Monday, April 11, 2011

FAHAM dan TAHU tak sama



Contoh macam dekat sekeliling kita. Kawan awak curi duit kawan dia. Awak tahu dia curi. Tapi awak tak faham kenapa dia curi. Awak tanya masalah dia. Awak tahu masalah dia. Tapi awak faham keadaan sebenar dia? Awak tak faham. So awak tak boleh cakap "Aku faham masalah kau" / "Aku faham perasaan kau"

Atau.


iHazwani nak stop blogging. Awak tahu dia nak stop blogging. iHazwani cakap dia dah bosan dengan manusia yang hipokrit. Rimas dengan stalker. Menyampah dengan orang yang suka sibuk pasal blog ni. Awak tahu. Tapi awak tak faham kenapa.

Atau lagi.

iHazwani tak suka orang tau pasal dia. Bukan sebab masalah keluarga tapi sebab dia tak suka orang tau. Tu je. Awak tahu dia tak suka. Tapi awak faham tak situasi sebenar, kenapa dia tak suka?

Dan... atau sekali lagi.

iHazwani kena buat karangan berdasarkan peribahasa. Cikgu cakap, buat karangan berdasarkan peribahasa yang awak FAHAM. Masalahnya iHazwani cuma TAHU peribahasa, tapi tak FAHAM maksud sebenar peribahasa. Rasa macam nak je buat peribahasa "bagai melukut di tepi gantang" iHazwani suka peribahasa ni. Suka sangat. Macam kena je dengan dia. Sama ada dia ada atau tidak, tak beri kesan langsung pada orang lain.



Dan akhirnya saya buat peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi. Kira okay la tu saya buat karangan ni. Walaupun isi macam tak berapa sangat...

No comments: