Tuesday, August 23, 2011

Google nak beli Motorola asalnya

Trial kami akhirnya berakhir dengan soalan Sains paper 2 yang susah. Lepas paper tersebut dikutip, saya bermonolog, "Kalau nak fail pun, fail lah. Padan muka kau, siapa suruh pemalazz takmo belajar" Disebabkan kekecewaan sebab tak boleh jawab soalan, saya pun send message kepada Si Anda. Okay kenapa Si Anda? Dah suka hati saya lah nak panggil dia apa pun dalam blog ni kan. Adeh menyibukkan diri betul lah.


"Patut ke seseorang tu meratapi sesuatu yang dia langsung tak usahakan?"

Macam over sangat je meratapi. Menangisi / menyedih-i sudahlah. Terima kasih sudi menjawab persoalan Anonymous seperti saya ni :">

-------------

Semalam ...

A : Google nak beli Motorola
Saya : Hah goal nak blah?
A : Google nak beli motorola la
Saya : Eh dengar macam Google nak beli gorila


Disebabkan saya macam tersalah sebut dan tersalah dengar perkataan, kami pun bertukar tukar perkataan dan menterbalikkan perkataan "GOOGLE NAK BELI MOTOROLA"



1. Google beli gozilla?
2. Motorola nak beli google?
3. Google chrome beli gozilla? (Saya tertambah perkataan chrome sebab teriNgat kan google chrome)
4. Google beli motor?
5. Bukan ke gorilla beli motor?
6. ...Motor beli gorilla?
7. Google beli motor naik gorilla?
8. Gozilla nak kahwin dengan gorilla? (Tiba tiba sesat kahwin)
9. Google beli Gorola?
10. Dah dah lah tu.

Ada yang nak menambah?

4 comments:

Ema Razali said...

hahaha :D goal marah google nak beli motor bola =.=

Izz Hazwani said...

Haha sesat sudah bola!

adyaa にう said...

"gozilla nak kahwin dgn gorilla..."
lawak gila XD

Izz Hazwani said...

Spesiese je diorang tu. Haha