Saturday, August 20, 2011

Menjadi guru matematik sementara

Untuk paper Math, saya kehilangan protactor, iaitu jangka sudut. Tahukah anda bagaimana bentuk jangka sudut tersebut? Ia berbentuk separa bulat dan mempunyai 180 darjah. Hebat tak? Kita ada enam darjah je. Tsk.


Tahun lepas rasanya ada lima biji protactor dalam bilik saya. Tapi tahun ni dah hilang semua. Mentang mentanglah protactor murahan! Akhirnya, disebabkan tiada protactor, saya memutuskan untuk meminjamnya dari Kiera Yusri.

Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, takut dia terlupa bawak protactor yang saya inginkan, saya membawa protactor ini ...




Inilah protactor yang darjahnya dua kali ganda daripada protactor 180.
Pagi-pagi, setibanya di sekolah, saya yang ibarat melukut di tepi gantang, mendekati group Bestarians. Kebetulan Nurul Farahana ada di situ. Saya pun membawa keluar protactor 360 saya untuk ditunjukkan kepadanya. Bukan niat nak berlagak, tapi nak buat petunjuk "Hana adeee?" Itu je, tak lebih dan tak kurang. Adakah ia menjadi lebih kurang? Heh.


"Memang wani nak jadi cikgu math pun pakai protactor ni kan?" Hana memerli. Ok-painn. Protactor sebesar muka saya itu akhirnya cuba saya masukkan ke dalam poket uniform sekolah. Namun sayangnya, tak muat! Ambik kau, bawak lagi besar besar.



Tiba tiba protactor tersebut jatuh, bergolek ke dalam longkang. Kebetulan pulak 'dia' muncul bersama kawan perempuannya. Eh apasal mamat yang aku suka (stalk) ni jenis melekat dengan perempuan? Saya tiba tiba jadi panas, terasa nak mengamuk.


Hana terus bertanya "Wani ni nak marah mana satu? Marah protactor jatuh longkang ke marah 'dia'? Confusee" Haa itulah. Saya pun taktahu saya marah apa sebenarnya.



Hari keempat trial, paper Geog sahaja yang menjadi fokus kami yang tak belajar Bahasa Arab. Pagi pagi tu dekat sekolah lah baru berkerut muka menghafal peta, sumber mineral blablablo dekat tepi dewan, tepi Hana.


Maklumlah, saya langsung tak bukak buku Geografi sepanjang minggu ni. Beberapa minit sebelum exam baru membelek buku. Sebab tu gelabah sikit. Tak tipu, sikit jee gelabahnya.


Pagi itu juga menyaksikan detik saya memukul Hana. Bukan bergaduh tapi ... kami ada sesuatu yang perlu dibereskan. Mintak maaf Kak Hana. Jangan risau, lepasni saya pukul pipi je. Ya jangan risau.


Dan lagi, saya tak nampak kelibat 'dia'. "Manalah dia ni. Tak datang ke?" desis ku sambil membelek buku Geografi dengan ganas dan rakus.


Again, Hana tanya ... "Wani nak marah sebab tak baca buku lagi ke nak marah dia tak datang sekolah?"

Saya keliru, taktahu nak marah mana satu.

No comments: