Wednesday, April 13, 2011

Bukan tak pandai tapi malas

Entry ni bukan nak perasan diri ke apa~

Minggu ni NNi seminggu tak datang sekolah sebab dia terlibat dengan kem polis dia tu. Sesat la saya sorang dalam class. Bukan takde kawan lain. Ada tu memang ada tapi bab nak sesuaikan diri dengan diorang tu memang ambik masa. Sebab tu saya tak ramai kawan =)


sumber: ~zombie~

NNi selalu ajar saya math. Kadang kadang saya tiru buku dia sebab saya frust tak dapat jawab soalan mathematic. Saya lemah math (kot). Kadang kadang kalau saya baca soalan sekali, otak dah serabut. Bila selesaikan soalan tu sekali tapi tak dapat jawapan, saya cepat give up. Terus tiru NNi.

Minggu ni NNi kan takde. Saya kena belajar berdikari sendiri. Paling lemah bila kena buat math sorang sorang. Minggu ni belajar topik baru. Sebenarnya senang je. Tapi soalan tu 'touch' saya sikit, terus saya tak dapat jawab. Bila takleh jawab, saya tanya teacher. Teacher cakap "Try again" Saya rasa nak perah mata saya kasi keluar air masa tu jugak.

Sebab NNi ghaib minggu ni lah saya tak banyak bercakaap. Bila tak banyak cakap, saya tak banyak tanya. Biasanya orang depan saya ni pandai math. Kalau saya stuck, saya tanya dia. Tapi jarang kot tanya sebab saya pemalu hihihi


Tadi saya tengok soalan tu susah. Serabut paleotak ni haa. Disebabkan saya malu dan malas tanya orang depan, saya buat sendiri, saya fikir sendiri. And finally, siap jugak! Jawapan pun betul!


Jadi kesimpulaannya... saya bukan tak pandai math sangat pun. Saya malas nak fikir. Gagal sekali je terus saya give up. Lepas ni saya kena banyak berfikir sebelum give up. Gagal sekali bukan gagal sampai mati. Ohh, saya rasa macam saya pandai math pulak hehehe perahsannn.



Bermulanya hari esok, maka bersiap sedia lah menggelapkan kulit untuk perkhemahan minggu depan. Nanti kalau saya gelap, harap harap peminats saya tak lari haha

No comments: