Tuesday, April 05, 2011

Akak merajuk dengan adik

Dah satu..dua..tiga..empat.. hari tak cakap dengan adik. MERAJUK. Cakaplah aku ni perangai macam budak budak or whatever. Benci.Sangat.


Sebenarnya takdela benci sangat kat dia. Tapi... BENCI jugak. Sebab dia taknak dengar cakap akak dia yang comel ni. Sebab dia buat kurang ajar biadab terlebih sudahh. Sebab dia buat aku lari satu rumah semata-mata nak kejar dia. Apa kau ingat akak kau ni pelari nombor satu dunia? Lambat lagi.



Actually masa dia buat hal tu, aku dok panggil panggil dia pastu dia boleh lari p rumah sebelah. Bengang tak? Ok kau tak bengang sebab kau bukan aku.




(Adik aku baru balik dari KAFA.
Boleh dia cakap dia tak sayang aku? Kurang ajar tak?
Takpe kauuu)



Sambung. Aku punya lah mengamuk sebab dia tak dengar cakap aku. Habis segala buku dia dilempar dekat ruang tamu.






Dia ignore aku yang tengah cakap dengan dia. K, aku balas balik.
Masa mula-mula ignore dia yang tengah cakap dengan aku, rasa macam nak menangis, kesian pulak.


Tapi dia yang ignore aku banyak kali, takkan dia tak rasa kesian dekat aku?
Makin aku ignore dia, makin dia kurang ajar dengan aku. Lagi lagi bila depan ayah.

No comments: