Tuesday, June 28, 2011

Tak terfikir pasal future lagi

Hari permuafakatan ibu bapa atau pun biasanya waktu skolah rendah dipanggil hari menandatangan report card pelajar selalu diadakan setiap tahun. Muafakat lah sangat kan.

Cikgu cakap, untuk hari permuafakatan ni, lepas mak bapak sign exam result anak anak, mak bapak dipersilakan heret anak anak balik rumah. Satu taktik yang bagus untuk galakkan pelajar supaya bagitau parents masing masing datang ke sekolah. Yelah, pelajar mana yang tak suka balik sekolah awal kan?



Dari darjah satu, sampai tingkatan tiga ni, ada beberapa perkara yang selalu jadi. SELALU.


1. "MAK BAPAK KAU DATANG TAK?"
Pagi pagi dekat perhimpunan, membe mesti tanya parents datang ke tidak. Ini bagi memastikan bahawa bukan parents dia je yang datang sekolah tu kot. Pastu tanya datang pukul berapa blablabla.


2. "ABANG SAPE TU WEH? DAHLAH TINGGI, HANDSOME PULAK TU!"
Kita sebagai pelajar, menunggu mak bapak sign result kita, ibarat kanak kanak tiga tahun menunggu penjaga datang jemput kat taska. Sambil menunggu, sambil mulut tak berhenti puji kakak sape cantik abang sape handsome. Bila dapat tahu abang handsome tu merupakan abang kepada classmate yang kita tak suka, mula lah nak berbaik baik dengan si adik.



3. "EH MAK SAPE TU? KAU TAU TAK MAK SAPE TU?"
Oh, tu mak si Seman. Ha yang tu kat sebelah tu bapaknya si Dolah. Yang kat kanan sekali tu.. eh mak aku! Terus pura pura buat homework math chapter 14. Bukan apa, takut nanti membe nak banding-bandingkan kita dengan family kita.



4. "OH, TU RUPANYA AYAH DIA. PENDEK JUGAK KAN"
Kalau boleh volume tu tinggi lagi pun takpe. Pun bolehhh pun boleh. Kot ye pun, janganlah maximum sangat volume tu sampai boleh dengar kat orang lain.



5. Cikgu membebel depan mak bapak
"You nak ambik Scnce or Acc or Art heh next year" Ada pulak soalan ni cikgu ajukan kepada pelajar. Patut tak? Patutnya tak patut tau tak. Lagi lagi kalau result pelajar tu banyak COWWWs je.



Bukan selalu balik naik kereta. Haha sampai je rumah, lepak dengan abang dekat ruang tamu. Tiba tiba terdengar bunyi yang 'tenengnegneng' tu dan kemudian pengawas instruct "Bersedia untuk bacaan doa" Kitorang yang dekat rumah terus tadah tangan baca doa. Dah menjadi amalan Panglima perang untuk membaca doa sebelum balik :)