Saturday, July 09, 2011

Orang pandai pun jadi tak pandai

Adalah satu masa tu, saya tengah tekun membelek sekotak rokok. Diorang dah hebat sekarang heh. Nak promote produk, buat lah macam macam bentuk kotak yg menarik. Bila dibelek kotak tu, lawa jugak. Tapi sayang, terpampang jenama rokok besar besar kat situ.

Di tempat kejadian, ada saya, Kawan and Si Perokok. Dulu sape tah cakap, orang yang berjaya ni majoriti nya merokok. Tak tau lah betul ke tak kan. Si Perokok yang ada dengan saya ni, boleh dikatakan agak berjaya, pandai, rajin and blablabla.


Sebelum ni, Si Perokok suka sakitkan hati saya. Tapi akhirnya, kali itu, di meja makan, waktu kitorang lepak, saya dapat bahan nak kenakan dia. Heheheh.


Saya : Orang yang pandai ni, kalau merokok, tak layak digelar pandai.

Si Perokok : *diam. terus makan dengan muka agak kemerahan*

Saya : Haihhh, ingatkan dah pandai sangat lah kan. Tapi rupanya bodoh jugak. Diorang tak belajar ke? Taktahu isi rokok tu apa?

Kawan : Tu lah. Membazir duit je beli rokok. Kita nak bangga bangga dengan rokok. As if rokok ni budaya kita pulak. *sedang makan. tak tahu langsung ketegangan situasi masa tu*

Saya : Itulah. Kita yang tak merokok ni pun secara tak langsung jadi smoker jugak sebab sedut asap tu. Kalau tak kena kat kita, takpe lah jugak. Bodoh. It may affect our whole life tahu tak. I never wish to have anak pramatang, keguguran janin, emphysema, pneumonia and penyakit lain disebabkan rokok. *jeling Si Perokok*

Si Perokok : *dengan tergagap nya menukar topik* Eh kalau kita nak buat blablabla....

'WHAT POWER you need to save the world? Super-hero pun makan ice cream jugak kan?