bapak mendabik dada berbangga diri.

Tapi kat Padang Mahsyar, cara pencorakan ibu bapa pada kehidupan anak anak akan dipersoalkan.
Anak anak ibarat kain putih. Biarlah ibu bapa yang memberi warna. Jangan kita rosakkannya. Jangan biarkan unsur lain mencampuri urusan pencorak kita.

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".

Nak menegur ni kita TAK sepatutnya "éh kaulah tegur" "apa aku pulak. kaulah pergi".
Patutnya benda ni kita kena berani tegur.
Tapi nak buat macam mana, orang kita ni terlalu menjaga hati.
Sampai tak sanggup nak menegur orang.


Menjaga tepi kain orang dan menjadi prihatin (menegur kesilapan) adalah perkara yang berbeza.
Dulu, kita istilahkan sebagai prihatin sesama kita.
Tapi sekarang, kita isytiharkan sebagai menjaga tepi kain dan tepi boxer orang.


Friday, May 18, 2012

Antara bank dan klinik.

Manusia suka bersangka-sangka. Walau berapa kali pepatah mengatakan 'dont judge a book by its cover', tapi memang ni lah sikap manusia, suka membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian pada pandang pertama sahaja.


Bayangkan diri awak berada di antara Bank dan Klinik.

Pandang kiri. Sekarang ni awak bayangkan. Ada satu pasangan ni. Lelaki perempuan. Pada dasarnya mereka hanya kawan. Kebetulan terserempak di sebuah bank.


Berborak, bercerita, meluah sedikit perasaan yang menjadikan salah seorang dari mereka ini berkerut mendengar atau bercerita. Apa tanggapan awak kalau awak lalu depan pasangan ini? Kalau saya, saya fikir mereka ini seperti pasangan kekasih. Lelaki meminta wang dari perempuan atau pun si perempuan meminta duit dari lelaki namun lelaki berkeras mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit.


Okay, sekarang kita bawa situasi ke klinik pulak. Seperti tadi, dua orang kawan terserempak di luar klinik. Lelaki dan perempuan. Bercerita sesuatu dan akhirnya sama-sama berkerut. Lebih parah, si perempuan tu sampai menangis-nangis. Apa tanggaapan awak jika awak lalu depan pasangan ini? DEPAN KLINIK? Kalau saya, saya fikir si lelaki suruh perempuan gugurkan kandungan. Tu je.

Sunday, May 06, 2012

Mak, Cempaka berdarah!

Assalammualaikum semua.
Ehemmm, meh betulkan tekak sikit.


Alhamdulillah, berakhir sudah pertandingan drama komsas peringkat daerah. Mula-mula pergi audition (pehhh rasa macam g audition real), buat gitu gitu je.


 Ini masa ganti Mak Jah kejap. Esoknya, dari jadi mak, terus jadi si anak. Semuanya jadi tanpa dirancang. Betullah kata pepatah, 'kita hanya mampu merancang...' Eh tadi cakap tak dirancang. Ayat tak melayu sungguh.





 Dalam rehearsal ni, kami memang sempat bermain-main lah apa lah. Siap buat versi parody lagi haaa. Bukan apa, saja nak hilangkan stress asyik kena bebel dengan cikgu dalam kelas 'awak kena belajar betul betul, ni untuk masa depan awak jugak' and etc. Asyik cikgu je bercakap, sekarang turn kami pulak lah bercakap kan hikhik.



Director; Nur Najwa. Dia ni memang dah macam mak cari anak jugak kadang kadang bila pelakon tak datang tepat pada masanya. Mesti membebel. Kalau pelakon tak dapat datang, director lah yang ganti pelakon tu. Dia lah jadi mak jah, dia lah jadi zaman, dia lah jadi prof peter. Rasa macam nak suruh dia je yang berlakon atas pentas tu.




Prof Peter.
Impiannya ingin menjadi seperti Aaron Aziz. Setiap kali dia berlakon, mesti keluar dari skrip. Bila orang tanya apa dia buat, dia mesti tanya balik, "Ada gaya Aaron Aziz tak?" Mula mula geram jugak tapi akhirnya gelaklah. Sebab comel sangat haha okay serious prof peter panglima memang comel. Pastu nak berasa Aaron lagi, dia mesti tambah sendiri skrip ni waktu rehearsal 'aku kata balik, baliklah!'.



Abang Zaman. Dia selalu cakap adik dia menyusahkan dia. Heh, Cempaka la tu. Pernah sekali tu, satu ayat comel terkeluar dari mulut dia, "Taknak sorok belakang abang ke?". Apa nak cakap pasal abang? Dia kalau bercakap, mesti muka macam happy memanjang. Tak tahu kenapa. Thanks abang, walaupun Cempaka bukan adik kandung abang, abang layan Cempaka baik. (baiklah sangat)



Lama lama, orang cakap muka kitorang
dah dekat sama.
Mak Jah. Ini mak yang dah bela Cempaka dari kecil, walaupun sebenarnya Cempaka ni bukan anak kandung mak. Terima kasih mak :') Cempaka dengki, sebab mak selalu nak back-up abang. Yelah, abang tu anak mak. Cempaka ni siapa.... baik Cempaka ikut je Prof Peter balik. Eh kecik hati mak nanti. Sepatutnya kan mak hitamkan rambut Cempaka. Takdelah Prof Peter syak something. Ishh mak ni kan.






Kiri sekali.
Malik. Dia suka Cempaka. Suka kacau Cempaka. Setakat lagak samseng kampung er kampung apatah. "Aku benci engkau Malik! Kau gila!" Favorite line saya ni! Haha sebab dapat marah je. Rasa nak buat skrip sendiri masa Malik bagi bunga tu, "Kau tak nampak ke abang aku dah bagi bunga? Cuba la bagi coklat ke, rantai emas ke, kapak emas ke, boyfriend emas ke eh". Part mengacau orang ni memang kerja dia jelah.


Crews.
Tyrah, Pyjah, Atiq.
Uda, Shafiq, Farish, Ashraf, Amsyar, and lain-lain.
Saat bosan bosan Atiq & Pyjah la yang g naik pentas, buat show sendiri. Tak ajak dah Cempaka ni kan.
Yang tyrah pulak selalu bagi warn jangan buat nyawa-nyawa ikan waktu berlakon dah mati tu.
Kekanda Farish, lepasni jangan gelabah dah cari adinda sana sini. Tak hilangnya lah. Okay?
Semua sporting je ah kan. Kerjasama yang memuaskan. Thumbs up! Comel ></


Penulis skrip. Haa ini penting ni. Dia lah yang edit skrip, dia lah yang print few sets skrip untuk pelakon. Dia jugak yang teman saya berlakon. Sweet adik ipar saya ni. Dia jugak yang dengar luahan tension saya sepanjang latihan pementasan.







PEMENTASAN CEMPAKA BERDARAH VERSI PANGLIMA!

PANGLIMA TEMPUR!

Tahniah semua. Tahniah SMKTPPTM sebab menjadi johan dalam pertandingan ni yang akhirnya dapat melayakkan diri ke peringkat negeri. Sebenarnya semua peserta dari semua sekolah tak ada yang kalah. Semua menang. Cuma yang terbaik diangkat menjadi johan.

Tahniah Mak Jah sebab menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Tahniah Najwa sebab menang Anugerah Pengarah Terbaik.

Maaf jika kelopongan, kekurangan pada dewan sekolah kami membuatkan ada yang tidak selesa. Sekurangnya kami bersyukur ada jugak bumbung tempat berteduh dari panas, kipas untuk mengalirkan udara, lantai untuk menutup tanah dan ruang secukupnya untuk bebas bergerak.


Akhir sekali, terima kasih kepada para penyokong, para peminat, para pengundi saya muah muah flying kick comel untuk korang. Saya *konon terharu lap air mata* sangat speechless. I left you speechless, so specchless~~ Ok over. Kawan-kawan, thanks sebab ponteng kelas semata-mata nak bagi support kat kitorang dari awal sampai akhir :*

Dan terima kasih kepada Cikgu Ain, Cik Di, Cikgu Rosilah kerana meluangkan masa melatih kami. Tak sia-sia rehearsal 10 hari yang kadang kadang membawak sampai ke malam. Tak sia sia Cik Di belanja makan pizza kihkihkih.


Sumber gambar: Fazrol Abdul Samad, Kazuma Kiryu, Nurul Farahana.