Saturday, April 16, 2011

Saya bantah berkerja secara bertiga

Sebenarnya, saya tak suka kalau berjalan, belajar, atau buat apa apa / pergi mana mana secara bertiga-tiga. Susah nak sesuaikan diri. Nanti mesti ada yang rasa left out lah, kena ignore lah, macam invisible lah. Dah biasa sangat macam ni. Lebih baik berdua daripada bertiga. Maksud saya, berdua dengan jantina sejenis lah. Kalau berdua dengan jantina yang berlainan, memang sah lagi confirm ada yang ketiga.


Pernah tak rasa macam dipinggirkan kawan sebab jalan bertiga? Macam contohnya, A, B and C lepak sama. Lepastu A tiba tiba terasa macam B asyik cakap dengan C je. Lepastu C selalu duduk tengah. A baru nak cakap dengan B and C, diorang buat A macam tak wujud.



Bila dah rasa macam kena sisih macam tu, hati rasa macam sensitif. B and C selalu ke sana ke mari macam ada alien nak culik one of them masuk kapal UFO lepastu pergi hantar dekat Ben10. Padahal tak lari nya lah kawan kau tu. A pun tak hingin nak seret dia peluk peluk ke hulu hilir


Kadang kadang saya beralah je. Biar diorang berdua dok berkepit sana sini, saya sorang sorang dekat belakang. Oh, bila saya berkepit dengan orang lain, tahu pulak marah. Tahu geram. Macam _____ punya oranggg. Pikir diri sendiri punya kepuasan. Saya ni?


Kalau saya jalan bertiga, saya selalu cuba buat diorang tak rasa macam orang asing. Sebab saya takut ada orang rasa macam tersakit hati ke apa ke. Taknak la macam tu kan kan kan. Diorang ada buat macam tu? Tak kot.


Sape tak pernah rasa macam ni? Biasanya yang selalu termasuk dalam situasi Bertiga-Tiga ni kaum perempuan lah. Sebab perempuan ni complicated. Bukan nak sokong lelaki tapi memang realiti. Bila kita cakap fakta, marah. Bila kita menipu, marah jugak. Susah btol lah pompuan ni. Tapi tak semua.

Sorry tertukar topik. Papepun, saya bantah berkerja secara bertiga! Muktamad!

No comments: