Thursday, October 06, 2011

Sekitar peperiksaan ini


"Macam mana exam?"
Macam tu lah. Nak macam mana lagi?


Assalammualaikum. Janganlah ditanya kemana saya menghilangkan diri. Cuma melenyapkan diri sahaja. Saya sangat malas mengupdate blog sebab rasa tak sedap hati selagi belum menduduki peperiksaan akhir tahun. Akhir tahun?? Untuk kami pelajar tingkatan tiga, Penilaian Menengah Rendah merupakan peperiksaan akhir tahun kami. 'Haa boleh pulak kau buat ayat baku ni ya Izz Hazwani?' Waktu BM haritu terkial-kial cari ayat gramatis.


//Haa lupa. Kertas BM haritu, bahagian C kan karangan respon terbuka. Saya punyalah khusyuk menulis karangan sampai tak perasan terguna kata ganti nama diri 'saya'. Nak guna 'aku', baru rasa macma best sikit kan. Tapi dah tertulis, takkan nak padam sebutir demi sebutir perkataan 'saya' tu kot. Inilah dia, dah terbiasa guna 'saya' dalam blog kan...

Alah biasa tegal biasa. Sesuai tak peribahasa ni dengan situation saya?

Harini paper Science and Sejarah. Science senang, bolehlah tahan. Semangat sangat menjawab walaupun trial haritu Science ku hampir fail. HAMPIR sahaja. Itu pun malas nak menangis sebab saya tak belajar betul betul masa trial. Sebab cikgu saya cuti bersalin, dan cikgu ganti saya seorang yang lemah lembut jadi class saya bising sampai saya pun malas nak focus pada Science.


//Ada ke patut classmates pakat kata suara saya macam cikgu tu? Ehm suara cikgu tu not bad lah jugak. Comel comel je, lembut lembut. Suara saya lembut jugak eh? Terharu!! Tapi suara macam tu tak sesuai kalau nak menjerit atau marah orang. Sebab tak garang langsung.

Waktu Sejarah tadi, LAPAN soalan je yang saya tak boleh jawab. Disebabkan saya tak boleh mengembangkan otak pada waktu petang, saya hentam tujuh dan tinggal lagi satu soalan iaitu soalan nombor 56. Saya tenung soalan, saya jeling jam. Baru pukul tiga suku. 30 minit lagi. Sempatlah kot kalau nak rehatkan minda kejap.


Rehat punya rehat...


Tiba tiba belakang badanku disentuh dengan lembut. Oh, pengawas peperiksaan yang comel ini mengejutkan saya. Lembutnya cara dia kejutkan, macam seorang ibu mengejutkan anak. Itulah, ingatkan nak lelap 3 minit je, rupanya dah 30 minit



Jeling jam lagi. Dah pukul 3.45. Satu soalan belum berjawab. "Okay masa menjawab sudah tamat." Okay, masa saya termenung pun dah tamat. Jadi saya harus hentam. Dengan mata yang kecil, muka baru bangun tidur, tudung berkedut, tangan bergaris-garis, ku hitamkan jawapan.



Keluar je dari bilik periksa, pengawas tersebut bertanya, "Okay tak?" Saya malu sebab saya tidur dengan muka mengadap classmate lelaki saya. Nak aje saya tanya, "Mulut saya ternganga tak tadi?", "Saya mengigau ke tadi?" , "Ada tak saya sebut nama Alif Satar tadi?" Tapi soalan itu disimpan dalam hati.


Classmate lelaki tersebut bertanya,
"Best tidur tadi?"
'Tidur itu satu nikmat, mestilah best. Ingat senang ke nak tidur? Nak tutup mata pun satu usaha tahu tak.'
Saya jawab dalam hati je. Nak cover malu punya pasal, saya pura-pura tak sihat lah, pening kepala lah, sebab tu tidur sangat lena
Math dengan KH are waiting. Minggu depan yeay!! Dah, bye.

6 comments:

dayu_myself said...

good luck tau pmr..
buat btul2...
hehehe...
trtdur tu sdp ae???
*perghh...tnye lgi..*
hahahaha
pape pun buat yng terbaek k..
^__^

Izz Hazwani said...

Thank you. I will :)
Tak sedaplah, sbb tak dapat makan.
Haha

wawa wadzir said...

PMR senang laa!! ^^
btw, good luck okay..

Izz Hazwani said...

Thnkyou ;D

Fatihah Ory said...

Comel je dia ni tidur time PMR :p Aiyoyoyo~
Good luck for KHB :DD

Izz Hazwani said...

Okay terima kasih. Akak tidur memang comel. Heheh mekaseh budak ory