Saturday, December 10, 2011

Allah kalau nak bagi, cash pun DIA kirimkan

Assalammualaikum. Ehemm kejap, nak betulkan tekak. Suara macam serak serak pulak. Inilah akibatnya kalau minum air sejuk musim sejuk macam ni.

Khabarnya malam ni kita dapat menyaksikan gerhana bulan. Tapi sayang, Mungkin belum rezeki penduduk yang mengalami musim hujan seperti Kuantan untuk melihat gerhana bulan. Ya, hujan sedang lebat pada saat saya menulis post ini.
Kalau dah bukan rezeki, jangan disungutkan. Ada hikmahnya tu.


Refer kepada tajuk post saya. Bulan Ramadhan 1432Hijrah yang lepas, beberapa hari sebelum hari raya, mestilah ramai beriang-ria balik kampung. Saya pun balik kampung. Kejadahnya pulak kau nak duduk bandar waktu raya kan.


Hari terakhir puasa, alhamdulillah saya takde raya awal. No no no. Jadi lepas azan, saya pun terus berwudhu' dan berniat menunaikan solat Asar. Habis bagi salam pertama ke kanan, mata saya tertangkap sesuatu. Saya beri salam kedua, seterusnya baca doa. Selesai diaminkan.... saya pandang semula ke kanan.



Guess what I found?




"Hekleh lima sen je? Kahkahkah kenapa tak lima ringgit ke? Limapuluh ringgit ke?"
Lima sen tu duit jugak. Nak dapatkan jumlah besar, kumpullah yang kecik.


Saya ambik duit tu, tanya sesiapa ada hilang duit tu sebab sebelum solat, saya pasti sangat memang tak ada duit langsung atas lantai. Dan tak ada sesiapa pun masuk bilik masa saya solat.


Tak ada yang mengaku. Ok.



Malam, solat Isyak. Isyak terakhir dalam Ramadhan itu. Walaupun sebenarnya sejak Asar lagi kita dah masuk hari baru kan.



Habis solat, saya lipat telekung. Dan angkat sejadah....


Ini pulak yang saya jumpa. Dua keping. Tanya dekat family, tak ada mengaku lagi. Abang cakap, "dah rezeki, ambik jelah"



Ini ke cash nya?

3 comments:

Husna AOmar said...

Agak-agak kat mana cash 5rm tu sekarang?

Stil.. statik atas karpet

or dah masuk poket wani?

annie abd ghani said...

Murahnyer rezeki anda~~ :)

Izz Hazwani said...

Husna:
Entahlah. Rasanya wani ambik. Huahaha

Miss Annie:
Alhamdulillah.