Thursday, June 30, 2011

Penggunaan TAPI.

Antara ayat "Muka comel tapi..." atau "...tapi muka comel". Mana lagi anda suka dengar? Padahal rasanya maksud dia sama je. Mengutuk dalam pujian atau memuji dalam kutukan? 



Yelah, memang saya comel tapi... Haa kan dah ada tapi di situ! Haha






Tuesday, June 28, 2011

Tak terfikir pasal future lagi

Hari permuafakatan ibu bapa atau pun biasanya waktu skolah rendah dipanggil hari menandatangan report card pelajar selalu diadakan setiap tahun. Muafakat lah sangat kan.

Cikgu cakap, untuk hari permuafakatan ni, lepas mak bapak sign exam result anak anak, mak bapak dipersilakan heret anak anak balik rumah. Satu taktik yang bagus untuk galakkan pelajar supaya bagitau parents masing masing datang ke sekolah. Yelah, pelajar mana yang tak suka balik sekolah awal kan?



Dari darjah satu, sampai tingkatan tiga ni, ada beberapa perkara yang selalu jadi. SELALU.


1. "MAK BAPAK KAU DATANG TAK?"
Pagi pagi dekat perhimpunan, membe mesti tanya parents datang ke tidak. Ini bagi memastikan bahawa bukan parents dia je yang datang sekolah tu kot. Pastu tanya datang pukul berapa blablabla.


2. "ABANG SAPE TU WEH? DAHLAH TINGGI, HANDSOME PULAK TU!"
Kita sebagai pelajar, menunggu mak bapak sign result kita, ibarat kanak kanak tiga tahun menunggu penjaga datang jemput kat taska. Sambil menunggu, sambil mulut tak berhenti puji kakak sape cantik abang sape handsome. Bila dapat tahu abang handsome tu merupakan abang kepada classmate yang kita tak suka, mula lah nak berbaik baik dengan si adik.



3. "EH MAK SAPE TU? KAU TAU TAK MAK SAPE TU?"
Oh, tu mak si Seman. Ha yang tu kat sebelah tu bapaknya si Dolah. Yang kat kanan sekali tu.. eh mak aku! Terus pura pura buat homework math chapter 14. Bukan apa, takut nanti membe nak banding-bandingkan kita dengan family kita.



4. "OH, TU RUPANYA AYAH DIA. PENDEK JUGAK KAN"
Kalau boleh volume tu tinggi lagi pun takpe. Pun bolehhh pun boleh. Kot ye pun, janganlah maximum sangat volume tu sampai boleh dengar kat orang lain.



5. Cikgu membebel depan mak bapak
"You nak ambik Scnce or Acc or Art heh next year" Ada pulak soalan ni cikgu ajukan kepada pelajar. Patut tak? Patutnya tak patut tau tak. Lagi lagi kalau result pelajar tu banyak COWWWs je.



Bukan selalu balik naik kereta. Haha sampai je rumah, lepak dengan abang dekat ruang tamu. Tiba tiba terdengar bunyi yang 'tenengnegneng' tu dan kemudian pengawas instruct "Bersedia untuk bacaan doa" Kitorang yang dekat rumah terus tadah tangan baca doa. Dah menjadi amalan Panglima perang untuk membaca doa sebelum balik :)

Time for a micro-break?


Even benda tak bernyawa ni pun dah jadi reminder untuk remind us supaya bersenam.
Amalkan gaya hidup yang sihat :)


---> Android sana, Android sini, Android dengar sini.

Sunday, June 19, 2011

RO-RO-ROKA

Lama tak makan ROKA. 
Kali terakhir saya makan ROKA, pukul 7.52 pagi tadi.
-_________-

Saturday, June 18, 2011

Hakikatnya... kau pengecut

"Wini, kalau ada orang kutuk kutuk Wini, apa yang Wini rasa?"


Apa yang Wini rasa? Perasaan pertama yang mula mula menerjah jiwa, tak lain tak bukan adalah Encik Marah aka Si Hot Temper. Sape tak marah bila kena kutuk caci maki hina segala kan? Rasa macam nak blend je orang tu lepastu kasi polar bear makan. Tapi tak muat pulak nak sumbat orang tu dalam blender.


Lepastu Puan Sedih datang bertandang dan kemudian diikuti dengan Cik Sabar. Mulut orang kita takboleh nak tutup. Tapi kalau nak tutup jugak, kena pergi jahit insang pari lah kot. Jelujur halus pun boleh kalau korang nak.


Nanti diorang dah penat, pandailah diorang diam. Sama macam nafsu kita nak online. Meman tak terkawal dah. Nanti bila kita dah penat, pandailah kita tutup facebook, blog, twitter, tumblr kan?


Doa je dalam hati, mintak mintak diorang sedar apa yang diorang buat tu.
Hidup ni tak lama. Kot kot tak sempat mintak maaf, mana kita tau kan?
Kau tak perfect. Kau kutuk orang sebab nak sorokkan kelemahan kau.
Hakikatnya kau tu pengecut. Tahu merendahkan orang, tapi taktahu merendahkan diri sendiri.

Kita dah banyak dosa. Kalau Wini nak tambahkan dosa Wini  dengan buat benda bodoh macam yang korang buat, mungkin Wini boleh buat. Tapi benda buruk tu mendatangkan kesan buruk. Again, mulut depa, lantak p depa lah nak buat pa pun.



Buat dosa, senang. Buat pahala pun senang, tapi kita yang susahkan proses buat pahala.
Kita dikurniakan otak, pandailah fikir sendiri.



Mood serious sebab kena pergi sekolah pada pagi Sabtu, ALONE disebabkan Ida balik kampung. Haiii, melintas jalan sorang lagi lah nampaknya aku ni. Sadis nya.

Sunday, June 12, 2011

Wake me up when school ends

Menaip sambil mengelap hingus. Sakit tekak, pening kepala, suhu badan menaik. Bubby punya rokok punya asap punya bau. Nak tido malam pun takboleh. Tersesak nafas.


Kejap, ni tak sihat sebab esok hari isnin atau memang dah sampai masa untuk tak sihat? Jangan nak buat alasan eh. Sekolah sekolah. Belajar sungguh sungguh. Ganjaran menanti anda! Yeah demi ganjaran, tak sihat pun nak jugak pergi sekolah esok.





Bukak je sekolah esok ->


1. "Saya kecewa dengan awak semua. Tau tak PMR tinggal berapa bulan lagi? Result kali ni pun teruk!" Okay mungkin cikgu akan membebel dan membebel serta membebal dan oh, membebel lagi yeah for sure. Result mid-year pun nak keluar dah kot nanti. Dulu saya tak pernah kisah pasal exam, sekarang, ada aku kisah? Ha ada lah sikit.


2. Lupa dah nak tulis apa.


3. "Siapa dah siap folio sejarah? Pinjam weh pinjam!" Oh no no no, jangan tanya saya. Seorang pelajar bukanlah seorang pelajar lagi ketika musim cuti sekolah maka saya telah mengabaikan tanggungjawab saya terhadap tugasan yang diberikan.

4. Saya betul betul betul lupa macam mana tulisan tangan saya yang terakhir, before cuti sekolah. Did i tell you? Tulisan tangan saya selalu berubah dari semasa ke semasa mengikut mood. Tadi baru cuba try test tulis hari isnin selasa rabu khamis jumaat atas kertas, eh eh macam lawa pulak. Boleh tak nak frame kan lepastu lekat pada dinding ruang tamu biar tetamu datang rasa terpegun?


5. Kau perasan tak nombor satu tu ada satu word yang tertulis MEMBEBAL? Saya baru perasan sebab abang baca draft ni lepastu gelak tiba tiba lepastu tegur nombor satu.


6. Berlaku adegan peluk cium segala. Biasalah, dah dua minggu tak jumpa dalam uniform sekolah kan. Mestilah rindu.


7. Sampai sekarang saya tak ingat apa saya nak tulis untuk nombor dua.

8. Kerusi meja dan class mesti berhabuk. Lepastu mesti ramai yang menguap sampai terkembang kempis hidung menahan mengantuk tatkala perhimpunan rasmi sekolah. Siapa hafal lagi lagu sekolah? (Cepat cepat bukak buku nota bahagian belakang sebab ada lirik sekolah) "Kami pelajar smktppm"


9. Saya lupa kejap sekolah saya pakai whiteboard atau blackboard. Billboard ada?



Kembali berkerja sebagai seorang pelajar selama enam jam. Hai sekolah. Nganga lah mulut luas luas menerima kedatangan kami yang bising. Kami sangat rangup~

Secret box The Wannababes

At last sampai jugak. Phewww, terima kasih Kak Ain. Dah lebih satu..dua.. ha dah empat tahun kot jadi peminat novel Kak Ain. Walaupun sekarang dah umur lima belas tahun kan, tapi still baca buku Kak Ain. Apa? Takdelah childish sangat kan. Lagipun novel melayu yang cinta cinta ni saya dah kurang baca. Dulu baca ANDAI ITU TAKDIRNYA pun dah meleleh air mata sampai menjerit jerit hentak kaki tumbuk dinding.


PTS One antara syarikat penerbitan yang novel diorg saya baca. Yang lain, baca novel inggeris kot. Biasalah, orang dah nak masuk upper form ni, nak impewuf sikit English. Nanti essay melalut lalut, saya jugak yang susah.




Manuskrip asal : Mr. Right Selebriti
Manuskrip asal : Zara Damansara Lebih Hebat Berbanding Sri Bangsar

Tadaa, buku nota je.



Secret box

Isi secret box:
Duyung Diva & Si Tanggang
Cinderella vs Rapunzellah
Diari Super 3G
Hero Rebut Popular


Done here. Saya nak belajar bersungguh sungguh sebab... oh saya taknak masuk SBP. Cukuplah panglima depan mata. Kalau nak sekolah lain pun, area kuantan je boleh? Saya taknak berjauhan dengan teddy teddy dan teman bergaduh saya <3 Nanti rindu. Huahaha okay next year, i'm not going anywhere. Yang penting... result cemerlang terlebih cemerlang gemilang terbilang satu malaysia!

Friday, June 10, 2011

Lesung pipit dalam tapi sebelah je?

Sedar tak sedar, dah tiga tahun dah kan saya ni masuk sekolah menengah. I'm growing mature from day to day. PMR? Yang tu dekat bab lain kita cerita. La ni nak cerita pasal Nadia Syazwina.


How i met her? Boleh baca dekat sini. Actually, dia banyak tolong saya. Agak lah jugak. Haha masa form one dulu dia teman saya makan, dia bagi pinjam brooch sebab saya sangat ganas sampai brooch saya sendiri hilang entah kemana. Lepastu, dia bagi pinjam buku Komsas. Lagi? Dia dengar saya merengek mengadu masalah al-cinta-mengarut saya. Lepas satu, satu. Dia... always ada.


Mestilah baik, macam saya. And oh yea dia pandai, saya agak kurang. Maybe saya patut heret dia teman saya ambik jawab soalan Penilaian Menengah Rendah nanti. Just in case, you know...


[KLIK GAMBARAJAH DI ATAS UNTUK MENCEROBOH
KE BLOG DIA]


Kan dah kantoi siapa Abe Yusup saya hikhikhik biarlah, saya suka dia. Tak kacau pun periuk belanga senduk awak. 



By the way kan akak, kalau betul sayang wani, tolong lah bawak wani pergi fan meeting diorang July nanti. Sayang wani ke tak? Kalau sayang tak perlu marah~  Pretty pretty puhhlease ;D

iPad boleh simpan dalam poket



Kawan : Kau ada iPad tak?
Saya : Ada, tapi abang aku punya ah. Asal?
Kawan : Takde la, aku ingat nak pinjam nanti
Saya : Nak buat apa?
Kawan : Nak dengar lagu sambil jog
Saya : Kau nak pinjam iPad aku (punya abang) semata-mata nak dengar lagu?
Kawan : Haah lah, boleh masuk poket pulak tu

Sejak bila eh iPad dah di resize menjadi kecik?  Curious nya aku.


Saya : Weh, dah keluar ke iPad yang kecik boleh masuk poket?
Kawan : Bukan ke iPad mmg boleh masuk poket?
Saya : ...kejap. Bagi aku fikir kejap.


(source karenlovesyou)

Saya : TU BUKAN iPAD, TU iPOD LAH!
Kawan : Hehe sama lah tu.


(Segala conversation telah ditapis dan diubah suai)



Btw, saya nak mini vans yang MILO tu tapi, dekat rumah ni dah belambak milo. Anyone, boleh tolong dapatkan untuk saya tak? Aku tak kira! Nak jugak! Ni ha tengok ni -> Small Enough To Take Home

Mati mati aku ingat dah keluar iPad kecik. Segala gadget dah dikeluar kan dengan nama i- dihadapannya. iPhone, iPad, iPod. Mintak maaf lah, iHazwani bukan gadget anda yang boleh disimpan dalam poket mahupun hati ya =)

Thursday, June 09, 2011

Diary of a Wimpy Kid 2: Rodrick Rules


Lagi sekali, demgilanakmati punya lawak cerita ni. Ni yang kedua punya ah. Kat Malaysia tak tayang lagi kot. Eh dh ke belum? Haa belum. Mintak maaf lah, saya ni jarang keluar. Tengok wayang lagilah jarang. Orang ajak keluar, 150 juta alasan diberi. Semua gara-gara dah terbiasa duduk rumah.

Ohh, semalam tengok movie ni dengan abang sambil makan maggi sambil gelak sambil chatting. Semua nak package~

Rodrick (Devon Bostick) ni abang kepada Greg. Dia ni suka buli Greg. Tapi lama-lama diorang dah jadi macam baik. Berkatalah saya kepada abang "Sweetnya abang macam ni. Boleh tak nak abang macam ni satu?"


Dia membalas "Boleh tapi kena buli dulu lah baru boleh dapat abang macam Rodrick tu" Jealous lah tu? Yelah, dapat abang macam abang ifraan ni pun sweet jugak apa hehe

Salah doa

Sebenar benarnya saya lupa nak tulis apa, Maka dengan ini saya ganti cerita bangang time mid-year exam haritu. Macam biasa, kertas BM mendahului kertas kertas lain sewaktu exam. Saya yang in love dengan subjek BM memang seharusnya berasa excited (tapi mengantuk sebab tak cukup tido).


Dapat dapat je paper tersebut, saya terus confident tadah tangan sambil baca doa... "Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar" Serta merta saya diam. Lalu berfikir.



Doa apa tu eh?





Demgilanakmati sebab saya baca doa makan sebelum jawab exam.
What was i thinking about? Food? Nasib baik tak baca doa sebelum tido.

Friday, June 03, 2011

Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
("Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan")

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Terasa nak menangis. Sebab tersedar banyak dosa saya buat dalam masa yang singkat. Nak PMR, sedar diri. Nak bertemu ajal, tak sedar sedar pun lagi. *Geleng geleng kepala lagi.

Thursday, June 02, 2011

Saya nak battery berbentuk patrick

I'm craving for the patrick starfish right now. Biarlah orang lain nak elmo, tapi saya tetap nak Patrick. Me want patrick! Me want patrick!


Saya : Awak, nak patrick.
Kawan : Apa? Awak nak battery?
Saya : Haah yela saya nak battery -,-

Susah dapat kawan agak sound trouble yg sama species macam saya ni. Ni pun susah payah saya cari kawan macam ni. Ingat senang ke ha? Nak cari kawan zaman sekarang bukan senang. Cari kawan macam nak cari suami mithali dan bapa mithali macam Abang Kamal Adli iteww tau. Yelah, kawan zaman sekarang bukan boleh percaya sangat.


Saya : Awak, saya nak bagitau rahsia ni. Janji eh jangan bagitau orang lain?
Kawan : Apa apa? Bagitau la
Saya : Saya sebenarnya suka kat Alif Satar hikhikhik

Wednesday, June 01, 2011

Elak tertidur dalam class

Masa form one dulu, kalau mengantuk dalam class, mesti tahan jugak mata. Sekarang kalau mengantuk, pejam mata kejap, lepastu zZz lima-sepuluh minit. TAPI, kadang kadang tak berani nak pejam mata kejap. Sebab biasanya topics penting yang cikgu ajar tu lah mata ni nak berat. Bila tak dapat zZz kejap dalam class, mula lah hidung terkembang kempis menahan mengantuk. Haihhh


So bila tak dapat pejam mata, saya akan buat macam ni:
Cikgu tengok pun hanya mampu hmm entahlah. Hanya mampu bergeleng dalam hati. Mintak maaf cikgu. Saya sangat mengantuk. Nak makan gula gula untuk elak mengantuk dalam class tapi takut nanti macam biadab.


Bukan selalu tunjuk muka kan? Haha sekali tunjuk, memang the buruk side of my picture yang terpampang. *Geleng geleng kepala

Ya kawan kawan kita cerita pasal rokok

Baiklah, harini saya nak bukak cerita pasal rokok. Kenapa rokok? Suka hati saya lah. Ish. Sebab rokok tak baik untuk kesihatan. Sebab saya nak orang sekeliling saya terhindar daripada perkara perkara negatif seperti rokok. Rokok bukan trend, rokok bukan pencuci mulut, rokok bukan kaunselor






Ada orang ada kemampuan untuk berhenti tapi dia taknak . Ada orang yang nak tapi takde kemampuan. Macam taufik dan hidayah. Ada orang dia ada / dapat hidayah (petunjuk) tapi sayangnya takda taufik (something like kemampuan) dan begitu juga sebaliknya. Tolong betulkan kalau salah =)





Dan untuk perokok(s) yang nak tahu level ketagihan anda, boleh buat ujian sendiri dekat sini. Saya berkongsi, bukan untuk tunjuk saya ni bagus. Sama sama share apa yang kita tahu, tak salah pun. Oh ada orang cakap, makan NIQUITIN ni ada side effect yang buruk kot. Entahlah, saya tak pernah cuba lagi so saya taktau nak cakap apa. 


Banyak lagi info rokok ni yang boleh awak dapat dari www.champscircle.com. Lagi berfaedah daripada mengadap Facebook hari hari / Tumblr / Twitter tanpa mengambil pengetahuan. Kan?


Kepada smokers yang nak berhenti merokok tu, all the best. Jangan datang dekat dengan saya kalau awak tu berbau rokok sebab sekarang saya selalu menghadapi breathing difficulty. Orang lain merokok, orang lain yang dapat kesannya. Tolonglahhh, ingat orang yang tersayang. Kau nak aku mati dulu ke?

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Haaa kan ke best kalau hari hari update blog? Walaupun entry pendek pendek (tapi penulis nya takdelah pendek sangat) kan.


Saya selaku PandaBat dan PandaVampire disini telah terkedek kedek menyertai giveaway ni ha. Mid-year tu. Mengalahkan exam dekat sekolah je.

31 MEI 2011 - 6 JUN 2011



Kalau menang lah kan, hadiah(s) nya disponsor oleh:


  1. Sandra Azwan
  2. Darkbatman
  3. Pink Heart Craft
  4. Ayunar
  5. Mas Ahmad Safwan
  6. Yuyu Musa
  7. Myra Amira
  8. Ciminny
  9. Alfi Kasran
  10. Sarang Jerung


Nak tengok hadiah, boleh pergi tengok, jenguk jenguk sini.

@PandaOwl especially, sila lah join sebab kita sekarang ni tengah berjaga pagi. Apa salahnya update blog buat peminat~


Baiklah sang penjaga malam sekalian, masa untuk tido. Menghanyutkan diri dalam arus pemodenan yang kian berkembang pesat dan maju serta membangun. DAHHH, MEREPEK! KAU NAK KENA SIMBAH ALKALI SAMPAI TAKBOLEH TIDO 421996 SAAT KE? Pergi tido!



Sekurang-kurangnya karier saya ehem sebagai Blogger sepenuh masa agak terisi lah jugak. Maka dengan ini, jangan risau (walaupun saya tau awak tak risau) dah bangun tido nanti saya update lagi takpun sebelum tido. Maybe masa saya tengah tido pun saya update kot. InsyaAllah.

Assalammulaikum dan selamat pagi untuk anda yang membaca pada waktu pagi. Selamat tengah hari untuk yang membaca tengah hari. Selamat petang untuk yang membaca waktu petang. Selamat jalan untuk sesiapa yang nak berjalan! Panjang pulak perleraian kali ni *lap peluh

Rendam dalam air dulu


Tau tak benda ni? Tak ingat dah nama apa. Dulu abang selalu belikan. Benda ni kan, kalau nak dia besar, kena rendam dalam air dulu.


Lupa dah beli kat mana. Ingat lagi tak?
 Kan best kalau ada yang bentuk Patrick Starfish :)