Friday, August 26, 2011

Haiii, omey-nya dia

Memandangkan raya tinggal beberapa hari lagi, saya ber-shopping. The whole Kuantan saya jelajah. Taklah, tipu je. Boleh haus anak tekak ni. Maklumlah, I tidak mempunyai sikap kaki-tangan-shopping. Maka, tawaf satu floor pun dah boleh buat I rasa macam dah pusing satu mall.


Sebelum keluar rumah, saya ber hu ha hu ha dengan Kiera Yusri. Puasa tak puasa, bantai jugak cakap banyak banyak. Bil tinggi tidak ku endah, memandangkan yang membayarnya pun bukan saya. Kihkihkih tak berhati perut. Kenapa eh kalau orang yang macam kejam ni dipanggil tidak berhati perut? Tidak berhati sudahlah. Takde perut kang, macam mana nak hidup? Jap, kalau takde hati pun, susah jugak. Kenapa la orang bagi perumpaan macam ni...





Abaikan. Susah payah je nak fikir.



Di penghujung conversation kami...

Saya : K ah, aku nak keluar. Beli barang
Kiera Yusri : Kau nak keluar jangan pakai lawa lawa eh. Nanti ada orang ngorat.


Gitu sekali pesan kau eh. Amboi kemain dengki takmo aku pakai lelawa. Fine lah, aku tak pakai lawa. Aku pakai macam ni je -
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lawa(k) kan. Kau lah ni. Haha.



Saya sangkakan panas hingga ke petang, eh rupanya masih panas juga pada waktu petang. Cis peribahasa tak ada kaitan. Saya sangkakan tak ada lah yang nak suwit suwit kalau dah pakai lawa(k) macam ni kan. Tapi rupa-rupanya sewaktu di pintu masuk Kamdar...




"Haiii, omeynya dia. Hehehe"





Ku toleh ke kanan. Seorang pakcik di pintu masuk, tersengih ke arahku. Tumpang tanya, pakcik ni nak ngorat saya untuk anak pakcik ke? Ke pakcik kerja kat sini dan memang ditugaskan untuk memuji setiap customer berpakaian lawa(k) yang berjalan seorang? Mencik lah camni!


Tu lah kau Kiera. Suruh lagi aku jangan pakai lawa-lawa. Kan dah kena 'omeynya' dengan pakcik yang pakai baju dah macam korea. Topi merah baju kuning seluar biru kasut coklat. Memang berbaloi lah kalau korang datang sini nak kena puji secara free.


6 comments:

Shila Adnan said...

Hahaha PandaOwl ni terlampau lawa(k) kot hari tu! Harus lah diberi pujian.

Izz Hazwani said...

Sadis tau. Ada ke patut pakcik tu mcm nak perli spesies panda ni :(

Ema Razali said...

adoi pakcik gatal! haha

Izz Hazwani said...

gatai gatai. takdak orang nak garukan

Alya said...

omey tu nama kucing alya. er. tapi dia dah kena 'pindah' pegi pasar :P

Izz Hazwani said...

HAHA Dan dan je budak ni. Taknak kucing, bagi akak.