Saturday, November 26, 2011

LARI LARI AKU TINGGALKAN SEMUA INI

...tipu.


Buat apa nak lari. Kereta ada, bantailah naik kereta walaupun tak friendly dengan alam sekitar.


Hari ini bersamaan 26 November 2011 hingga 3 Disember 2011, secara rasminya saya dah tinggalkan bandar yang *garu telinga kejap* takde lah bising sangat. Bising lagi duduk kampung sebab rumah tepi jalan. Betul betul tepi jalan.



Ni kalau tak berebut tengok tv dengan adik kat sana, mesti berebut tengok tv dengan pakcik. Kalau dua-dua taknak give in, kita lari rumah belakang.


Assalammualaikum.




PERGI DULU!

Monday, November 21, 2011

BUAT KAKANDA SEKALIAN,

Harini kakanda-kakanda harimau akan mengaum habis-habisan di negeri orang. Adinda rimau di sini hanya mampu mendoakan yang terbaik.


Kanda kanda,
Bola bolalah jugak kan.
Dinda di sini jangan dilupakan.
Hikhik


EMAS HAMPIR DICENGKAM.
ASIA TENGGARA HARUS DITAKLUKI.
AYUH KITA LEBURKAN SANG GARUDA

Tuesday, November 15, 2011

Disebalik Quote.

Assalammualaikum. Hai ignore lah post kat bawah ni LOL tak LOL sangatlah kan sebab saya rasa awkward tulis macamtu.


Maka harini ini apa kata kita mengkaji quotes yang di-share oleh sebilangan manusia di alam maya. Ada yang logik, ada yang tak. Tengok ramai orang RT, kau pun mengkhinzir rabun jelah RT jugak.
Anggaplah post ini suka suka je kalau awak nak.



Terus terang, saya repeat baca quote ni dua-tiga kali untuk fahamkan. Yes saya memang agak lambat 'angkat'. Tahu volleyball? Mana mana game pun, bola memang tujuannya akan dipass kepada orang lain. Heh, cakap lah awak wish GIRL WAS LIKE VOLLEYBALL yang boleh di-pass ke sana ke mari.  At least mesti ada 4-6 players kan? Saya ni bukanlah budak sukan yang tahu banyak.Who wrote this quote? TAMPAR NANTI BARU TAHU.



I have insomnia, dats the reason I tak boleh tidur. Asal tak boleh tidur je fall in love lah? Doktor apa ni? Hello doctor you pernah dengar insomnia tak? Macam mana you dapat title doctor ni?






Oh hai Thomas Kempis kembang kempis je hidung awak kan sekarang ni. What's love? KLCC entah berapa tan tu boleh jadi ringan ke dengan love? Seriously? Where is love? Please fly to KL right now and saya nak tengok awak buat KLCC jadi ringan dan saya nak angkat KLCC tersebut supaya kelihatan seperti Badam the Badang.


Bila kehilangan awak, saya takut saya bunuh diri dan awak pergi dekat perempuan lain. Kalau kau takut belaka, tak payah buat. Jangan jumpa dia, jangan cium dia, jangan cinta dia. That way, you won't lose him. Akai ada sila pakai. Kamon lah.




Oyeahh? Dah tu maknyahs di luar sana? /No offence.




Everytime I jatuh cinta, dia buat I senyum, hati I yang takdak mulut pun senyum. Gawdd, ramai gila prince yang I jumpa. Most of them were my boyfriends, I rejected him. I mean, I reject PUTERA. Need putera katak agaknya.



Korang tengok future dekat mana? Negara mana? Nak tengok jugaklah. Amboi nak romantik sampai tengok future. Meh la jalan jalan kat pasar pegang tangan beli taugeh.




And you pregnant empat hari je. Like Sims kan you cakap?



Dah tu skrip ditulis dalam mimpi lah kan.


Tak tahu pulak hati ini ada kaki boleh pergi dan datang sesuka hatimuuu. Kita kalau tak ada hati, boleh hidup ke? Nak ikut ikut sangat hati tu buat apa, Hati yang ikut kita.
Yang baik datangnya daripada DIA. Yang buruk datangnya daripada sesiapa yang membaca ini. Sekian, janganlah anda terasa sakit punggung membaca blog picisan pinnochio saya.

Tuesday, November 08, 2011

Tiger menangis, siapa kisah?

Bila kita nak orang tahu, kita kena fikir risiko dia.
Lubang hidung sama banyak tapi hati lain lain, wak.
Orang boleh buat macam macam nak rosakkan kebahagiaan orang lain.


So?


----------------
Sumber: AceroTiburon


Saya tolak awak atau awak tolak saya?
Jawapan awak, "Fikirkan"
Awak tau saya pemalas.


Bak kata pepatah iHazwani,
'Parut di tangan kita nampak tapi kalau cover dengan toplast tak nampak ah kan,
parut di hati siapa yang tahu'


Orang tanya saya okay ke tak.
Kalau awak dengar saya gelak cakap 'Im just fine' kat diorang,
awak mesti ingat saya happy kita ehmmm.


Saya tak menangis. Jujur tak menangis.
Tapi tak menangis tak semestinya kita tak sayangkan awak.
Tiger menangis pun takda sapa kisah. 
Saya menangis? Lagilah kan... (Ayat Attention Seeker ke apa ni?)


Gambar gambar tu, tolong dan dipersilakan buang.
Message saya, pun.
Tapi number saya, saya mintak jangan buang.



Daripada bercerita dekat fb, baik saya cerita dekat blog.
Boleh tambah colour colour, boleh bold, italic, underline.
Facebook bolehhh??

I guess it's over now.