Saturday, July 16, 2011

Busybody tu apa kak?

Pada satu pagi sabtu yang indah, saya berdua-duaan dengan seorang kanak kanak perempuan yang baru dikenali lebih kurang tiga empat bulan, macam tu lah. Ke hulu hilir, saya dengan dia. Saya ini ibarat kan formspring dia dah kot. Itu ini dia asyik nak tanya. Saya layannnnn. Geram pun ada jugak sebab dia suka gedik tiba tiba. Kau ni, nasib baik aku takdak buayaperang, kalau tak dengan buayaperang tu pun kau nak gedik jugak. Hesh


Jalan sana jalan sini, padahal kerja saya banyak sebenarnya. Tiba tiba dia menghalakan jari telunjuk ke arah sekumpulan manusia yang sedang ber... entahlah. Berkumpul? 

Dia :
Akak, tu apa tu?
(rasanya ni dah lebih 10 soalan dia tuju kat saya. tuju lagu taknak ke dik?)
Saya :
Ehh, entahlah.
Dia :
Okay. Hmm eh kak, yang tu apa?
Saya :
Ish awak ni, dahlah, jangan banyak tanya. Busybody sungguh.
Dia :
Busybody tu apa kak?
Saya :
Penyibuk lahh!

Birthday adik bongsu tak lama lagi. Jangan pulak hadiah kan dia kitkat, mentang mentang lah dia suka makan kitkat kannn -_-


Dia terus membisu dan memekak seribu bahasa, langsung tidak bersuara. Kentut apatah lagi kan. Siapa suruh awak tanya maksud busybody tu apa...