Friday, August 26, 2011

Haiii, omey-nya dia

Memandangkan raya tinggal beberapa hari lagi, saya ber-shopping. The whole Kuantan saya jelajah. Taklah, tipu je. Boleh haus anak tekak ni. Maklumlah, I tidak mempunyai sikap kaki-tangan-shopping. Maka, tawaf satu floor pun dah boleh buat I rasa macam dah pusing satu mall.


Sebelum keluar rumah, saya ber hu ha hu ha dengan Kiera Yusri. Puasa tak puasa, bantai jugak cakap banyak banyak. Bil tinggi tidak ku endah, memandangkan yang membayarnya pun bukan saya. Kihkihkih tak berhati perut. Kenapa eh kalau orang yang macam kejam ni dipanggil tidak berhati perut? Tidak berhati sudahlah. Takde perut kang, macam mana nak hidup? Jap, kalau takde hati pun, susah jugak. Kenapa la orang bagi perumpaan macam ni...





Abaikan. Susah payah je nak fikir.



Di penghujung conversation kami...

Saya : K ah, aku nak keluar. Beli barang
Kiera Yusri : Kau nak keluar jangan pakai lawa lawa eh. Nanti ada orang ngorat.


Gitu sekali pesan kau eh. Amboi kemain dengki takmo aku pakai lelawa. Fine lah, aku tak pakai lawa. Aku pakai macam ni je -
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lawa(k) kan. Kau lah ni. Haha.



Saya sangkakan panas hingga ke petang, eh rupanya masih panas juga pada waktu petang. Cis peribahasa tak ada kaitan. Saya sangkakan tak ada lah yang nak suwit suwit kalau dah pakai lawa(k) macam ni kan. Tapi rupa-rupanya sewaktu di pintu masuk Kamdar...




"Haiii, omeynya dia. Hehehe"





Ku toleh ke kanan. Seorang pakcik di pintu masuk, tersengih ke arahku. Tumpang tanya, pakcik ni nak ngorat saya untuk anak pakcik ke? Ke pakcik kerja kat sini dan memang ditugaskan untuk memuji setiap customer berpakaian lawa(k) yang berjalan seorang? Mencik lah camni!


Tu lah kau Kiera. Suruh lagi aku jangan pakai lawa-lawa. Kan dah kena 'omeynya' dengan pakcik yang pakai baju dah macam korea. Topi merah baju kuning seluar biru kasut coklat. Memang berbaloi lah kalau korang datang sini nak kena puji secara free.


Thursday, August 25, 2011

Dik, ni kotak

Entah kenapa harini mood saya baik. Apabila saya menjadi kakak yang baik, saya mempunyai sikap prihatin dan menyanyangi kanak-kanak dengan sangat.. taktahu nak describe macam mana. Yang pasti, harini saya rasa saya rajin melayan kerenah dua bayi dalam rumah ni.


Situasi satu.

Untuk sesi berbuka harini, saya suap adik adik saya makan. Tengok adik makan pun dah kenyang. Patutlah kalau couple kan, "I tengok you pun dah kenyanggg" Semua sebab sayang. Hihi ok baiklah. Saya pun stop suap adik sekejap sebab saya pun nak makan jugak sebab sambal ikan bilis tu nampak sedap.

Abang pun mengambil peluang untuk suruh dia makan mantou. Dia taknak. Tutup mulut serapat mungkin. Abang offer jugak, tapi dia tetap tolak. Mantou tersebut hanya menanti untuk dimakan.

Saya pun tanya adik saya, "Nak makan nasi?" Dia angguk, terus bukak mulut. Belum sempat nasi tu saya suapkan, abang terus sumbat mantou dalam mulut adik. Haha kejam punya abang. Dia boleh gelak je. Adik saya? Dia marah. Yelah, bila kena paksa makan sesuatu yang kita taknak, mestilah marah.

Adik pun apa lagi, turun dari kerusi, membebel dan berlari masuk bilik. Tak padan dengan umur 4tahun budak ni. Dia merajuk... tapi tengah baca buku. Pandai eh! Kecik kecik dah tahu merajuk..




Situasi dua.
Lepas makan, saya teman adik baca buku. Mengenal objek objek yang ada dalam buku. Baik kan saya? Boleh jadi babysitter je buat masa ni, belum layak menjadi seorang ibu yang tinggal di Itali.

Saya : Ni pasu.
Adik : Patu?
Saya : Pasu.
Adik : Patu?
Saya : Pasu laa! *saya menjerit sikit*
Adik : Patuuu?

Saya : Pasu lah pasu pasu pasu P A S U*tangan di dada. sabar je lah*
Adik : Haaa? Patu? *dia pun letak tangan kat dada*

Saya hanya mampu tepuk dahi. It's okay. Budak kecik, memang la pelat.
Saya : Adik, yang ni kotak.
Adik : Botak?

Tuesday, August 23, 2011

Google nak beli Motorola asalnya

Trial kami akhirnya berakhir dengan soalan Sains paper 2 yang susah. Lepas paper tersebut dikutip, saya bermonolog, "Kalau nak fail pun, fail lah. Padan muka kau, siapa suruh pemalazz takmo belajar" Disebabkan kekecewaan sebab tak boleh jawab soalan, saya pun send message kepada Si Anda. Okay kenapa Si Anda? Dah suka hati saya lah nak panggil dia apa pun dalam blog ni kan. Adeh menyibukkan diri betul lah.


"Patut ke seseorang tu meratapi sesuatu yang dia langsung tak usahakan?"

Macam over sangat je meratapi. Menangisi / menyedih-i sudahlah. Terima kasih sudi menjawab persoalan Anonymous seperti saya ni :">

-------------

Semalam ...

A : Google nak beli Motorola
Saya : Hah goal nak blah?
A : Google nak beli motorola la
Saya : Eh dengar macam Google nak beli gorila


Disebabkan saya macam tersalah sebut dan tersalah dengar perkataan, kami pun bertukar tukar perkataan dan menterbalikkan perkataan "GOOGLE NAK BELI MOTOROLA"



1. Google beli gozilla?
2. Motorola nak beli google?
3. Google chrome beli gozilla? (Saya tertambah perkataan chrome sebab teriNgat kan google chrome)
4. Google beli motor?
5. Bukan ke gorilla beli motor?
6. ...Motor beli gorilla?
7. Google beli motor naik gorilla?
8. Gozilla nak kahwin dengan gorilla? (Tiba tiba sesat kahwin)
9. Google beli Gorola?
10. Dah dah lah tu.

Ada yang nak menambah?

Saturday, August 20, 2011

Sepuluh soalan

Assalammualaikum. Seperti yang diuar-uarkan di post sebelum ni, saya LANGSUNG tak bukak buku Geografi. Bukak pun betul betul last minute.


Petangnya, saya berborak dengan ibu kesayangan.

Saya : Ibu, tak sia-sia orang tak belajar geo tadi.
Ibu : Hm kenapa? *muka biasa je*
Saya : Sebab soalan dia senang.
Ibu : Nasib baik soalan senang. Bagus lah.
Saya : Sepuluh soalan je tak dapat jawab. Senang kann?
Ibu : HAH? SEPULUH SOALAN TAK JAWAB, TU PUN KIRA SENANG? *suara jadi meninggi*


Ye, senanglah. Ini kali kedua dalam hidup saya menyatakan bahawa exam geografi sangat mudah. Kali pertama masa form one, waktu Cikgu Bulan yang jadi guru geografi kami.


Harituu.. 'dia' teman saya balik. Dalam hujan. Sampai je dekat rumah, ibu tengok 'dia'. Borak sikit, dan akhirnya 'dia' pun mengangkat kaki untuk blah. Ibu pun bertanya "Bila dia nak masuk meminang?" Saya tersipu malu menjawab "Kawan je tu"






Hampas. Mimpi rupanya.

Menjadi guru matematik sementara

Untuk paper Math, saya kehilangan protactor, iaitu jangka sudut. Tahukah anda bagaimana bentuk jangka sudut tersebut? Ia berbentuk separa bulat dan mempunyai 180 darjah. Hebat tak? Kita ada enam darjah je. Tsk.


Tahun lepas rasanya ada lima biji protactor dalam bilik saya. Tapi tahun ni dah hilang semua. Mentang mentanglah protactor murahan! Akhirnya, disebabkan tiada protactor, saya memutuskan untuk meminjamnya dari Kiera Yusri.

Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, takut dia terlupa bawak protactor yang saya inginkan, saya membawa protactor ini ...




Inilah protactor yang darjahnya dua kali ganda daripada protactor 180.
Pagi-pagi, setibanya di sekolah, saya yang ibarat melukut di tepi gantang, mendekati group Bestarians. Kebetulan Nurul Farahana ada di situ. Saya pun membawa keluar protactor 360 saya untuk ditunjukkan kepadanya. Bukan niat nak berlagak, tapi nak buat petunjuk "Hana adeee?" Itu je, tak lebih dan tak kurang. Adakah ia menjadi lebih kurang? Heh.


"Memang wani nak jadi cikgu math pun pakai protactor ni kan?" Hana memerli. Ok-painn. Protactor sebesar muka saya itu akhirnya cuba saya masukkan ke dalam poket uniform sekolah. Namun sayangnya, tak muat! Ambik kau, bawak lagi besar besar.



Tiba tiba protactor tersebut jatuh, bergolek ke dalam longkang. Kebetulan pulak 'dia' muncul bersama kawan perempuannya. Eh apasal mamat yang aku suka (stalk) ni jenis melekat dengan perempuan? Saya tiba tiba jadi panas, terasa nak mengamuk.


Hana terus bertanya "Wani ni nak marah mana satu? Marah protactor jatuh longkang ke marah 'dia'? Confusee" Haa itulah. Saya pun taktahu saya marah apa sebenarnya.



Hari keempat trial, paper Geog sahaja yang menjadi fokus kami yang tak belajar Bahasa Arab. Pagi pagi tu dekat sekolah lah baru berkerut muka menghafal peta, sumber mineral blablablo dekat tepi dewan, tepi Hana.


Maklumlah, saya langsung tak bukak buku Geografi sepanjang minggu ni. Beberapa minit sebelum exam baru membelek buku. Sebab tu gelabah sikit. Tak tipu, sikit jee gelabahnya.


Pagi itu juga menyaksikan detik saya memukul Hana. Bukan bergaduh tapi ... kami ada sesuatu yang perlu dibereskan. Mintak maaf Kak Hana. Jangan risau, lepasni saya pukul pipi je. Ya jangan risau.


Dan lagi, saya tak nampak kelibat 'dia'. "Manalah dia ni. Tak datang ke?" desis ku sambil membelek buku Geografi dengan ganas dan rakus.


Again, Hana tanya ... "Wani nak marah sebab tak baca buku lagi ke nak marah dia tak datang sekolah?"

Saya keliru, taktahu nak marah mana satu.

Sunday, August 14, 2011

Nak dua kopi

Pagi Ahad yang mulanya sunyi, kemudian digamatkan dengan tangisan dua bayi yang tak serupa bayi dan akhirnya sekarang agak tenteram semula =)


Saya sedang menggunakan laptop abang, gara-gara berhasrat untuk update blog. "Ooo, kalau tak update blog, kau biar blog kau tersadai macam tu je eh!" 


Kemudian, ayah yang sibuk membuat kerja... ya, ayah saya seorang yang busy pada pagi Ahad ini. Since semalam lagi. Namun kesibukkan itu lah yang menjadi punca pendapatan beliau. Eh apesal ayat ni nak over? Baiklah, ayah sedang membuat paperwork. Dan akhirnya setelah siap, ia harus dicetak. Kalau nak translate dalam english, 'print' lah. Ayah pun menyuruh abang mencetakkannya.

Abang: Nak berapa copy?
Ayah: Nak dua copy

 Abang buat nada seolah-olah bercakap dengan saya... "Nak dua copy"


Saya yang tersedia maklum... menjawab dengan agak blur
"ok, dua kopi... eh, dua kopi? TAK PUASA EH?"
"Bukan kopi yang air tu, copy lah. SALINAN."
Biasalah, orang puasa. Copy tu pun kau boleh sangka kopi.

Jangan lupa namaku




Sekurang-kurangnya saya tahu ada orang ambil berat pasal saya. Walaupun cuma soalan "Kenapa muka kau pucat?"


Harini saya dah enam belas tahun tau. Tau tak? Tak tahu, tak apa. Dah tahu, apa? Enambelastahun dalam tahun Hijrah je. Siapa kisah kau lahir berapa hari bulan dalam kalendar Hijrah? Kan?


Saya dah betul betul macam katak bawah tempurung, berikutan kesibukkan dan komitmen terhadap pelajaran. Even katak zaman sekarang pun dah tak tinggal bawah tempurung. Paling koman pun ada rumah setinggan dekat bekas 'polisterin' yang kita buang merata-rata.

Online macam setahun sekali, tengok berita apatah lagi. Tv tu memang tak bersentuh langsung lah. Kecuali hari Sabtu 6.3O petang. Nak tengok Upin & Ipin. Sanggup berlari naik tangga meninggalkan ibu di dapur, bercakap sorang sorang sambil menyediakan juada berbuka puasa. Sedar- sedar je... "eh aku cakap sorang rupanya. bertuah punya anak dara."

Haih, dah lama tak tengok Doraemon.

Sunday, August 07, 2011

Doa yang dimustajabkan Allah

Saya hantar message yang ditujukan kepada seseorang, tak lain tak bukan pasal Ramadhan ni lahh, ye tak? And mintak seseorang itu mendoakan kejayaan saya untuk peperiksaan percubaan. Walaupun seseorang itu dah dengar cerita saya, side buruk saya, tapi seseorang tu tetap jugak nasihatkan saya yang baik baik. Seseorang itu pun reply message saya...


...waktu nak berbuka puasa, doa banyak banyak. Waktu tu, doa sangat termakbul.
Lebih kurang macam tu lah. Betul ke?

Hadis Riwayat Al-Baihaqi,

"Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir "


Terima kasih cikgu.

Monday, August 01, 2011

Tersalah niat

Semalam, saya sangat tak sabar menyambut Ramadhan. Daripada petang lagi asyik tanya mak "Bila nak baca niat ni?" Soalan macam budak budak. Cis.


Malamnya, saya bertanya kepada adik yang baru darjah tiga tapi bersemangat berpuasa mengalahkan kakaknya yang baru tingkatan tiga, "Tahu tak niat puasa?"


"Hafal niat wudhuk je. Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" , jawabnya ringkas. Saya hanya menggeleng. Dia disuruh bukak Youtube, search niat puasa yang kumpulan RAIHAN nyanyi tu.



Tiba-tiba, saya teringat nak baca niat puasa. Tu lah, petang tadi semangat berkobar kobar sperti bendera berkibar kan. Lepastu lupa pulak. Cehh! Saya pun baca lah...


Nawaitu...Udu'a Lillahi Ta'ala.

Saya pun diam. Berfikir. 'Macam dah selalu baca je niat ni'
Lepastu saya baca ah balik niat tu.


Patutlah pun. Masa nak baca niat tu saya asyik fikir pasal adik saya yg hafal niat wudhu', sampai saya sendiri terbaca niat tu.

Dulu waktu exam terbaca doa makan.
Semalam terbaca niat wudhu'.
Lepasni...
Terlalu khusyuk kot saya ni -.-