Sunday, June 12, 2011

Wake me up when school ends

Menaip sambil mengelap hingus. Sakit tekak, pening kepala, suhu badan menaik. Bubby punya rokok punya asap punya bau. Nak tido malam pun takboleh. Tersesak nafas.


Kejap, ni tak sihat sebab esok hari isnin atau memang dah sampai masa untuk tak sihat? Jangan nak buat alasan eh. Sekolah sekolah. Belajar sungguh sungguh. Ganjaran menanti anda! Yeah demi ganjaran, tak sihat pun nak jugak pergi sekolah esok.





Bukak je sekolah esok ->


1. "Saya kecewa dengan awak semua. Tau tak PMR tinggal berapa bulan lagi? Result kali ni pun teruk!" Okay mungkin cikgu akan membebel dan membebel serta membebal dan oh, membebel lagi yeah for sure. Result mid-year pun nak keluar dah kot nanti. Dulu saya tak pernah kisah pasal exam, sekarang, ada aku kisah? Ha ada lah sikit.


2. Lupa dah nak tulis apa.


3. "Siapa dah siap folio sejarah? Pinjam weh pinjam!" Oh no no no, jangan tanya saya. Seorang pelajar bukanlah seorang pelajar lagi ketika musim cuti sekolah maka saya telah mengabaikan tanggungjawab saya terhadap tugasan yang diberikan.

4. Saya betul betul betul lupa macam mana tulisan tangan saya yang terakhir, before cuti sekolah. Did i tell you? Tulisan tangan saya selalu berubah dari semasa ke semasa mengikut mood. Tadi baru cuba try test tulis hari isnin selasa rabu khamis jumaat atas kertas, eh eh macam lawa pulak. Boleh tak nak frame kan lepastu lekat pada dinding ruang tamu biar tetamu datang rasa terpegun?


5. Kau perasan tak nombor satu tu ada satu word yang tertulis MEMBEBAL? Saya baru perasan sebab abang baca draft ni lepastu gelak tiba tiba lepastu tegur nombor satu.


6. Berlaku adegan peluk cium segala. Biasalah, dah dua minggu tak jumpa dalam uniform sekolah kan. Mestilah rindu.


7. Sampai sekarang saya tak ingat apa saya nak tulis untuk nombor dua.

8. Kerusi meja dan class mesti berhabuk. Lepastu mesti ramai yang menguap sampai terkembang kempis hidung menahan mengantuk tatkala perhimpunan rasmi sekolah. Siapa hafal lagi lagu sekolah? (Cepat cepat bukak buku nota bahagian belakang sebab ada lirik sekolah) "Kami pelajar smktppm"


9. Saya lupa kejap sekolah saya pakai whiteboard atau blackboard. Billboard ada?



Kembali berkerja sebagai seorang pelajar selama enam jam. Hai sekolah. Nganga lah mulut luas luas menerima kedatangan kami yang bising. Kami sangat rangup~