Monday, August 01, 2011

Tersalah niat

Semalam, saya sangat tak sabar menyambut Ramadhan. Daripada petang lagi asyik tanya mak "Bila nak baca niat ni?" Soalan macam budak budak. Cis.


Malamnya, saya bertanya kepada adik yang baru darjah tiga tapi bersemangat berpuasa mengalahkan kakaknya yang baru tingkatan tiga, "Tahu tak niat puasa?"


"Hafal niat wudhuk je. Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" , jawabnya ringkas. Saya hanya menggeleng. Dia disuruh bukak Youtube, search niat puasa yang kumpulan RAIHAN nyanyi tu.



Tiba-tiba, saya teringat nak baca niat puasa. Tu lah, petang tadi semangat berkobar kobar sperti bendera berkibar kan. Lepastu lupa pulak. Cehh! Saya pun baca lah...


Nawaitu...Udu'a Lillahi Ta'ala.

Saya pun diam. Berfikir. 'Macam dah selalu baca je niat ni'
Lepastu saya baca ah balik niat tu.


Patutlah pun. Masa nak baca niat tu saya asyik fikir pasal adik saya yg hafal niat wudhu', sampai saya sendiri terbaca niat tu.

Dulu waktu exam terbaca doa makan.
Semalam terbaca niat wudhu'.
Lepasni...
Terlalu khusyuk kot saya ni -.-

2 comments:

Queen F said...

HAHA time exam baca doa makan? amacam rasa soalan tu manis ke masin? hekhekhek :D haha sempat baca niat yang betul ke idok ni? kehkehkeh :D

Izz Hazwani said...

Queen F, terbaca okay. Tak sengaja :P Manis dan pahit punya soalan lah. Kadang kadang masam sampai dahi berkerut.

Of course sempattt