Friday, April 08, 2011

Akhlak Dalam Maya

Tadi aku baru bangun tido pukul 3 petang. Misscall dari manusia manusia tersayang pun macam tak dengar langsung. Ringtone tak boleh blahh; PRETTY GIRL ROCK. "Dont hate me cause i'm beautiful"~


Pukul lima lebih kot aku bukak tv3, tengok al-kuliyyah. Harini hari apa? Oh harini hari jumaat. Daripada dengar lagu rebecca black, baik tengok al-kuliyyah. Ada jugak faedahnya kau dapat.


Sumber: farnk05


Salah satu yang diketengahkan ustaz tu pasal peniaga secara online. Post gambar dekat blog/laman web bukan main lawa meleleh peluh dekat ketiak tapi bila kita dah beli, dah pos dekat rumah, barang tu bagaikan indah khabar dari rupa. Meleleh pulak air mata bila apa yang kita nak tak serupa dengan apa yang kita dapat.


Nak jadi peniaga, jujur la. Apa kau dapat kalau menipu? Jadilah peniaga yang diredhai Allah. Sentiasa takut dengan Allah. Jangan tahu menipu. Haram duit dimakan tu. Dekat dunia boleh bersenang lenang dengan duit kau dapat secara haram tapi dekat akhirat...? Belum tentu senang lenang macam sekarang.


Lagi satu, nak beronline itu ini memang boleh. Tapi jangan lah sampai tersengaja bukak benda yang tak patut. Nak buat dosa memang senang sekarang ni. Dosa secara online antara dosa instant yang senang kita dapat. Baik lah kita bukak inernet untuk contact dengan kawan lama / share ilmu. Kan ke bagus? Lagi bagus daripada menggunakan internet sebagai medium untuk menfitnah, menipu dan sebagainya. Mana kau nak? Dosa.. pahala? Siapa yang nak dosa?



Sumber: AFH


Lain kali;
Ambik sekeping kertas. Tulis lawa lawa perkataan ni "Allah melihat apa yang kamu lihat / buat" InsyaAllah kita tak berani nak bukak benda yang tak sepatutnya.Aku takdelah cakap aku ni sangat-sangat-sangat baik tapi... tak perlu tunggu seseorang tu jadi terlalu baik untuk share benda macam ni kan?


"PAPA MAIN FACEBOOK, MAMA MAIN FACEBOOK, ANAK-ANAK DAH DITEBUK"
Berguna jugak aku tengok alkuliyyah ni eh. Assalammualaikum.

No comments: