Saturday, April 09, 2011

Bukan kelas pertama, takyah bangga sangat lah

Dapat nombor sembilan daripada tiga puluh lapan pelajar normal kelas tiga rajin. Percayalah, aku tak bangga. Nak bangga apa? Bagitau aku apa yang nak dibanggakan bila kau dapat 2A 2B 3C 1D dengan GPS 2.38 dan ayah kau just tanya "Kelas keberapa tu?"

Memanglah anak ayah ni bukan kelas pertama. Tapi agak lah jugak kan. Dah memang otak takde nak genius sangat macam budak kelas pertama. What do you expect? Ini boleh menyebabkan kecederaan mental yang serius tahu tak. Dahlah aku tengah remaja ehemmm biasalah remaja biasanya merasakan diorang ada banyak masalah yang lagi besar daripada orang dewasa.

Aku ada masalah. Ada siapa-siapa nak tanya aku okay ke tak? Thanks kepada manusia yang tanya. Aku okay... kot. Thanks sebab jadi pendengar bertauliah aku. Mawa, kau takmo sedih sedih tau. Nanti aku taknak kawan kau.  Ye, dia budak jahat kan? Dahlah, jangan nangis. Tapi kalau kau nangis pun bukannya aku tau.


Ku ada kamu dan ehem kau ada aku. We have each other lah weh. Rindu dengar suara kau. Credit aku dah takde. Bulan Mei aku topup semula number Celcom k. Bulan ni topup Maxis. Life as a student, kena pandai me-madu-kan nombor phone. Kena berlaku adil. Kena ikat perut tak makan dekat sekolah semata-mata nak bagi nafkah topup dekat celcom & maxis. Adil tak aku?

No comments: