Friday, July 29, 2011

LEBIH KURANG LAH TU

Assalammualaikum. HAI manusia yang membaca. Harini kita akan toreh toreh topik yang ingin saya bincangkan iaitu tentang penggunaan perkataan LEBIH KURANG.

Sejak azali si jiran ubi si sepuput sepapat lepat lagi saya tertanya tanya pasal perkataan ni. Dan isu ini menjadi lebih tanda tanya apabila Izzah Ismuel pun turut berasa pelik dengan penggunaan 'LEBIH KURANG'. Nampaknya bukan saya sorang yang sibuk tertanya-tanya pasal benda remeh macam ni.

Kalau kita berdialog dengan kawan, mesti nak jugak guna perkataan "lebih kurang". Contohnya,



Dah ada perkataan LEBIH, macam mana pulak boleh ada KURANG? Kalau lebih, lebihlah kan. Buat apa nak kurang nya?

Takkanlah muka dia lebih dan dalam masa yang sama, muka dia kurang macam muka 'kau' tahan kentut itu hari.
Saya : Perasan tak, kita suka guna ayat berbelit.
Kawan : Contoh?
Saya : Contoh nya lebih kurang macam... lebih kurang lah.
Dah dua kali perkataan tu masuk dalam ayat yang saya nyatakan tadi. Cis. Memanglah setiap benda tu ada pasangannya. Tapi takkan lah nak combine LEBIH dan KURANG jugak kot.
Trial sudah ku ibaratkan seperti full-rehearsal. Untuk tengok kita dah bersedia atau belum.

Sunday, July 17, 2011

Saya takkan bawak boyfriend saya

Message received from Kak Izzah. Bercakap pasal Alif Satar junior, yang muka nya iras iras the real Alif Satar. Last last, Alif Satar yang ori lagi real betul betul ada dekat Kuantan Parade (KP). Masa tu memang tak percaya langsung dengan Kak Izzah. Nak lagi sahih, maka teknologi canggih maju masa kini telah saya gunakan untuk membuktikan sejauh mana kebenaran bait bait ayat kakak ku itu.

Dia betul betul dekat... Kuantan?


Nak pergi sana, siapa nak hantar? Serta merta nombor abang kesayangan didail pantas. Ahh menipu. Tak dail pun, bukak phonebook je sebenarnya. Setelah berborak, akhirnya saya mengeluh kehampaan kerana abang kesayangan masih jauh lagi perjalanannya untuk pulang ke rumah dari kemaman. Sadis tak? Hancur hatiku...


Saya hanya mampu tweet sahaja. Dan mengadu kepada Rasyidah Osman. Oh, baru saya sedar, ada someone yang dah lama tak muncul dalam inbox saya. Saya rindu dia. Eh kau, aku rindu messages kau dua-tiga keping setiap dua jam. Bila lagi kau nak jadikan aku Twitter kau ni? R I N D U.


Hah apa dia tadi? Bercakap pasal alif satar kan?
Sempat tu memanglah sempat. Tapi masalahnya siapa nak menghantar?
Lainlah Abang Alif tolong ambikkan hoho.
Saya suruh abang kesayangan hantarkan, tapi dia meng ignore saya begitu saja, seperti gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja.


Kenapa takkan bawak?

  1. Nanti saya berubah hati pada Abang Alif :")
  2. Kewujudan boyfriend hanya dipandang sekilas manakala Abang Alif dipandang berbelas kali!
  3. Saya akan cakap "Abang Alif comeyyy sangat. Eee geramnya tengok. Rasa nak lempang awak lah boyfriend!" Panggg, sedas lempang hinggap di pipi kirinya.
  4. Nanti boyfriend merajuk, takmo jadi driver saya ke hulu ke hilir dah. Siapa susah? Saya lah kan?
Masalahnya tak ada pun. Ada orang suruh saya pergi KP dengan pakwe. Tapi saya ini tiada ber-boyfriend seperti sebilangan rakan rakan yang lain.

Saya akhirnya dihujani air mata dan ditemani kekecewaan. Kekecewaan akhirnya memujuk saya mencari gambar ABANG Alif dekat KP tadi. Godek punya godek album HOTFM Hangatnya Tour, ahhhh at last jumpa jugak.




Dunia sekarang banyak artis sampah. Sampah masyarakat. Masyrakat memalukan. Memalukan bangsa dan negara. Negara jadi mundur. Mundur lah industri sampah demi tanah air. Air tangan ibu tetap terbaik! Ohkay takdak kaitan dah ni. Saja sambung sambung ayat.

Albus Severus Potter




Albus Severus Potter (Arthur Bowen).
Bila saya tengok dia, saya rasa macam saya tengah tengok Justin Bieber.
Saya tak minat Justin Bieber (sangat).

Saturday, July 16, 2011

Busybody tu apa kak?

Pada satu pagi sabtu yang indah, saya berdua-duaan dengan seorang kanak kanak perempuan yang baru dikenali lebih kurang tiga empat bulan, macam tu lah. Ke hulu hilir, saya dengan dia. Saya ini ibarat kan formspring dia dah kot. Itu ini dia asyik nak tanya. Saya layannnnn. Geram pun ada jugak sebab dia suka gedik tiba tiba. Kau ni, nasib baik aku takdak buayaperang, kalau tak dengan buayaperang tu pun kau nak gedik jugak. Hesh


Jalan sana jalan sini, padahal kerja saya banyak sebenarnya. Tiba tiba dia menghalakan jari telunjuk ke arah sekumpulan manusia yang sedang ber... entahlah. Berkumpul? 

Dia :
Akak, tu apa tu?
(rasanya ni dah lebih 10 soalan dia tuju kat saya. tuju lagu taknak ke dik?)
Saya :
Ehh, entahlah.
Dia :
Okay. Hmm eh kak, yang tu apa?
Saya :
Ish awak ni, dahlah, jangan banyak tanya. Busybody sungguh.
Dia :
Busybody tu apa kak?
Saya :
Penyibuk lahh!

Birthday adik bongsu tak lama lagi. Jangan pulak hadiah kan dia kitkat, mentang mentang lah dia suka makan kitkat kannn -_-


Dia terus membisu dan memekak seribu bahasa, langsung tidak bersuara. Kentut apatah lagi kan. Siapa suruh awak tanya maksud busybody tu apa...

Sunday, July 10, 2011

Ragam budak kecik

Harini adik adik saya buat comel lagi, buat orang gelak lagi, buat orang geram lagi.


Dalam situasi pertama, terdapat tiga watak. Watak-wataknya ialah:
  • Abang Bongsu
  • Adik Sulung
  • Adik Kedua

Sewaktu kejadian, Abang Bongsu sedang memarahi Adik Sulung kerana punca yang kurang pasti. Saya bukan penyiasat untuk soal siasat selok belok kes tersebut. Sewaktu Abang Bongsu gigih marah marah dekat Adik Sulung, tiba tiba...


Adik Kedua : Abang! Jom pakai pampers!
(katanya sambil memeluk empat keping lampin Diapers size yang tidak diketahui)

Suka hati dia je menyampuk. Orang dah lah tengah dalam mood marah kan -_-.
Adik Kedua sebenarnya baru lepas mandi, belum pakai pampers lagi. Puan Rumah pulak suruh Adik Sulung pakaikan pampers untuk Adik Kedua.



(Sebelum ni saya tak pernah dengar pun pasal Instanet. Tapi sekarang, saya dah tahu pasal Instanet dari sini.
Dengan serendah  lima inggit je, boleh online secara segera. //Instanet is the simplest mobile broadband)
----------------------------
Adik adik bermain gabus putih. Diorang sepah sepahkan bilik Abang Sulung. Salah diorang, tapi sebab diorang kecik, tak kira salah la kan? Ketika kejadian terjadi, kami bertiga (Adik Kedua, Adik Bongsu and Kakak) tengah makan nasi berlaukkan sup ayam yang mak kitorang masak. Haa mak saya masak gulai udang jugak. Lepas makan udang, hasilnya... muka saya gatal gatal dan badan pun gatal gatal. *Apesal kau tak combine je ayat tu? Cehhh


Ibu:
Haaa tu apa sepah sepah dlm bilik abang tu?
Nanti abang marah sape nanti niii?

Adik adik:
Kakak!
*buat muka tak bersalah sambil makan makanan terhidang di atas meja*

Kakak:
Amboih budak budak ni.
Tak kenang jasa dan pengorbanan orang tua sungguh lah!

Saturday, July 09, 2011

Dah mam belum?

Setiap kali orang tanya saya...
Dia:
Hai, dah mam?

Saya:
Belum

Dia:
Kenapa belum lagi?

Saya:
Dah tu, kalau saya dah mam, saya tak text awak tahu tak?

Dia:
Nape pulak?

Saya:
Boleh pulak awak tanya saya dah mampos ke belum eh?
Kurang ajar punya soalan.

Dia:
Saya bukan tanya awak dh mampos ke belum, saya tanya awak dah makan ke belum.
Kalau awak dh mampos and still reply msg ni, saya pun ikut mam jugak lah kot.

Saya:
Oh eh? Lain kali cakap lah awal awal.

Orang pandai pun jadi tak pandai

Adalah satu masa tu, saya tengah tekun membelek sekotak rokok. Diorang dah hebat sekarang heh. Nak promote produk, buat lah macam macam bentuk kotak yg menarik. Bila dibelek kotak tu, lawa jugak. Tapi sayang, terpampang jenama rokok besar besar kat situ.

Di tempat kejadian, ada saya, Kawan and Si Perokok. Dulu sape tah cakap, orang yang berjaya ni majoriti nya merokok. Tak tau lah betul ke tak kan. Si Perokok yang ada dengan saya ni, boleh dikatakan agak berjaya, pandai, rajin and blablabla.


Sebelum ni, Si Perokok suka sakitkan hati saya. Tapi akhirnya, kali itu, di meja makan, waktu kitorang lepak, saya dapat bahan nak kenakan dia. Heheheh.


Saya : Orang yang pandai ni, kalau merokok, tak layak digelar pandai.

Si Perokok : *diam. terus makan dengan muka agak kemerahan*

Saya : Haihhh, ingatkan dah pandai sangat lah kan. Tapi rupanya bodoh jugak. Diorang tak belajar ke? Taktahu isi rokok tu apa?

Kawan : Tu lah. Membazir duit je beli rokok. Kita nak bangga bangga dengan rokok. As if rokok ni budaya kita pulak. *sedang makan. tak tahu langsung ketegangan situasi masa tu*

Saya : Itulah. Kita yang tak merokok ni pun secara tak langsung jadi smoker jugak sebab sedut asap tu. Kalau tak kena kat kita, takpe lah jugak. Bodoh. It may affect our whole life tahu tak. I never wish to have anak pramatang, keguguran janin, emphysema, pneumonia and penyakit lain disebabkan rokok. *jeling Si Perokok*

Si Perokok : *dengan tergagap nya menukar topik* Eh kalau kita nak buat blablabla....

'WHAT POWER you need to save the world? Super-hero pun makan ice cream jugak kan?

Friday, July 08, 2011

Kalau saya snow white

Kalau saya snow white, sebelum saya makan epal tu, saya akan baca Bismillah. Because I'm a Muslim .


Kalau saya jatuh pengsan, saya taknak ada putera kacak datang and and and... okay tahu lah fairy tale macam mana. I wish to wake up as soon as the world jadi macam dulu. Biarlah agak kuno dan tak banyak techno macam sekarang. Sekurang-kurangnya tak ada pencemaran kan? Tapi benda dah jadi, kita tak boleh nak tarik semula bawak ke future, betul tak?



Bila saya dah bangun, saya harap saya dapat baring atas rumput. Memandang langit biru yang terbentang luas. Tanpa bucu. Dengan sekumpulan burung yang bebas berterbangan. *takkan bergolek-golek sakan pulak kan. Burung apa? Burung muraiii. Burung apa? Burung muraii. Burung apa? Burung muraiii. Burung apa? KAU NI DAH TUA KE SETIAP SAAT NAK TANYA BURUNG APA BURUNG APA? 

Sometimes you have to hurt someone's feelings just to let them understand how it felt when they hurt yours.


(Khusus untuk manusia yang mencari pekerjaan. Job hunting weekend, who's in? @Graduan Aspire 2011)

Wednesday, July 06, 2011

Muka aku muka kau


Hari hari makan oreo, muka pun dah macam oreo. Oh ya?






Kalau macam tu, 
Hari hari tengok muka kau, muka aku pun dah macam muka kau.

Because imma negative person

Assalammualaikum, salam sejahtera dan... mintak maaf lah. Perut saya dah set alarm pukul lima pagi mesti nak kelaparan mintak makanan.


Jadi, menulisnya saya di sini, bukanlah untuk menulis ketidakpuasan hati. Cuma menulis fakta yang buat saya sakit hati sahaja. Ibarat kau berkawan siap muahmuahmuah dengan orang tu padahal dekat belakang, kau lap lap pipi, ludah ludah sana sini. Itu hipokrit namanya. Jangan jadi macam tu. Saya menyampah. Kau rasa taknak muahmuahmuah dengan dia, takyah buat. Muehmuehmueh sudahlah kan?


(Kira-kira je gelas Teh Tarik, menang sibu inggit setiap minggu)




Ibarat kau tu hot sale, aku ni takde multi-function macam kau.
Yelah, awak kenal lah semua orang. Sebut je nama awak, everyone pun macam "Oh yang tu ke?" Saya ni? Kalau tanya "Kenal Izz Hazwani?" Sah muktamad orang berkerut dahi sejuta sambil menjawab "Anak sapa tu? Dak kenai aihh" Sebab awak tu feymes ah ramai orang macam suka awak. Saya ni? Dah takde orang kenal, mmg lah takde orang suka. Lepastu awak nak mention satu satu nama guy yang usha awak. Yelah yelah, saya ni apa lah kan. Mana ada feminats yang boleh buat 3 pasukan bola sepak macam awak.



Ibarat kau jelah boleh menggoda, aku ini ibarat pengkid tak reti berlembut walhal aku bukan pengkid pun.
Haah kan awak je boleh buat suara gedik mengada ngada. Saya, kasar je. Dahlah kasar, tak lunak pulak tu. Tapi tolonglah, awak nak buat suara gedik mintak something dekat almost semua lelaki, jangan buat depan saya. Menyampah. Awak tak tengok saya buat gaya menggoda dekat lelaki, awak tak dengar suara gedik saya lagi kan? Kalau saya buat... oh dosa tu. Satu je, awak ni tak pernah menggedik dengan lelaki ke?


Ibarat kau period hari hari, aku hanyalah sebuah patung.
Awak marah marah ikut suka hati awak. Awak nak merajuk dengan orang. Lepastu nak emo macam hari hari period. Tolonglah. Awak period, awak emo. Saya period pun awak nak emo jugak? Ni takboleh jadi ni. Bila saya buat silap, awak marah saya, depan orang. Awak tarik saya ke sana sini, awak nak jugak saya ikut awak. Bila awak badmood, awak ignore saya. Saya badmood takde orang pk pulak?


Lupa, saya ni mana ada perasaan. Orang caci maki pun saya senyum kan aje.


Ibarat melukut di tepian gantang.
Eh eh, tersesat pulak peribahasa ni. Biasalah, saya suka peribahasa ni kan. Faham kan sendiri lah maksud peribahasa ni.


Saya negatif. Kot. Kadang kadang berfikiran negatif ni baik untuk kesihatan dan keselamatan bangsa, agama dan negara. Majulah pemikiran untuk negara! Satu, negatif! Satu, positif!

Monday, July 04, 2011

Kuroneko no Tango

Oh lupa, ada satu lagu comel masa buat senaman waktu Hari Sukan Panglima haritu yang buat saya tertarik. Senaman dia pun buat saya tertarik. Haha tak sedar diri kot tengah pakai uniform, nak jugak kan buat senaman. Comel. 'Tango, tango, tango'


Sila lah klik play ^^


Kimi wa kawaii, Boku no kuroneko
Akai ribonga, Yoku ni au yo
Dakedo tokidoki, tsume wo dashite
Boku no kokoro wo nayamaseru
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao

Suteki na kimi ga, machi wo arukeba
Warui doraneko, koe wo kakeru
Oishii esa ni, ikaretchatte
Atode naitemo, shiranai yo
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao

Yoru no akari ga, minna kietemo
Kimi no hitomi wa, gin no hoshi yo
Kirakira hikaru, kuroneko no me
Yoru wa itsumo, Kimi no mono sami
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala

Kirakira hikaru, kuroneko no me
Yoru wa itsumo, Kimi no mono sa

Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Dakedo anmari itazura suruto
Aji no himono wa (nyaao)
Oazukeda yo
Lalalalalala lala

nyaaao!

<blockquote> Saya mintak maaf sebab saya pelupa</blockquote>

Saturday, July 02, 2011

It's Saturday

1. Orang kalau dah mengantuk tahap maksima,  dekat tengah panas pun boleh lelap.
2. Setiap orang ada perasaan dan kehendak. Jangan nak ikut kepala otak kau je. Asyik nak dengar cerita kau je dua puluh empat jam, cerita aku siapa nak dengar?
3. Lepasni aku kena isikan badan dan tambah berat badan. Susah nak angkat orang sakit kalau badan terlebih slim kan?