Sunday, August 14, 2011

Nak dua kopi

Pagi Ahad yang mulanya sunyi, kemudian digamatkan dengan tangisan dua bayi yang tak serupa bayi dan akhirnya sekarang agak tenteram semula =)


Saya sedang menggunakan laptop abang, gara-gara berhasrat untuk update blog. "Ooo, kalau tak update blog, kau biar blog kau tersadai macam tu je eh!" 


Kemudian, ayah yang sibuk membuat kerja... ya, ayah saya seorang yang busy pada pagi Ahad ini. Since semalam lagi. Namun kesibukkan itu lah yang menjadi punca pendapatan beliau. Eh apesal ayat ni nak over? Baiklah, ayah sedang membuat paperwork. Dan akhirnya setelah siap, ia harus dicetak. Kalau nak translate dalam english, 'print' lah. Ayah pun menyuruh abang mencetakkannya.

Abang: Nak berapa copy?
Ayah: Nak dua copy

 Abang buat nada seolah-olah bercakap dengan saya... "Nak dua copy"


Saya yang tersedia maklum... menjawab dengan agak blur
"ok, dua kopi... eh, dua kopi? TAK PUASA EH?"
"Bukan kopi yang air tu, copy lah. SALINAN."
Biasalah, orang puasa. Copy tu pun kau boleh sangka kopi.

1 comment:

Ema Razali said...

haha. lambat lagi nak buka ni :D