Tuesday, December 20, 2011

Elak jurujual mengikis duit

Assalammualaikum dan selamat pagi.


Sedang sibuk saya bersiap ingin ke kenduri jiran tidak dikenali, tiba-tiba terdengar panggilan adik memanggil ibu.


"Hah kenapa panggil ibu?"
"Ada orang datang."

Disebabkan ibu dapat agak yang datang tersebut ialah jurujual, maka ditolaknya saya pergi jumpa orang tersebut dekat luar. Rambut kembang macam afro tak jugak. Macam singa pun tak berapa jugak. Ala kadar je.



*muncul di muka pintu. buat muka seinesen habis*

"Mama ada?"

Saya menujukkan ekspresi pelik.

"Mama adik ada?"

Masih sama, pelik.

"Mummy ada tak?"

Ya, sama.

"Mak adik ada kat rumah?"

Tak berubah lagi.

"Adik faham bahasa melayu tak?"

Hmmm?


Setelah beberapa kali si jurujual tersebut cuba memahamkan saya bahasa melayu bahasa ibunda saya, saya pun akhirnya kesian sebab dia penat nak bagi saya faham kehendak dia.


Disebabkan dia ingat saya tak pandai cakap bm, saya pun habis tunggang langgang cakap english bercampur bm buat slang macam omputih. Tahan je gelak dalam hati.

"Ha faham pun adik ni. Macamni lah dik, abang bukan orang jahat..."

Orang jahat mana mengaku dia jahat.

"eh nanti dulu. abang tak habis cakap lagi"

Sambunglah. Tak halang pun. Menyuruh pun tidak.

"....abang datang dari Sarawak, datang nak jual barang"

Kalau tak, takde la abang menyemak kat sini.

"Jadi, mak adik ada kat rumah?"

"Tak aderww. Pawents went out."

"Eh? Tapi adik awak ni cakap ada?"

Katanya sambil mengunjuk jari ke arah adik darjah tiga. Woi ibu cakap jangan bukak pintu kalau orang ketukkan?!

"Oh, dia ni memang bang. Bangang"

"Apa dia dik?"

"Takde pape"


Setelah berdolak dalih mengatakan kami tidak berminat, saya berharap agar dia pergi. Blah weh blah. Orang tak siap lagi ni, nak makan nasi free.


"Emm adik, nak tanya sikit boleh?"

"Ya?"

"Adik faham bahasa melayu tak? Abang tengok adik ni macam tak faham je"


Gila tak faham? Dah kalau adik saya cakap bm dengan abang, takkan saya je sesat guna bahasa jepun, korea, inggeris, perancis, arab kan.


Suasana sunyi.
Abang, saya ni bukan nak menghalau.
Tapi lebih afdal kalau abang pergi.

Dan dia pun pergi.


Lepasni disarankan kalau orang datang, pakailah baju sekoyak rabak jangan sampai tak pakai baju pulak. Kusut masaikan rambut. Panggil sekawan lalat hurung anda. Kalau depa takmau, ugut je.


Ambik pisau pemotong daging, hiris sikit daging peha anda, biar nampak darah dekat pisau. Jumpa dia, buat muka ceria. Lepastu serabutkan rambut lagi. Menangis,marah marah. Tumbuk pintu,


"Ye bang? Nak jual apa? Saya pun tengah lapar ni" Maka pandanglah jurujual tersebut atas bawah.


Kalau dia report polis, pandailah handle sendiri.

10 comments:

Alya said...

tak tidur yeeeee kak wani ;p

btw, kwsn perumahan alya susah sangat nak jumpak orang jual-jual barang macam ni. tapi kalau mintak derma selalu laa x) siap ada yang bonceng moto kata nak mintak derma sebab dia OKU - lebih kurang macam tu laa ;p

Izz Hazwani said...

Tidur, lepastu bangunlah.
Haha kata OKU tapi boleh pulak naik motor. OKU macam mana lah tu

twinkle twinkle said...

ahha kelaka pula tektik ni ;D

Izz Hazwani said...

Try this at jail.

Izz Hazwani said...

Try this at jail.

Izz Hazwani said...

Try this at jail.

Fatihah Ory said...

Hahahaha kesian ah abang tu. Dia memang org Sarawak ke saja buat buat orang Sarawak? :p

Alia Azmi ◕‿◕ said...

YEAYYY dah tau nak buat ape bila jurujual dtg rumah nak jual barang


wkakakakaka (Y)

Izz Hazwani said...

Fatihah Ory:
Entahlah,memang yela kot. Kulit hitam manis, mata sepet. Pandang pun tak jemu. Boleh tahan comel.


Alia Azmi:
Ya, sila praktikkan. Practice makes perfect.

Yann Hazwani said...

haha, terketawa sendiri bila baca entri nii XD