Monday, October 10, 2011

Kawan saya invisible, sebab tu abang tak nampak. Orang tertentu je boleh nampak.

Assalammualaikum. Hai awak, saya dah habis peperiksaan akhir tahun. Tapi belum sepenuhnya lagi sebab SPM masih menanti dua tahun akan datang insyaAllah.


Last paper harini macam vang sikit. Sikit lah. Berkerut dahi dok buat jalan kira math. Mula-mula raba kalkulator tu atas meja. Akibat tension bengang geram punya pasal, sampai ke bawah meja dah saya menekan kalkulator saintifik milik phinyo. Sadih betul.



WAKTU MATH PAPER TWO TADI KAN PENGAWAS LELAKI YANG AGAK COMEL TERSEBUT MENGAMBIL TRACING PAPER KAMI. Takpa aih. Slip exam yang nipis kertasnya tu masih ada. There was nothing to worry about lah. Heh. Apa pandang? Nak ambik slip orang jugak ke?


Ya, tengah exam. Saya boleh lagi tweeting. Well, saya tak tiru jawapan pun.




Habis sahaja paper math, saya balik rumah. Ku sangkakan next paper adalah pada pukul dua setengah petang. Sebab tu lah sempat pergi 7E lagi, sempat gelak ketawa, terkedek-kedek dekat pagar sekolah.


Tengok-tengok, dah nampak kepala-kepala classmates saya sedang tekun menjawab kertas KEMAHIRAN HIDUP. Apa lagi.. berlari terus masuk bilik peperiksaan. Namun begitu dalam keadaan rushing pun saya sempat membela tudung yang ditiup angin, mengtweet sana sini dan bertexting dengan budak U. Vangang dia ni.


FINALLY!! Takda dah PMR untuk kami. Budak arab masih ada satu lagi kertas. Ngehngehngeh. Petang tu pergi lah minum 'kejap'. Kejap lah kononnya kan. Sedar sedar sampai pukul 6. Asar pun belum bayar lagi.


Almost dua jam berborak. Tah sape la bukak topik pasal cerita seram ni. Habih meremang bulu ketiak i. Nasib baik rambut ni tak meremang. Kalau tak confirm dah terangkat macam orang baru kena electrick shock.

Cerita pasal:

1. Jalan baru dekat Jasin.
2. Ulik mayang, kuda kepang, segala jadah tarian lah.
3. Highway lanchang
4. Pasal 'penjaga'
5. Blablabla.

*Takut punya pasal sampai nak pergi membuang pun rasa nak orang temankan. Ngeng betul*

Dan waktu nak balik... saya memang jalan kaki. Cuaca mendung, baru lepas hujanlah katakan. Tapi tiada pelangi ku temukan. Hanya lopak air di sana sini. Memaksa ku mengangkat kain bagi mengelakkan kaki kain kotor. Ala-ala princessa rasanya walaupun hanya berpakaian sekolah.


Lalu depan gerai abc tu. Adalah dua orang pelanggan ni. Hepp, pelanggan dekat gerai tu okeh. Kau jangan pikir ke lain pulak! Tu la, pemuda berbaju Hitam tersebut... lepas pandang, pandang lagi. Lepas pandang, pandang lagi -________-


"Dik, bahaya jalan sorang-sorang ni", sapanya apabila melihat saya ingin melintas jalan seorang diri.

"Eh takpe. Ni, ada orang ikut kat belakang" Spontan ku menjawab.


Dia ku lihat berkerut bersama rakannya. Mencari-cari 'orang' di belakangku. Saya hanya gelak perlahan lahan. 'Lain kali jangan tegur saya sorang sorang boleh dak? Ibu dah pesan jangan cakap dengan strangers.'


On the way home, surah AlFatihah, ayat Kursi habis dibacanya. MANALAH TAHU TIBA-TIBA ADA YANG BETUL BETUL IKUT KAN.

8 comments:

♥NAJWA♥ said...

Karangan BM wani mesti best sebab wani tulis kat blog pon dah best,HEHE :)
Sempat lagi bertweet dalm on the way nak gi exam hall , HAHA.
Boleh bawak phone ke ?

Izz Hazwani said...

Eh hehe boleh bawak kot. Bukannya diorang check poket kita pun :p

Husna AOmar said...

Kiteorang dpt kertas kajang free
lalalala~

mattoyol91 said...

Awak buat ape dengan kertas surih aka tracing paper...zaman aku xde pon...tak aci

Izz Hazwani said...

Husna:
Kitorang dapat jugaaak

Mattoyol:
Buat enlargement lah. Er mungkin itu perbezaan zaman kau dgn aku?

Husna AOmar said...

Tett pembetulan cik IzzHazwani,

buat ROTATION lah
eh bru je habis pmr haha

Izz Hazwani said...

Alaa yelah yelah. :p

mattoyol91 said...

mungkin den tak mintak kertas surih pon ketika peperiksaan...maklumla den ni pintar orangnya...x maenla kertas surih ni...gurau2