Sunday, July 10, 2011

Ragam budak kecik

Harini adik adik saya buat comel lagi, buat orang gelak lagi, buat orang geram lagi.


Dalam situasi pertama, terdapat tiga watak. Watak-wataknya ialah:
  • Abang Bongsu
  • Adik Sulung
  • Adik Kedua

Sewaktu kejadian, Abang Bongsu sedang memarahi Adik Sulung kerana punca yang kurang pasti. Saya bukan penyiasat untuk soal siasat selok belok kes tersebut. Sewaktu Abang Bongsu gigih marah marah dekat Adik Sulung, tiba tiba...


Adik Kedua : Abang! Jom pakai pampers!
(katanya sambil memeluk empat keping lampin Diapers size yang tidak diketahui)

Suka hati dia je menyampuk. Orang dah lah tengah dalam mood marah kan -_-.
Adik Kedua sebenarnya baru lepas mandi, belum pakai pampers lagi. Puan Rumah pulak suruh Adik Sulung pakaikan pampers untuk Adik Kedua.



(Sebelum ni saya tak pernah dengar pun pasal Instanet. Tapi sekarang, saya dah tahu pasal Instanet dari sini.
Dengan serendah  lima inggit je, boleh online secara segera. //Instanet is the simplest mobile broadband)
----------------------------
Adik adik bermain gabus putih. Diorang sepah sepahkan bilik Abang Sulung. Salah diorang, tapi sebab diorang kecik, tak kira salah la kan? Ketika kejadian terjadi, kami bertiga (Adik Kedua, Adik Bongsu and Kakak) tengah makan nasi berlaukkan sup ayam yang mak kitorang masak. Haa mak saya masak gulai udang jugak. Lepas makan udang, hasilnya... muka saya gatal gatal dan badan pun gatal gatal. *Apesal kau tak combine je ayat tu? Cehhh


Ibu:
Haaa tu apa sepah sepah dlm bilik abang tu?
Nanti abang marah sape nanti niii?

Adik adik:
Kakak!
*buat muka tak bersalah sambil makan makanan terhidang di atas meja*

Kakak:
Amboih budak budak ni.
Tak kenang jasa dan pengorbanan orang tua sungguh lah!