Saturday, June 18, 2011

Hakikatnya... kau pengecut

"Wini, kalau ada orang kutuk kutuk Wini, apa yang Wini rasa?"


Apa yang Wini rasa? Perasaan pertama yang mula mula menerjah jiwa, tak lain tak bukan adalah Encik Marah aka Si Hot Temper. Sape tak marah bila kena kutuk caci maki hina segala kan? Rasa macam nak blend je orang tu lepastu kasi polar bear makan. Tapi tak muat pulak nak sumbat orang tu dalam blender.


Lepastu Puan Sedih datang bertandang dan kemudian diikuti dengan Cik Sabar. Mulut orang kita takboleh nak tutup. Tapi kalau nak tutup jugak, kena pergi jahit insang pari lah kot. Jelujur halus pun boleh kalau korang nak.


Nanti diorang dah penat, pandailah diorang diam. Sama macam nafsu kita nak online. Meman tak terkawal dah. Nanti bila kita dah penat, pandailah kita tutup facebook, blog, twitter, tumblr kan?


Doa je dalam hati, mintak mintak diorang sedar apa yang diorang buat tu.
Hidup ni tak lama. Kot kot tak sempat mintak maaf, mana kita tau kan?
Kau tak perfect. Kau kutuk orang sebab nak sorokkan kelemahan kau.
Hakikatnya kau tu pengecut. Tahu merendahkan orang, tapi taktahu merendahkan diri sendiri.

Kita dah banyak dosa. Kalau Wini nak tambahkan dosa Wini  dengan buat benda bodoh macam yang korang buat, mungkin Wini boleh buat. Tapi benda buruk tu mendatangkan kesan buruk. Again, mulut depa, lantak p depa lah nak buat pa pun.



Buat dosa, senang. Buat pahala pun senang, tapi kita yang susahkan proses buat pahala.
Kita dikurniakan otak, pandailah fikir sendiri.



Mood serious sebab kena pergi sekolah pada pagi Sabtu, ALONE disebabkan Ida balik kampung. Haiii, melintas jalan sorang lagi lah nampaknya aku ni. Sadis nya.