Wednesday, July 06, 2011

Because imma negative person

Assalammualaikum, salam sejahtera dan... mintak maaf lah. Perut saya dah set alarm pukul lima pagi mesti nak kelaparan mintak makanan.


Jadi, menulisnya saya di sini, bukanlah untuk menulis ketidakpuasan hati. Cuma menulis fakta yang buat saya sakit hati sahaja. Ibarat kau berkawan siap muahmuahmuah dengan orang tu padahal dekat belakang, kau lap lap pipi, ludah ludah sana sini. Itu hipokrit namanya. Jangan jadi macam tu. Saya menyampah. Kau rasa taknak muahmuahmuah dengan dia, takyah buat. Muehmuehmueh sudahlah kan?


(Kira-kira je gelas Teh Tarik, menang sibu inggit setiap minggu)




Ibarat kau tu hot sale, aku ni takde multi-function macam kau.
Yelah, awak kenal lah semua orang. Sebut je nama awak, everyone pun macam "Oh yang tu ke?" Saya ni? Kalau tanya "Kenal Izz Hazwani?" Sah muktamad orang berkerut dahi sejuta sambil menjawab "Anak sapa tu? Dak kenai aihh" Sebab awak tu feymes ah ramai orang macam suka awak. Saya ni? Dah takde orang kenal, mmg lah takde orang suka. Lepastu awak nak mention satu satu nama guy yang usha awak. Yelah yelah, saya ni apa lah kan. Mana ada feminats yang boleh buat 3 pasukan bola sepak macam awak.



Ibarat kau jelah boleh menggoda, aku ini ibarat pengkid tak reti berlembut walhal aku bukan pengkid pun.
Haah kan awak je boleh buat suara gedik mengada ngada. Saya, kasar je. Dahlah kasar, tak lunak pulak tu. Tapi tolonglah, awak nak buat suara gedik mintak something dekat almost semua lelaki, jangan buat depan saya. Menyampah. Awak tak tengok saya buat gaya menggoda dekat lelaki, awak tak dengar suara gedik saya lagi kan? Kalau saya buat... oh dosa tu. Satu je, awak ni tak pernah menggedik dengan lelaki ke?


Ibarat kau period hari hari, aku hanyalah sebuah patung.
Awak marah marah ikut suka hati awak. Awak nak merajuk dengan orang. Lepastu nak emo macam hari hari period. Tolonglah. Awak period, awak emo. Saya period pun awak nak emo jugak? Ni takboleh jadi ni. Bila saya buat silap, awak marah saya, depan orang. Awak tarik saya ke sana sini, awak nak jugak saya ikut awak. Bila awak badmood, awak ignore saya. Saya badmood takde orang pk pulak?


Lupa, saya ni mana ada perasaan. Orang caci maki pun saya senyum kan aje.


Ibarat melukut di tepian gantang.
Eh eh, tersesat pulak peribahasa ni. Biasalah, saya suka peribahasa ni kan. Faham kan sendiri lah maksud peribahasa ni.


Saya negatif. Kot. Kadang kadang berfikiran negatif ni baik untuk kesihatan dan keselamatan bangsa, agama dan negara. Majulah pemikiran untuk negara! Satu, negatif! Satu, positif!