Monday, April 25, 2011

Kembali diam

Daripada kem ni, saya belajar;
# Menghargai kehadiran matahari
# Menghargai masa
# Menghargai persahabatan
# Menghargai air mineral
# Menghargai rezeki
# Menghargai tempat tinggal yang empuk, selesa


Daripada kem ni, saya rindu;
#Tengok bintang dengan St. Johners secara berjemaah Bulan dan bintang, bersinar berkerlipan~
#Gosok gigi dengan St. Johners secara berjemaah
#Makan dengan St. Johners secara berjemaah
#Tidur dengan St. Johners secara berjemaah. Facing each others~
#Jadi radio buruk secara berjemaah
#Suap suap makanan *sweet tak? Kan best kalau boyfriend nombor lima saya suapkan hehe
#Tidur atas bahu kawan

Daripada kem ni, saya nak ucapkan;
Terima kasih kepada fasi  sbb sanggup berlari berkejar sana sini
Terima kasih kepada salah sorang budak pbsm sbb sudi kasi biskut time saya kebulur
Terima kasih kepada budak khemah sebelah sbb share barang sikit dengan kami
Terima kasih NNi sbb bagi wani air hehe and sbb faham wani jugak
Terima kasih kepada Teacher H sebab beli makanan untuk kami
Terima kasih kepada st. johners yang masak untuk kami
Terima kasih kepada Abg F sbb tolong hantar beg saya
Terima kasih kepada mak ayah saya jugak sebab benarkan saya join kem ni
Terima kasih kepada boyfriend nombor tiga saya sebab tolong beli barang keperluan saya
Terima kasih kepada pihak Urusetia sbb benarkan kami tidur dekat surau
Terima kasih kepada Abg R sebab tak sepak saya walaupun dia rasa geram nak sepak sbb saya asyik nyanyi je hoho
Terima kasih Cikgu A sbb ajar kawad walaupun kami tak menang


Buat Nurses tersayang
Terima kasih kepada Ida saya sebab tidur sebelah saya
Terima kasih kepada Pingu saya sebab jadi bantal saya kejap
Terima kasih kepada Kak Nina sebab tolong saya berperang dalam khemah bagi membanteras seekor serangga
Terima kasih kepada Kak Dayah untuk khemah akak sebagai tempat berteduh kami
Terima kasih kepada Mummy (Iffa) sebab menari dengan saya haha
Terima kasih kepada Ida Shuhada sebab tolong lipat khemah dengan saya
Terima kasih kepada Ira sebab awak banyak cakap sangat peramah
Terima kasih kepada Astina sebab awak buat saya geram tengok mata awak
Terima kasih kepada Tkah sebab share bedak awak
Terima kasih kepada Abg W, Abg Fmy, Abg R sebab masak makan malam untuk kami hari jumaat haritu sampai korang pun tak makan lagi
Terima kasih kepada Iwan sebab sabar dengan temper saya
Lastly, terima kasih kepada L sebab tolong saya and faham saya  :)


Banyak sangat yang saya belajar, rindu and nak ucapkan terima kasih dekat kem ni. Sampai hati boyfriend unofficial saya ignore saya dekat kem tu. Takpe, boyfriend kecik saya ada. Kesian boyfriend kecik saya, tido dekat van ambulance je.
Dengan berakhirnya kem ini, maka berakhirlah kebisingan saya. Kembali menjadi pendiam di sekolah ^^

Malam ini ku sendiri

Hai, ketiak saya dah wangi, badan dah tak berdaki, kaki dah tak pakai kasut basah dan kepala tak gatal dah. Baru 44 jam tak mandi rasa macam 44 hari tak mandi. Hari jumaat pergi daftar dekat kantin sekolah, naik kereta. Cis ada ke patut boyfriend nombor tiga saya suruh saya jalan kaki je dengan tiga buah beg?

Pujuk punya pujuk, at last dapat jugak naik kereta. Saya suruh boyfriend nombor tiga tolong angkut uniform and tudung saya. Sampai je dekat sekolah, saya tengok tudung saya takde dalam kereta. Dia boleh cakap "Oh, tertinggal dekat rumah" Saya suruh dia pergi ambik semula dekat rumah. Yelah, kalau dia tak ambik, saya nak pakai tudung apa? Tudung Asli? (Tak pakai tudung lah maknanya tu)


Night walk kami 'sangat best' sebab dapat berendam dekat sungai talam. Tepi sekolah saya ada sungai, sekolah awak adeee? Cikgu cakap jangan lepas pegangan kawan. Saya punya lah taknak lepas kawan dekat depan ni sampai saya tarik seluar dia sampai saya dengar macam ada bunyi kain terkoyak sikit. Nasib baik saya tarik kaki seluar dia tu. Dahlah tak boleh lepaskan kawan, kena menyelam dalam sungai pulak tu.


Pagi pagi tu saya bangun awal. Tengok luar khemah, ramai dah bangun. Heh kalau mak bapak kami tau kami bangun awal sebelum subuh, mesti diorang bangga. Yelah, dekat rumah mana pernah kami nak bangun pagi pagi subuh ye dak? Ni, keluar khemah, siap ready bawak keluar towel lagi. Tengok site lelaki, ada yang pakai kain pelikat. Sejuk mata memandang. Haritu saya tengok budak lelaki ambik wudhu' kann, sejuk jugak mata memandang. Tercair hati dibuatnya. Ops, saya tak intai hehe.


Malam ekspresi kami agak berjalan lancar. Siap nyanyi lagu Nobody lagi. Ternyanyi pulak dekat budak unit ____. Aihh ketua platun dia tu apetah tak puas hati dengan saya sampai cerita buruk pasal saya. Dasarrr. Dengki tu cakap jelah kan. Nanti saya boleh nyanyi dekat ketua platun jugak. Takpayah lah halang saya borak dengan anak buah dia tu
.



Skip cerita ; Time nak balik, kami budak budak st john habiskan suara jadi radio buruk. Lagu Bruno Mars wajib nyanyi. Saya tahu suara saya tak sedap. Tak sempat mintak maaf dekat manusia yang dengar radio buruk kami ni haa. Mintak maaf. Mwahh Mwahh. Lagi sekali, saya nyanyi buat kali terakhir dekat budak unit ____. Tapi taknak nyanyi lebih lebih, bak kata D, kang tak boleh tido malam pulak budak tu. Bukan sebab suara merdu tapi sebab sakit jantung dengar suara saya macam katak panggil hujan.


Pergi dengan tiga buah beg, balik pun tiga buah beg jugak. Heran herann.  Kalau orang lain bawak tiga beg and balik dengan lima beg, saya pulak tak berubah jumlah beg. Ingatkan nak balik jalan kaki tapi beg berat. Nak tumpang Abang Fitri, tapi kereta macam tak muat. Kisahnya, tumpang beg jelah dalam kereta. Saya balik jalan kaki. Kira okay lah tu daripada saya balik naik kereta. Takkan nak suruh beg pulak jalan kaki. Sejak bila beg ada kaki kan?


Dan jugak sepanjang kem tu, entah berapa kali saya bau ketiak saya. Kot kot ada bau ke. Tapi macam takde bau langsung haha teruk tak senonoh sungguh saya ni. Sabo jelah. 

Thursday, April 21, 2011

Kawad pakai lutut

Minggu ni tak dapat tengok Dingdong Dantes. Memang suka camni. Time exam pun ada latihan kawad. Nasib baik ketiak i tak berpeluh fuhh *angkat lengan, hala hidung kat ketiak* K confirm wangi lagi.

  1. Kawad pakai lutut
Korang pernah kawad pakai lutut? And kawad sambil merangkak? Tahu tak sakit? Dan tahu tak rasa malu? Kena melutut dekat atas jalan tar. "Awak nak kawad pakai lutut ke?" Of course la kitorang taknak. Tapi kalau nak denda, jangan la kena pakai lutut. Tapi tak kisah laa. Yang kisahnya; ada sorang budak ni tangan luka sikit je nak report kat cikgu time kawad. Amboi kalau nak gedik pun, jangan kalahkan takhta i okayyy.



     2.  Datang awal ni apesal?
Pagi tadi ada masalah apetah dekat rumah. So pukul 7.30 pun golek golek lagi atas katil. Tapi masa tu dah mandi. Sepuluh minit kemudian baru decide nak pergi sekolah. Tu pun boleh buat muka innocent lagi. Sampai pagar sekolah, pengawas tanya "Ni apesal datang awal?" *Gelak gelak* Ahh awal tak awal, at least saya datang sekolah. Masuk class, the whole class pandang. Ohh exam lagi rupanya harini. Nasib baik seni je, kalau math? Memang saya lari balik rumah dah masa tu.



      3.Sapu sampah pun boleh luka
Ni bukan kes luka hati jiwang jiwang tu. Hari khamis harini adalah hari bertugas saya. Jadi saya sapu sampah dan sapu dan sapu. Masa sapu tu ada se___(pejodoh bilangan apetah) jarum dekat atas lantai. Saya kutip supaya takde orang terluka en. Tapi saya sendiri terluka. Jarum tercucuk jari; penyapu dicampak atas lantai. Mula mula darah keluar sikit. Bila pandang semula darah, dah banyak keluar. Hek eleh jarum je pun. Tapi darah yang menitik tu sampai kena dekat lantai. Titikan darah di Tiga Rajin~ (Kau ingat ada Limpahan Darah di Sungai Semur jeke?)



Berkatalah Pingu kepada saya; "Wini kalau bab-bab cheerleading memang lulus dah" Alorh biasew laa tu. Owang cheerleading kan gewdixx, sayew pown gewdixx gak. Nak wat camnew... sabo je lahh.

Sunday, April 17, 2011

The very last piece

People change. So do i.
We're strangers, remember?

"If you're in a bad situation, don't worry it'll change. 
If you're in a good situation, don't worry it'll change. "

Mintak maaf banyak-banyak kalau ada entry saya buat awak terasa. Mintak maaf kalau ada janji saya tak tertunai. Mintak maaf kalau saya ada cerita buruk pasal awak. Mintak maaf kalau awak benci saya. Mintak maaf kalau selama ni saya hipokrit. Mintak maaf kalau selama saya blogging ni, saya dah buat sesuatu yang mengubah kehidupan kita.


Mintak maaf eh kalau saya ada cakap benda kurang senonoh time awak tengah makan.
Wohooo. Tu je. Mintak maaf sangat sangat.


I can't help it but still, gonna miss each of you, insyaAllah.
Letting go doesnt mean giving up. 

Assalammualaikum :)

Saturday, April 16, 2011

Saya bantah berkerja secara bertiga

Sebenarnya, saya tak suka kalau berjalan, belajar, atau buat apa apa / pergi mana mana secara bertiga-tiga. Susah nak sesuaikan diri. Nanti mesti ada yang rasa left out lah, kena ignore lah, macam invisible lah. Dah biasa sangat macam ni. Lebih baik berdua daripada bertiga. Maksud saya, berdua dengan jantina sejenis lah. Kalau berdua dengan jantina yang berlainan, memang sah lagi confirm ada yang ketiga.


Pernah tak rasa macam dipinggirkan kawan sebab jalan bertiga? Macam contohnya, A, B and C lepak sama. Lepastu A tiba tiba terasa macam B asyik cakap dengan C je. Lepastu C selalu duduk tengah. A baru nak cakap dengan B and C, diorang buat A macam tak wujud.



Bila dah rasa macam kena sisih macam tu, hati rasa macam sensitif. B and C selalu ke sana ke mari macam ada alien nak culik one of them masuk kapal UFO lepastu pergi hantar dekat Ben10. Padahal tak lari nya lah kawan kau tu. A pun tak hingin nak seret dia peluk peluk ke hulu hilir


Kadang kadang saya beralah je. Biar diorang berdua dok berkepit sana sini, saya sorang sorang dekat belakang. Oh, bila saya berkepit dengan orang lain, tahu pulak marah. Tahu geram. Macam _____ punya oranggg. Pikir diri sendiri punya kepuasan. Saya ni?


Kalau saya jalan bertiga, saya selalu cuba buat diorang tak rasa macam orang asing. Sebab saya takut ada orang rasa macam tersakit hati ke apa ke. Taknak la macam tu kan kan kan. Diorang ada buat macam tu? Tak kot.


Sape tak pernah rasa macam ni? Biasanya yang selalu termasuk dalam situasi Bertiga-Tiga ni kaum perempuan lah. Sebab perempuan ni complicated. Bukan nak sokong lelaki tapi memang realiti. Bila kita cakap fakta, marah. Bila kita menipu, marah jugak. Susah btol lah pompuan ni. Tapi tak semua.

Sorry tertukar topik. Papepun, saya bantah berkerja secara bertiga! Muktamad!

TUTORIAL: Hilangkan navbar anda

HAI HAI HAI apa khabar nah code untuk hilangkan navbar. Ohooo dah lah, nak off. Japg kot sambung entry baru. Kot je lah eh. Nah here we go...



First sekali, klik Design > Edit HTML
Second dua kali, copy code ni
#navbar-iframe { display: none !important; }
Third tiga kali, paste dekat mana mana je. As for me, saya tempek sebelum body {
Fourth empat kali, Preview dulu sebelum save. Saya dah cakap, Preview dulu. Kalau tak menjadi, google sendiri.


Bila kita layan je orang yang kita tak kenal, orang cakap kita desperate nak ramai kawan. Bila kita tak layan, orang cakap kita sombong. Aku bukan cari ramai kawan, netiher ramai lawan. Apa guna ramai kawan kalau ada yang left out? Bila kita berkawan, seharusnya kita ingat antara satu sama lain. Bukannya bila dah takde kawan or susah baru nak ingat kawan-dunia-akhirat.

Andai hati itu -

(Klik untuk view yang lebih jelas)


Source: tersenyum-melihat-langit

Friday, April 15, 2011

Asyik nak complain je

Pipi saya dah tembam. Anda bila lagi?

Ni bukan gambar ic, bukan jugak gambar passport. Gambar lesen je. Sila dengki sebab saya dah tembam. Rahsia? Banyakkan makan dan minum dan senyum kot. KOT je lah. Lagi satu, banyakkan buat muka ala ala comel (walaupun awak rasa muka awak tak comel)











Wednesday, April 13, 2011

Lucky draw by 3F's

  Saya bookworm (kot). Sebab tu saya join giveaway ni. So saya pilih LD1 and LD2. Sorry la lately tiba tiba guna kata ganti nama diri SAYA pulak kan. Hahaa


Bai-de-wei, kalau nak menang dua hadiah di atas, kena blog or tweet pasal giveaway ni. Kalau dapat, dapat la. Kalau tak dapat, memang sah laa tak dapat -.-

Hadiah giveaway; novels, silk shawls, braided leather belt and satu hadiah special.


Join here ; 3f's

Bukan tak pandai tapi malas

Entry ni bukan nak perasan diri ke apa~

Minggu ni NNi seminggu tak datang sekolah sebab dia terlibat dengan kem polis dia tu. Sesat la saya sorang dalam class. Bukan takde kawan lain. Ada tu memang ada tapi bab nak sesuaikan diri dengan diorang tu memang ambik masa. Sebab tu saya tak ramai kawan =)


sumber: ~zombie~

NNi selalu ajar saya math. Kadang kadang saya tiru buku dia sebab saya frust tak dapat jawab soalan mathematic. Saya lemah math (kot). Kadang kadang kalau saya baca soalan sekali, otak dah serabut. Bila selesaikan soalan tu sekali tapi tak dapat jawapan, saya cepat give up. Terus tiru NNi.

Minggu ni NNi kan takde. Saya kena belajar berdikari sendiri. Paling lemah bila kena buat math sorang sorang. Minggu ni belajar topik baru. Sebenarnya senang je. Tapi soalan tu 'touch' saya sikit, terus saya tak dapat jawab. Bila takleh jawab, saya tanya teacher. Teacher cakap "Try again" Saya rasa nak perah mata saya kasi keluar air masa tu jugak.

Sebab NNi ghaib minggu ni lah saya tak banyak bercakaap. Bila tak banyak cakap, saya tak banyak tanya. Biasanya orang depan saya ni pandai math. Kalau saya stuck, saya tanya dia. Tapi jarang kot tanya sebab saya pemalu hihihi


Tadi saya tengok soalan tu susah. Serabut paleotak ni haa. Disebabkan saya malu dan malas tanya orang depan, saya buat sendiri, saya fikir sendiri. And finally, siap jugak! Jawapan pun betul!


Jadi kesimpulaannya... saya bukan tak pandai math sangat pun. Saya malas nak fikir. Gagal sekali je terus saya give up. Lepas ni saya kena banyak berfikir sebelum give up. Gagal sekali bukan gagal sampai mati. Ohh, saya rasa macam saya pandai math pulak hehehe perahsannn.



Bermulanya hari esok, maka bersiap sedia lah menggelapkan kulit untuk perkhemahan minggu depan. Nanti kalau saya gelap, harap harap peminats saya tak lari haha

Monday, April 11, 2011

FAHAM dan TAHU tak sama



Contoh macam dekat sekeliling kita. Kawan awak curi duit kawan dia. Awak tahu dia curi. Tapi awak tak faham kenapa dia curi. Awak tanya masalah dia. Awak tahu masalah dia. Tapi awak faham keadaan sebenar dia? Awak tak faham. So awak tak boleh cakap "Aku faham masalah kau" / "Aku faham perasaan kau"

Atau.


iHazwani nak stop blogging. Awak tahu dia nak stop blogging. iHazwani cakap dia dah bosan dengan manusia yang hipokrit. Rimas dengan stalker. Menyampah dengan orang yang suka sibuk pasal blog ni. Awak tahu. Tapi awak tak faham kenapa.

Atau lagi.

iHazwani tak suka orang tau pasal dia. Bukan sebab masalah keluarga tapi sebab dia tak suka orang tau. Tu je. Awak tahu dia tak suka. Tapi awak faham tak situasi sebenar, kenapa dia tak suka?

Dan... atau sekali lagi.

iHazwani kena buat karangan berdasarkan peribahasa. Cikgu cakap, buat karangan berdasarkan peribahasa yang awak FAHAM. Masalahnya iHazwani cuma TAHU peribahasa, tapi tak FAHAM maksud sebenar peribahasa. Rasa macam nak je buat peribahasa "bagai melukut di tepi gantang" iHazwani suka peribahasa ni. Suka sangat. Macam kena je dengan dia. Sama ada dia ada atau tidak, tak beri kesan langsung pada orang lain.



Dan akhirnya saya buat peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi. Kira okay la tu saya buat karangan ni. Walaupun isi macam tak berapa sangat...

TAK SENONOH BTOI LAA

RAMBUT KEMBANG BARU BANGUN TIDO TERUS KELUAR RUMAH.
T_____________T
KOT YE PUN LAP LAH AIR LIUR BASI TU DULU. ABANG JUAL DURIAN PUN TAK BERKELIP PANDANG KAU.

Sekali pandang macam budaak tak cukup kasih sayang kena 
campak tepi jalan sebelah gerai jual buah durian tau tak.

Saturday, April 09, 2011

Bukan kelas pertama, takyah bangga sangat lah

Dapat nombor sembilan daripada tiga puluh lapan pelajar normal kelas tiga rajin. Percayalah, aku tak bangga. Nak bangga apa? Bagitau aku apa yang nak dibanggakan bila kau dapat 2A 2B 3C 1D dengan GPS 2.38 dan ayah kau just tanya "Kelas keberapa tu?"

Memanglah anak ayah ni bukan kelas pertama. Tapi agak lah jugak kan. Dah memang otak takde nak genius sangat macam budak kelas pertama. What do you expect? Ini boleh menyebabkan kecederaan mental yang serius tahu tak. Dahlah aku tengah remaja ehemmm biasalah remaja biasanya merasakan diorang ada banyak masalah yang lagi besar daripada orang dewasa.

Aku ada masalah. Ada siapa-siapa nak tanya aku okay ke tak? Thanks kepada manusia yang tanya. Aku okay... kot. Thanks sebab jadi pendengar bertauliah aku. Mawa, kau takmo sedih sedih tau. Nanti aku taknak kawan kau.  Ye, dia budak jahat kan? Dahlah, jangan nangis. Tapi kalau kau nangis pun bukannya aku tau.


Ku ada kamu dan ehem kau ada aku. We have each other lah weh. Rindu dengar suara kau. Credit aku dah takde. Bulan Mei aku topup semula number Celcom k. Bulan ni topup Maxis. Life as a student, kena pandai me-madu-kan nombor phone. Kena berlaku adil. Kena ikat perut tak makan dekat sekolah semata-mata nak bagi nafkah topup dekat celcom & maxis. Adil tak aku?

Friday, April 08, 2011

Akhlak Dalam Maya

Tadi aku baru bangun tido pukul 3 petang. Misscall dari manusia manusia tersayang pun macam tak dengar langsung. Ringtone tak boleh blahh; PRETTY GIRL ROCK. "Dont hate me cause i'm beautiful"~


Pukul lima lebih kot aku bukak tv3, tengok al-kuliyyah. Harini hari apa? Oh harini hari jumaat. Daripada dengar lagu rebecca black, baik tengok al-kuliyyah. Ada jugak faedahnya kau dapat.


Sumber: farnk05


Salah satu yang diketengahkan ustaz tu pasal peniaga secara online. Post gambar dekat blog/laman web bukan main lawa meleleh peluh dekat ketiak tapi bila kita dah beli, dah pos dekat rumah, barang tu bagaikan indah khabar dari rupa. Meleleh pulak air mata bila apa yang kita nak tak serupa dengan apa yang kita dapat.


Nak jadi peniaga, jujur la. Apa kau dapat kalau menipu? Jadilah peniaga yang diredhai Allah. Sentiasa takut dengan Allah. Jangan tahu menipu. Haram duit dimakan tu. Dekat dunia boleh bersenang lenang dengan duit kau dapat secara haram tapi dekat akhirat...? Belum tentu senang lenang macam sekarang.


Lagi satu, nak beronline itu ini memang boleh. Tapi jangan lah sampai tersengaja bukak benda yang tak patut. Nak buat dosa memang senang sekarang ni. Dosa secara online antara dosa instant yang senang kita dapat. Baik lah kita bukak inernet untuk contact dengan kawan lama / share ilmu. Kan ke bagus? Lagi bagus daripada menggunakan internet sebagai medium untuk menfitnah, menipu dan sebagainya. Mana kau nak? Dosa.. pahala? Siapa yang nak dosa?



Sumber: AFH


Lain kali;
Ambik sekeping kertas. Tulis lawa lawa perkataan ni "Allah melihat apa yang kamu lihat / buat" InsyaAllah kita tak berani nak bukak benda yang tak sepatutnya.Aku takdelah cakap aku ni sangat-sangat-sangat baik tapi... tak perlu tunggu seseorang tu jadi terlalu baik untuk share benda macam ni kan?


"PAPA MAIN FACEBOOK, MAMA MAIN FACEBOOK, ANAK-ANAK DAH DITEBUK"
Berguna jugak aku tengok alkuliyyah ni eh. Assalammualaikum.

Tuesday, April 05, 2011

Akak merajuk dengan adik

Dah satu..dua..tiga..empat.. hari tak cakap dengan adik. MERAJUK. Cakaplah aku ni perangai macam budak budak or whatever. Benci.Sangat.


Sebenarnya takdela benci sangat kat dia. Tapi... BENCI jugak. Sebab dia taknak dengar cakap akak dia yang comel ni. Sebab dia buat kurang ajar biadab terlebih sudahh. Sebab dia buat aku lari satu rumah semata-mata nak kejar dia. Apa kau ingat akak kau ni pelari nombor satu dunia? Lambat lagi.



Actually masa dia buat hal tu, aku dok panggil panggil dia pastu dia boleh lari p rumah sebelah. Bengang tak? Ok kau tak bengang sebab kau bukan aku.




(Adik aku baru balik dari KAFA.
Boleh dia cakap dia tak sayang aku? Kurang ajar tak?
Takpe kauuu)



Sambung. Aku punya lah mengamuk sebab dia tak dengar cakap aku. Habis segala buku dia dilempar dekat ruang tamu.






Dia ignore aku yang tengah cakap dengan dia. K, aku balas balik.
Masa mula-mula ignore dia yang tengah cakap dengan aku, rasa macam nak menangis, kesian pulak.


Tapi dia yang ignore aku banyak kali, takkan dia tak rasa kesian dekat aku?
Makin aku ignore dia, makin dia kurang ajar dengan aku. Lagi lagi bila depan ayah.

Monday, April 04, 2011

TERIMA KASIH KARNIVAL ICT

Terima kasih sangat dekat KARNIVAL ICT harini. Sebab buat macam macam benda jadi.

  1. Kesalahfahaman berlaku
Tadi ada orang terasa hati sangat dengan ayat aku. Tu lahh, ayat mintak pelempang sangat je kan. Sorry sorry sorry sorry. Nak spend time dengan ZNZ, and dalam masa yang sama nak spend time dengan NNI jugak. Tapi sayangnya ada someone yang kecik hati. Aku dah cuba sebaik mungkin taknak buat anyone rasa terabai or whatever. Sorry lagi.

2. Perlu ke pandang macam kau tu inspector or pape?

Macam aku ni penjenayah cinta terhebat sampai orang nak pandang pandang. Tak salah nak pandang. Tapi janganla pandang dengan pandangan agak bermakna. Senyum sikit tak boleh? Even kau benci aku sekali pun, tak payah bagitau. Aku taknak tau pun. Dalam dewan tu dah panas, kau jangan nak tambah panas lagi dengan pandangan kau tu.

3. Dapat info terbaru tapi takdelah baru sangat

Dapat surprise pulak pasal someone. Balik rumah, menangis. Nak tido petang menangis. Nak mandi, menangis jugak. Nak tulis ni pun menangis. Bangang je pulak. Math dapat D tak nanges eh kauu. Kasi sepak terajang kang baru tau.



Apa aku dapat dari KARNIVAL ICT?
NOTHING.
Sia-sia.
I mean, takde faedah untuk aku sorang je. Untuk orang lain taktau la.

Tak faham?
Takpe. Tak perlu faham.



Makan ubat painkiller pun tak boleh nak hilangkan sakit hati. Lupakan harini. Harap harap cikgu sejarah aku tak marah sbb tak masuk class dia. Mintak maaf cikgu. Saya malas masuk class. Hehe

Friday, April 01, 2011

Fakta iHazwani

#1

Aku selalu lambat.
Haah, selalu lambat kan?

Lambat mandi
Lambat bangun
Lambat makan
Lambat pergi sekolah
Lambat balik
Lambat buat kerja
Lambat untuk lambat

... macam katak.

Dah lah lambat, nak salahkan orang lain pulak.
Kesimpulannya...









...rujuk ayat pertama di atas.