Wednesday, December 21, 2011

Pentypo original. Tidak panas dan pedas.

Siapa tak pernah typo tu mesti ada autocorret yang selalu betulkan ejaan. Tu pun dalam bahasa inkgirlrace inggeris la kan. Sampai nak mencarut pun si auto-correct baik hati nak betulkan ejaan tu.


Saya sendiri sebagai pentypo yang tulen dan asli sangat malu dengan typo yang saya lakukan. Lagi malu apabila ditegurlah kan. Rasa nak terjun katil dua tingkat.


1. PINGGANG.
"Tolong cuci pinggang." Delivered.
"Jom pergi hospital."
"Buat apa?"
"Kata nak mintak tolong cuci pinggang."


2. OS.

Itu dia. Kusangkakan beliau bercerita tentang Operating System.
OS lah jugak tu.
Rupanya typo.
Hello. My name os Izz.


3. RESLUT.
Ketika saya hampir tweet tentang RESULT, saya telah tak sengaja terbalikkan huruf tersebut menjadi reslut.
"Reslut belum keluar lagi..."




4. KETIAK.
Saya suka tulis "Ketika saya blablabla."
Akhirnya pada suatu hari, saya tulis "KETIAK saya hampir menghasilkan..."
Ok. Memang KETIAK saya berbakat.

5. RAPE.
Dulu saya berkawan mesra dengan seorang lelaki. Haruslah lelaki kan. Saya masih lurus. Seterusnya saya bertanya tentang 'kawan' lama dia. Sebab dia cakap dua-dua dia sayang. Sayangkan 'kawan' lama dan saya. Maka saya agak tak berapa bengang bertanya,


"RAPE POMPUAN TU!!"
Send to: Mamat Jambu Batu Bata.

Phone keypad yang ABC DEF GHI tu la saya guna masa tu. Kebetulan taip tak pandang keypad dan skrin. Pandang depan je sebab taknak orang nampak kita ni tengah 'in like'.

Menjadi pentypo adalah lebih baik daripada menjadi penipu.

7 comments:

twinkle twinkle said...

AHHA MANUSIA BIASA la mcm ni ;D

Izzatul Huda said...

HAHAA ! yang last tu lawak ;D

#. normal ape typo ^.^

Izz Hazwani said...

twinkle twinkle:
tak sah tak typo.

Izzatul Huda:
Tak normal tak typo.

Alia Azmi ◕‿◕ said...

RESLUT?

HAHAHAHAHHA terkejut alia baca.
^^/ manusia tak sempurna :)

Izzah Ismuil said...

haha yg last skali tuh kelakar.
tuh belum kira yg slah hantar lagi kan wani ? :p haha

Teah Manaf :) said...

haha . kadangkadang segan gak kalau typo . kalau sempat delete lha , kalau tak sempat buat muka steady je . HAHA. bukan org nmpk pun . hihi

Izz Hazwani said...

Alia:
Manusia berasa sempurna haha.

Kak Izzah:
Diam kak diam! Tragis kejadian tu. Haihh

Teah:
Kalau tak sempat, saya campak telefon jauh jauh. Malu.