Friday, December 16, 2011

CAMP LOVE.

Assalammualaikum para penulis blog, penulis Twitter, penulis status setiap 5 minit di Facebook dan para rebloggers di Tumblr. Cerita ni dah lama, siapa kisah? Asalkan cerita masih melekat di ruang menunggu dalam minda, apa salahnya nak dikongsi dengan pepara sekalian.


Mana ada istilah cerita basi. Apa kau ingat cerita tu makanan? Ehem, Ada beberapa kisah cinta. Cinta itu definisinya luas. Cinta yang ingin saya kisahkan bukan cinta pasangan kekasih. Tetapi lebih kepada cinta seperti kawan dan seperti adik beadik serta cinta sesama satu pasukan.

Rasa janggal pulak menulis macam ni. Maklumlah, dah lama tak meraba secara non-sexual atas papan kekunci.


SINOPSIS:
Baiklah, ini merupakan CAMP LOVE. Itu bahasa omputih. Bahasa milahyou, CINTA KEM semestinya. Cinta yang semakin berkembang dan dikukuhkan di sebuah kem di Pantai Sepat. Individu yang terlibat merupakan satu pasukan yang datang ke kem bertujuan untuk membantu dan merawat peserta kem.

Dan dalam CAMP LOVE ini, banyak siri ok. Macam slot SERAM yang terowong tu lah. Setiap minggu episod lain. CAMP LOVE pulak ceritanya tercipta dalam masa 24 jam, tanpa skrip panjang meleret dan konflik seperti sinetron dari tanah seberang.



1. CINTA AIR BATU.
Sedang para perawat ingin menyuakan nasi ke mulut, tiba-tiba salah seorang daripada peserta mengalami sakit senggugut dan gastrik. Maka diusungnya peserta tersebut ke pondok jurulatih. Perut peserta tersebut harus ditekap dengan air batu maka hero siri ini pergi mendapatkan air batu. Tunggu punya tunggu, terkedek-kedek betul si hero ni maka heroin pun mencari si hero. Setelah stok air batu berada di tangan, maka berjalanlah mereka berdua menuju ke pondok.

Dalam perjalanan, tiba-tiba si hero yang berada di sebelah memanggil si heroin yang sedang khusyuk meneliti ais batu. Entah apa uniknya airbatu tu pada mata dia....

Him: Zaty....
Her: Ya?*menoleh ke arah hero
Him: *menekapkan air batu di pipi heroin lalu melarikan diri sebaik sahaja mendapati si heroin ingin membalas semula perbuatannya itu*

Maka berkejaranlah mereka sehingga ke pondok. Jurulatih-jurulatih dan para perawat hanya menggelakkan mereka, "Sempat lagi main kejar-kejar tu"






2. CINTA DI GIGI AIR.
Sepatutnya tajuk dia cinta pantai sepat, tapi penulis punya sukalah nak tukarkan. Lebih baik cinta gigi air daripada cinta gigi singa betina. Hero masih kekal yang sama. Heroin pula bertukar. Bermula daripada si heroin bermain air, sehinggalah si hero merenjis air kepada heroin. Saling bermain air berkejaran dan kalau boleh nak berlari sampai hujung pantai. Pantai, adakah kau berpenghujung?




3. CINTA ATAS PASIR.
Ini sequel kepada Cinta Di Gigi Air. Watak heroinnya yang lain. Jangan fikir hero ini playboy. Sudah ku bilang ini merupakan cinta seperti rakan sepasukan. Tolonglah faham. Merapatkan hubungan sesama insan. Walaupun di institut pengajian, hanya bersua muka sekejap cuma.

Berbalik kepada tajuk.

Mereka berkejaran lagi. Bermain air. Apa tak penat ke hero ni main kejar kejar? Mungkin tak. Muka pun hyper tahap maksima.




4. CINTA TUNGGUL KAYU.
Bukan kes 'kau ingat aku ni tunggul? nyalakan aku bila sejuk, bila perlu, bila malam. perlukan aku bila ingin elakkan binatang buas! hujan turun dan aku basah, kau tak ambik kisah!' Bukan kes sebegitu. Ini kisah cinta yang endingnya sangat endless. Macam tak ada kesudahan yang pasti.

Heroin merupakan watak dalam kisah CINTA AIR BATU manakala hero merupakan seseorang yang manis dan bertolak ansur. Hero dalam cerita ni watak lain ok. Mungkin hero sebelum ni dah bersara.

Kisahnya, mereka berduaan duduk di atas tunggul, mengadap laut terbentang luas, ombak memukul pentas pasir dan mengundurkan diri semula. Duduk. Diam. Tanpa kata. Dan dia.... berlalu pergi.


5. CINTA GITAR MALAM BUTA.
Ini nak kategorikan cinta ke tak? That heroin doesnt even know him. Cinta stranger, I guess. Si hero ini merupakan kawan kepada kawan heroin ini yang datang menjenguk kem tersebut. Hero merupakan seorang yang manis jugak, melayan kerenah kanak-kanak.

Malam, pada ketika peserta-peserta sibuk mengisi slot Ikhtiar Hidup, kami para perawat duduk di bawah kanopi. Menghilangkan penat. Datanglah si hero bersama gitarnya. Jangan bayangkan gitar tersebut berkaki dan berjalan berpimpin tangan dengan hero ya.

Cukuplah diceritakan, dia memetik gitar.Sama-sama termenung. Sama bersoal jawab. Dan cinta ini berakhir di sini.

HEROIN TIDAK MENYATAKAN BAHAWA DIA SUKA
LELAKI YANG PANDAI BERMAIN GITAR. HARAP JELAS.


6. CINTA PETAI PANTAI SEPAT.
Nampaknya episod CAMP LOVE hampir tamat. Sayang mahu ditamatkan. Namun apakan daya, inilah koleksi cinta di kem tersebut.


Pada hari terakhir kem, para peserta harus berdiri tegak, menyanyikan empat buah lagu berunsur patriotik. Bayangkan, di tengah panas, pada kala mereka masih belum makan tengahhari. Maka para perawat harus stand by di belakang peserta. Bimbang kalau-kalau ada yang pengsan. Kebetulan azan sedang berkumandang dari surau berdekatan.

Semua yang berdiri pun duduk. Di atas pasir. Pasir halus pantai sepat. Heroin merupakan watak dari kisah cinta pertama, keempat dan kelima. Manakala hero merupakan salah seorang peserta. Heroin yang bosan, melilau matanya mencari sesuatu untuk di baling ke mana-mana. Ahh, dia ternampak petai. Mungkin petai? Kelihatan seperti petai. Yang masih belum masak. Dipetiknya. Lalu berfikir ke mana harus dicampak. Disebabkan dia duduk di belakang seorang peserta yang mukanya agaklah boleh tahan comel, maka dicampaknya petai tersebut. Dan hero itu? Buat tak tahu.


7.  CINTA ANAK KOMANDEN.
Oh belum habis lagi. Ini. Penulis rindu cinta ini. Saat disoal komanden apabila para perawat mahu pulang, "Awak lambai bapaknya ke anaknya? Hah jawaaab"


InsyaAllah. Kalau berkesempatan, penulis ingin lagi melalui semua jenis cinta. Bukan cinta kekasih manusia semata-mata. Cinta kepada Pencipta.

*Untuk kisah kisah akan datang, heroin akan kekal sama. Hero mungkin akan berubah watak dari semasa ke semasa. Atau, kalau watak heroin juga bertukar, penulis harus berada di tempat tersebut.

2 comments:

Husna AOmar said...

Wani.. knp sgt misteri? ;D

Hihi you got talent!.. in writing
keep it up, dear

Teringat dekat kem jugak.. Wuu
Bukan Camp Love lah tapi,

Izz Hazwani said...

Husna,
misteri itu lah yang kadang kadang buat orang lekat.

Ini mengambil hati atau mencuri hati?

Hah kenapa ayat tergantung ni?