Sunday, August 14, 2011

Jangan lupa namaku




Sekurang-kurangnya saya tahu ada orang ambil berat pasal saya. Walaupun cuma soalan "Kenapa muka kau pucat?"


Harini saya dah enam belas tahun tau. Tau tak? Tak tahu, tak apa. Dah tahu, apa? Enambelastahun dalam tahun Hijrah je. Siapa kisah kau lahir berapa hari bulan dalam kalendar Hijrah? Kan?


Saya dah betul betul macam katak bawah tempurung, berikutan kesibukkan dan komitmen terhadap pelajaran. Even katak zaman sekarang pun dah tak tinggal bawah tempurung. Paling koman pun ada rumah setinggan dekat bekas 'polisterin' yang kita buang merata-rata.

Online macam setahun sekali, tengok berita apatah lagi. Tv tu memang tak bersentuh langsung lah. Kecuali hari Sabtu 6.3O petang. Nak tengok Upin & Ipin. Sanggup berlari naik tangga meninggalkan ibu di dapur, bercakap sorang sorang sambil menyediakan juada berbuka puasa. Sedar- sedar je... "eh aku cakap sorang rupanya. bertuah punya anak dara."

Haih, dah lama tak tengok Doraemon.

2 comments:

fndrocka said...

sejak zaman internet dah berkembang ni..tak hairan kalau ramai dah tak tgk tv atau jarag tgk tv,entah2 nanti kat rumah pun dah takde tv ye dak

Izz Hazwani said...

lama lama nanti internet ni jadi sumber tv diorang