Sunday, July 17, 2011

Saya takkan bawak boyfriend saya

Message received from Kak Izzah. Bercakap pasal Alif Satar junior, yang muka nya iras iras the real Alif Satar. Last last, Alif Satar yang ori lagi real betul betul ada dekat Kuantan Parade (KP). Masa tu memang tak percaya langsung dengan Kak Izzah. Nak lagi sahih, maka teknologi canggih maju masa kini telah saya gunakan untuk membuktikan sejauh mana kebenaran bait bait ayat kakak ku itu.

Dia betul betul dekat... Kuantan?


Nak pergi sana, siapa nak hantar? Serta merta nombor abang kesayangan didail pantas. Ahh menipu. Tak dail pun, bukak phonebook je sebenarnya. Setelah berborak, akhirnya saya mengeluh kehampaan kerana abang kesayangan masih jauh lagi perjalanannya untuk pulang ke rumah dari kemaman. Sadis tak? Hancur hatiku...


Saya hanya mampu tweet sahaja. Dan mengadu kepada Rasyidah Osman. Oh, baru saya sedar, ada someone yang dah lama tak muncul dalam inbox saya. Saya rindu dia. Eh kau, aku rindu messages kau dua-tiga keping setiap dua jam. Bila lagi kau nak jadikan aku Twitter kau ni? R I N D U.


Hah apa dia tadi? Bercakap pasal alif satar kan?
Sempat tu memanglah sempat. Tapi masalahnya siapa nak menghantar?
Lainlah Abang Alif tolong ambikkan hoho.
Saya suruh abang kesayangan hantarkan, tapi dia meng ignore saya begitu saja, seperti gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja.


Kenapa takkan bawak?

  1. Nanti saya berubah hati pada Abang Alif :")
  2. Kewujudan boyfriend hanya dipandang sekilas manakala Abang Alif dipandang berbelas kali!
  3. Saya akan cakap "Abang Alif comeyyy sangat. Eee geramnya tengok. Rasa nak lempang awak lah boyfriend!" Panggg, sedas lempang hinggap di pipi kirinya.
  4. Nanti boyfriend merajuk, takmo jadi driver saya ke hulu ke hilir dah. Siapa susah? Saya lah kan?
Masalahnya tak ada pun. Ada orang suruh saya pergi KP dengan pakwe. Tapi saya ini tiada ber-boyfriend seperti sebilangan rakan rakan yang lain.

Saya akhirnya dihujani air mata dan ditemani kekecewaan. Kekecewaan akhirnya memujuk saya mencari gambar ABANG Alif dekat KP tadi. Godek punya godek album HOTFM Hangatnya Tour, ahhhh at last jumpa jugak.




Dunia sekarang banyak artis sampah. Sampah masyarakat. Masyrakat memalukan. Memalukan bangsa dan negara. Negara jadi mundur. Mundur lah industri sampah demi tanah air. Air tangan ibu tetap terbaik! Ohkay takdak kaitan dah ni. Saja sambung sambung ayat.

4 comments:

Nur Izzah said...

hahha. soryy laa akak memang bernasib baik :) hee.
tak tahu pulak kan ade hotfm ape kejadah tuh. mula2 nmpk usop wilcha tuh je. lepas tuh masuk2, dan dan aliff satar muncul pulak.

Izz Hazwani said...

Kak:
Dengki sikit ni hah. Yelah, wani kan jarang keluar. Kuantan ada usop wilcha, tempat lain adaaa? Hahah

*Kalau wani kat situ, dh boleh kena CPR kot.

♥NAJWA♥ said...

Bestnya .
For sure , bestnya alif satar bls tweet wani :D

Izz Hazwani said...

Tapi tak dapat jumpa~